Jom Bali Platinum, Setapak Kuala Lumpur

Jom Bali Platinum, Setapak Kuala Lumpur

Semalam saya Iftar di Jom Bali Setapak KL yang sangat nicey-nicey dan awesome! Jom Bali ini sebenarnya dah lama dibukak dan kalu anda perasan mereka mempunyai beberapa cawangan di Tesco Mutiara Damansara, AEON Big Wangsa Maju dan beberapa tempat lagi. Jom Bali Setapak ini bersebelah dengan Hospital Colombia Asia atau berhaprian dengan KL Festival City.

Oleh kerana saya datang Jom Bali nih untuk Iftar, maka mereka telah menghadkan beberapa menu set untuk mempercepatkan proses penyediaan makanan. Jom Bali menyajikan makanan western food dan local food seperti Nasi Goreng Chicken Maryland, Nasi Goreng Lamb Chop, Asam Laksa, Nasi Ketam, Mee Hoo Siam dan macam-macam la malas saya nak terangkan.

Walaupun tak banyak pilihan seperti Menu Ramadhan Jom Bali, pasti lagi confirm anda akan mengalami masalah untuk memilih makanan pasal hampir kesemuanya best!

So itu hari saya memilih untuk makan Nasi Goreng Ayam 3 Rasa dan Nasi Goreng Chicken Maryland supaya perut saya kental dan padu selepas berbuka. Untuk Menu Ramadhan, mereka telah membuat Set A dan Set B dimana harga untuk Set A adalah RM19.90 (Western Food) dan Set B pula RM13.90 (Local Food). Kesemua menu Set A & B ini termasuk dengan minuman yang boleh dipilih. (Korang tengok menu dier laa senang citer).

Dari segi dekorasi kedai memang awesome, kalau korang datang awal korang boleh habiskan dengan membaca majalah dirak yang disediakan sementara nak tunggu waktu berbuka. Tempat yang agak selasa dan bersih menyebabkan kedai ini penuh. Dalam gambar tu xdek orang pasal saya dtaang jam 6.00 petang bro.. Malah mereka menyediakan surau lelaki/perempuan di tingkat atas.

This is Awesome dude!
















Source : jombali.com.my
Post a Comment

Related Post

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular posts from this blog

5 Tempat Makan Best di Kedah

Duta Village Beach Resort, Pantai Balok Pahang

The Shorea Resort, Negeri Sembilan

De Rhu Beach Resort, Pantai Balok Kuantan

Villa Danialla Tok Bali : What a Failure!