Muhammad Nazril - 1 Tahun

Muhammad Nazril - 1 Tahun

4 Disember 2014 adalah tarikh genap anak saya Muhammad Nazril mencapai usia 1 Tahun. Alhamdullilah Nazril sihat walafiat walaupon sepanjang tempoh 1tahun membesarkan anak pelbagai cabaran dan dugaan yang dihadapi

Ibubapa muda pastinya mengerti bahawa membesarkan anak bukan satu perkara yang mudah. Sepanjang tempoh ini mengingatkan kita bagaimana ibubapa kita menjaga kita sehingga besar dan menjadi ibubapa baru. Terima kasih pada Mam dan Abah saya.

Dalam tempoh 1 tahun ini, Nazril pernah dimasukkan 2 kali ke hospital disebabkan batuk berkahak dan demam panas. Sememangnya kita ibubapa baru ni pasti panik kalu anak jatuh sakit ditambah lagi warded ke ape. 

Kesabaran dan ketabahan perlu kukuh untuk membesarkan anak dan semua pengajaran dan teladan dari orang berpengalaman sangat dihargai.

Nazril sudah 1 tahun, Happy Birthday to my son dan tak lupa juga terima kasih kepada Isteri saya Nur Hayatie Zulkiflee yang tidak penat untuk menjaga , memasak dan menguruskan anak serta suami beliau sepanjang tempoh berstatus seorang ibu. 

Terima kasih sayang.

This is Super Awesome!
















Post a Comment

Related Post

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular posts from this blog

5 Tempat Makan Best di Kedah

Duta Village Beach Resort, Pantai Balok Pahang

The Shorea Resort, Negeri Sembilan

De Rhu Beach Resort, Pantai Balok Kuantan

Villa Danialla Tok Bali : What a Failure!