Pasar Karat Rengit Johor

Pasar Karat Rengit Johor

Bulan lalu berkunjung ke rumah kakak ipor saya di Rengit Johor sempena kenduri kendara yawww....

Dulu lagi saya sering terdengar pasal Pasar Karat Rengit ni atau ianya lebih dikenali dengan pasar jualan barang terpakai. Special-nya di Pasar Karat Rengit ni barangan ini diperolehi dari Singapore. Mungkin tidak kesemuanya. Entahla...

Sangat ironi pasal buat pertama kali saya meronda dikawasan ini setelah diajak oleh bapak saya.. well play dad... well play...

Nak datang ke pasor ni sangat senang. Anda point Waze Rengit. Bila dah nak sampai kat Bandar Rengit, anda akan nampak Kompleks Niaga Rengit bewarna kuning. Jika anda dari Batu Pahat, selepas je jambatan Sungai Rengit anda dah buleh nampak signboard Kompleks Niaga Rengit tu atau nak lagi senang, anda point Waze ke Agrobank Rengit. So dalam 50m jer simpang dari bank tu.

Anda drive masuk... jalan kampung kecik aje.. so pelan2 bawak kang kena tibai dgn org kampung. Di kiri dan kanan anda dah anda banyak kedai 2nd hand ni. Difahamkan juga orang berniaga di sini adalah orang asli. Awasome bro...

Barangan dapur seperti peti sejuk, dapur gas, mikrowave, kettle, coffee maker, mesin basuh... dahhh macam2 barang letrk yang ada. Memang banyak giler. Bagi korang yang nak beli barang second hand, anda jangan risau, korang akan dibuat demostration bahawa mesin tu boleh berfungsi ker tidak. Cuma letih nak mengangkut aje.

Dari segi perabot pulak, kerusi meja memang berlambak-lambak la... yang awesome jugak macam stroller baby, mainan baby pon ader juga. cuma yang saya peratikan hand phone sangat kurang.

Korang hanya perlu sediakan duit saja dan kenderaan yang nak mengangkut. Sepanjang jenguk jenguk barang, ada jugak laa brader yang datang beli mesin basuh dengan peti sejuk. Dorang kasik test kaw-kaw wooo....

So jika korang dah sampai Batu Pahat tu, buleh ler singgah pasal dah tak jauh sangat dah tu yerr..

This is Awesome bro....







Comments

Agoda

Related Post

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular posts from this blog

Tempat Sarapan Pagi Best di Kota Bharu (UPDATE MEI 2022)

Destinasi 24 Jam : Pulau Pangkor, Perak

Tempat Makan Best di Kedah (UPDATE JAN 2022)

Bercuti ke Hatyai Thailand 2022 - Day 1

Itinerary ke Hatyai, 3 Hari 2 Malam