Restoran Nasi Ulam, Kota Bharu

Restoran Nasi Ulam, Kota Bharu

Untuk orang luar dari negeri Kelantan, berhampiran dengan Pasar Siti Khadijah terdapat sebuah restoran yang memang Awesome, iaitu Restoran Nasi Ulam Kampung Kraftangan. Selain itu, restoran ini jugak dikenali sebagai Kedai Cikgu Nasi Ulam.

Ahaaa kenapa Nasi Ulam Kampung Kraftangan? Pasal restoran ini terletak dalam Kampung Kraftangan yang bersebelahan dengan Istana Lama dan Pasar Siti Khadijah. Kalu tak tahu jugak boleh la google atau tanya ajer orang dalam pasar tu.

Menu utama Nasi Ulam Kampung Kraftangan ini adalah Ikan Keli Goreng, Sayur Masak Lemak, Gulai Darat, Ayam Goreng Berempah, Ikan dan Daging Singgang, Ulam-ulaman, Sos Bilis Budu dan Sambal Kerabu. Air pula anda boleh ambil aje dalam jag air yang disediakan, kebiasaanya Air Sirap Selasih, Air Bandung, Air Sarsi dan Air Teh O Ais. Ada juga buah-buahan tempatan.

Makanan disini adalah makan hidang dimana anda boleh pilih nak amik makanan apa yang terdapat pada hari berkenaan. Biasanya pakej untuk makan 6 orang berharga RM30.00-RM40.00 termasuk dengan air berjag-jag!

Dimaklumkan lebih awal restoran ini memang selalu penuh, jadi anda perlu bersabar untuk dapatkan table walaupun luar waktu makan tengah hari. Ini membuktikan kedai nih memang Awesome!

Sementara anda tunggu dapat table, anda boleh ler pusing-pusing disekitar Kampung Kraftangan, saya malas ulaskan mengenai Kampung Kraftangan pasal entry kali ini mengenai kedai makan jer. Muhahahah...

Makan ulam-ulam akan menjaminkan awet muda. Awesome!





  







Source : facebook.com/restoran cikgu nasi ulam

Comments

Agoda

Related Post

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular posts from this blog

Tempat Sarapan Pagi Best di Kota Bharu (UPDATE MEI 2022)

Destinasi 24 Jam : Pulau Pangkor, Perak

Tempat Makan Best di Kedah (UPDATE JAN 2022)

Bercuti ke Hatyai Thailand 2022 - Day 1

Itinerary ke Hatyai, 3 Hari 2 Malam