Gerai Nasi Kerabu Panji, Kota Bharu

Gerai Nasi Kerabu Panji, Kota Bharu

Minggu lepas saya balik ke kampung menyambut hari kelahiran anak saya yang pertama. Seperti biasa kalu dah balik kampung mama saya dah malas nak masak pasal dorang selalu makan kat luar. Iyola masing2 tinggal dua orang je kt umah, nak masak pon tak berbaloi..

So Abah saya memperkenalkan satu gerai Nasi Kerabu yang sangat awesome di area Panji Kota Bharu. Kalu ore Kota Bharu confirm kenal, kalu dop kenal jugak saya sharekan map kat bawah tu.

Ok gerai ini terletak di Jalan Hospital Kota Bharu dan landmark dia betul-betul berhadapan dengan Station Minyak Caltex. Kalau anda guna Waze anda search Caltex Jalan Hospital pasal station minyak caltex xbrape banyak pon kat KB.

Gerai ini menyediakan makanan pagi seperti Nasi Kerabu, Nasi Belauk dan Kuih - Muih tempatan. Paling Awesome adalah Nasi Kerabu berlaukkan Ayam Bakar dan Ikan Percik. Sesiapa yang bukan dari Kelantan pastinya akan food-shock pasal menu makan pagi macam dah jadi menu lunch daa.. Ini adalah normal beb. Kami suka makan nasi daripada makan roti chanaiiiii.....

Saya memilih Nasi Kerabu Ayam Bakar, anda boleh juga minta ayam bakar tu dijadikan ayam disaluti kuah percik. Double Awesome! Oleh kerana waktu tu tahap lapar mencecah tahap tapir gila... So saya lupa nak snap gambar Nasi Kerabu tu. Hanya sempat snap gambar lepas makan jer... Muahahaha....

Kalu anda tengok dari luar memang nampak cam biasa je Gerai Nasi Kerabu ni, tapi yang uniknya, lauk-pauk memang banyak... Pilih jer nak makan nasik lauk aper... sumer dorang bubuhkan. Tapi parking aka susah sikit pasal kedai ramai orang.. So pandai-pandai la korang.

Anyway Gerai Nasi Kerabu ini memang double Awesome! For sure saya akan repeat lagi jika balik ke Kelantan. Harganya juga standard orang kampung. Nasi Kerabu Ayam Bakar RM3.00.

This is Awesome bro!











Comments

Agoda

Related Post

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular posts from this blog

Tempat Sarapan Pagi Best di Kota Bharu (UPDATE MEI 2022)

Destinasi 24 Jam : Pulau Pangkor, Perak

Tempat Makan Best di Kedah (UPDATE JAN 2022)

Bercuti ke Hatyai Thailand 2022 - Day 1

Itinerary ke Hatyai, 3 Hari 2 Malam