Lontong King - Hulu Langat

Lontong King - Hulu Langat

Kat Hulu Langat ni memang banyak kedai makan, bersepah-sepah mula dari Batu 9 sampai la ke Sungai Congkak. Kalu nak review satu-satu kedai memang jadi pengacara jalan jalan cari makan ler blog saya nih. So saya hanya buat entry dimana kedai-kedai yang terrrrbaik sahaja yer. 

Ok jika anda familiar di Hulu Langat, anda pasti kenal dimana Batu 9, Batu 11, Batu 14. Di Hulu Langat iaitu lebih spesifiknya Taman Sri Nanding terdapat satu kedai yang sangat Awesome dan kreatif dimana kedai ini menyediakan makan pagi dan makan malam ala-ala hotel bertaraf rakyat.

Kedia ini dinamakan Lontong King. Sebuah kedai yang menyediakan pelbagai makanan pagi ala-western, ala-melayu dan ala-jawa.

Memang banyak betul hidangan yang disediakan sehingga anda tak tahu nak makan apa, dah macam breakfast di hotel plak. 

Special disini pastinya lontong pasal nama kedai pon dah Lontong King. Wife saya cakap Lontong di kelas A punya pasal nasi impit dia sangat lembut dan gebu. Errr.... saya xsuka makan lontong so saya tak try, cuma pagi tu saya makan bihun dan mee goreng yang ditambahkan pelbagai lauk.

Special juga disini pasala dorang ada Chicken Chop dan Stick pada waktu pagi. Chicken chop dorang agak special pasal dorang bakar macam BBQ, bukan jenis goreng punya. So this one i'll try for dinner soon... Patient , you must!

Kuih muih pulak bersepah-sepah, makan jangan xmakan, bayar jangan xbayar plak nanti buncit perut... gelapppp hati...

Lupa nak share lokasi kedai ni. anda drive dari Batu 9 Taman Suntex menuju ke Sungai Congkak, anda akan pass-by Taman Sri Nanding dimana ada banyak kedai-kedai baru di kiri dan kanan anda, landmark adalah Petronas Hulu Langat (The only one Petronas here). So bila dah jumpa Petonas tu, anda masuk simpang Petronas dan anda akan nampka shoplot. At the end tu ada kedai Speedmart 99. Lontong King berada berhampiran dengan Speedmart 99. Kalu dalam google maps tu dia bersebelahan dengan Madina Cake house.

This is Awesome dude!




   
  





Source : facebook.com\lontong.king

Comments

Agoda

Related Post

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular posts from this blog

Tempat Sarapan Pagi Best di Kota Bharu (UPDATE MEI 2022)

Destinasi 24 Jam : Pulau Pangkor, Perak

Tempat Makan Best di Kedah (UPDATE JAN 2022)

Bercuti ke Hatyai Thailand 2022 - Day 1

Itinerary ke Hatyai, 3 Hari 2 Malam