Straits Collection Boutique Hotel, Penang

Straits Collection Boutique Hotel, Penang

Sekarang hotel boutique memang banyak terutama di Penang dan Melaka. Mungkin pasal negeri ini mempunyai tarikan pelancong dari luar negara yang agak ramai. Tak dinafikan jugak Penang dan Melaka ini adala hsebuah bandar yang sangat best untuk jalan-jalan.

Sebelum ini dah banyak entry yang saya upload mengenai kedai makan dan hotel-hotel awesome di Penang nih. So kali nih sekali lagi saya upload boutique hotel yang terletak di Armenian Street Georgetown iaitu Straits Collection.

Hotel ini menggunakan bangunan asal dan telah diubahsuai sepenuhnya untuk menjadikan lebih menarik dan tertarik dari segi dekorasi moden. Untuk pengetahuan anda, Straits Collection ini bukanlah sebuah hotel semata-mata, ianya merangkumi beberapa buah apartment, bilik tidur, kedai-kedai, restoran & cafe, galeri seni dan juga perpustakaan mini.

Bagi saya ini adalah sangat lengkap dengan idea yang sangat unik kerana pemilik Straits Collection ini berani menampilkan idea-idea seperti ini. Jika anda bermalam disini, anda tidak perlu nak berjalan jauh untuk makan mahupon mencari hiburan.

Pada malam minggu, restoran di Straits Collection akan membuat persembahan seperti live-band, live comedy dan talk show untuk pengunjung hotel tersebut. Malah korang jugak boleh membeli barangan kraf tangan negeri Penang di kedai mereka dan mempelajari seni yang mereka sediakan.

Disini mereka mempunyai 4 jenis apartment untuk anda iaitu 89 Armenian Street, 91 Armenian Street, 93 Armenian Street dan 95 Armenian Street. Masing-masing bilik ini mempunyai layout yang berbeza contohnya untuk bilik 89 Armenian ini mempunyai dua bilik tidur, dan 91 pula sebuah apartment 2 tingkat yang sangat besar. Harga penginapan bermula dari RM450.00 hingga RM490.00.

Sangat awesome, saya berharap pihak organisasi yang lain turut serta untuk menawarkan perkhidmatan seperti ini di negeri-negeri yang lain.

This is super awesome dude!

















Source : straitscollection.com

Comments

Agoda

Related Post

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular posts from this blog

Tempat Sarapan Pagi Best di Kota Bharu (UPDATE MEI 2022)

Destinasi 24 Jam : Pulau Pangkor, Perak

Tempat Makan Best di Kedah (UPDATE JAN 2022)

Bercuti ke Hatyai Thailand 2022 - Day 1

Itinerary ke Hatyai, 3 Hari 2 Malam