Star Wars Lego Expo

Star Wars Lego Expo

Baru-baru nih pihak LEGO Corp telah merealisasikan impian Star Wars fan dengan membina X-Wing Starfighter berskala 1:1 atau dengan lebih jelas berskala saiz sebenar. X-Wing ini telah dilancarkan di perkarangan Times Square New York.

Replika ini dibina dengan ukuran tinggi 11kaki, 43kaki panjang, dan 44kaki lebar sayap. Dengan saiz skala sebenar ini berat keseluruhan X-Wing ini mencecah 20,856kg (45,980 pounds)!

Secara terperinci, untuk membina Star Wars X-Wing Starfighter mereka telah menggunakan Lego bricks sebanyak 5,335,220 biji. Seramai 32 orang pekerja terlatih dan sebanyak 17,336 jam telah dihabiskan bersama-sama untuk menyiapkan sebuah X-Wing, errrr lebih kurang 722 hari... Ohhh demmmm!

Lebih Awesome lagi, mereka bukan sahaja membina X-Wing Starfighter ini sesuka hati. Jangan plak anda pikir X-Wing nih boleh terbang, apa yang saya nak perkatakan adalah beberapa bahagian X-Wing Starfighter ini boleh berfungsi dengan bantuan elektronik seperti paparan cockpit, pergerakkan sayap dan beberapa bahagian lain lagi.

Star Wars X-Wing Starfighters ini akan diletakkan di Legoland California Resort untuk pameran orang ramai. Difahamkan juga, pemilik Legoland California memang peminat besar Star Wars, so kalu anda nak tengok Star Wars scene versi lego boleh lerr ke Legoland California yerr...

This is Awesome dude!












Source : coolthings.com

Comments

Agoda

Related Post

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular posts from this blog

Tempat Sarapan Pagi Best di Kota Bharu (UPDATE MEI 2022)

Destinasi 24 Jam : Pulau Pangkor, Perak

Tempat Makan Best di Kedah (UPDATE JAN 2022)

Bercuti ke Hatyai Thailand 2022 - Day 1

Itinerary ke Hatyai, 3 Hari 2 Malam