Kerajaan Pas di Kelantan Masih Kekal

Kerajaan Pas di Kelantan Masih Kekal

Alhamdullilah PAS masih kekal di negeri Kelantan Darul Naim. PAS telah mengalahkan Barisan Nasional dengan kerusi Parlimen BN -5 dan PAS-9. Manakala di DUN Kelantan pula PAS mengalahkan BN dengan PAS-32 , BN-12 dan PKR-1.

Sehingga kini rakyat Kelantan masih mampu bertahan dan mahu mengekalkan kerajaan PAS yang memimpin negeri tersebut walaupun jentera Barisan Nasional telah berhempas pulas dan menabur pelbagai janji untuk rakyat Kelantan.

Antara petikan iklan poster di BN pernah syaa nampak berbunyi " Mek & Ayoh, kali ni ambo ngundi BN, ambo nok kijo dekat Kelate nok duduk denge Mek & Ayoh" (Translate : Mak & Ayah, kali ini saya mengundi BN, saya nak kerja dekat Kelantan nak tinggal dengan Mak & Ayah)

Apo ko bongok benar iklan sebegini yang memberitahu kepada rakyat bahawa rezeki itu datangnya dari sesebuah parti politik? Memang betul sesebuah parti itu akan membentuk/membina kemajuan tapi dari mana datang hasil bumi untuk kemajuan tersebut..

Sebab itulah Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat menjawab persoalan kepada Datuk Seri Najib Razak yang confident tahap dewa akan menakluk Kelantan pada PRU13 ini dengan petikan "Kalu nok tawe Kelate.. Mari duduk Kelate denge kenal dulu rakyat Kelate lagu mano...: (Translate : Kalau nak tawan Kelantan.. Mari tinggal di Kelantan dan kenal dulu isi rakyat Kelantan macam mana)

Kami sebagai rakyat Kelantan tidak dahagakan kemajuan untuk negeri kami, cukup sekadar negeri kami makmur, bahagia dan bercirikan keIslaman supaya generasi kami tidak tersasar dari batas agama Islam. Tidak perlu anda tuduh kami nih berperangai orang kampung mahupun menolak kemajuan, kerana kemajuan di negeri anda tidak membawa apa-apa pon di Akhirat kelak.

Tahniah kepada pengundi yang telah memilih kerajaan yang sepatutnya untuk memimpin di Negeri Kelantan Darul Naim. Anda boleh semak keputusan PRU13 disini.




Source : myundi.com.my


Comments

Agoda

Related Post

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular posts from this blog

Tempat Sarapan Pagi Best di Kota Bharu (UPDATE MEI 2022)

Destinasi 24 Jam : Pulau Pangkor, Perak

Tempat Makan Best di Kedah (UPDATE JAN 2022)

Bercuti ke Hatyai Thailand 2022 - Day 1

Itinerary ke Hatyai, 3 Hari 2 Malam