Kayuhan Malaysia PDRM - Putrajaya 2015

Kayuhan Malaysia PDRM - Putrajaya 2015

Weekend baru saya join satu Jamboree yang dianjur oleh pihak PDRM dan konco-konconya. Buat 1st time kami join jamboree macam nih dan mengambil acara Fun ride 40km yang bermula di Depan Istana Kehakiman Putrajaya dan Finish Line ditempat yang sama.

Sebelum join event saya macam dah dapat review yang kurang menarik dari beberapa rider MTB mengenai pengajur ini. Tapi atas dasar kawan sekerja yang ajak, so kami join dengan bayaran RM50.00 per entry so serta merta saya mengajak En. Adzli untuk join bersama.

21 Mac 2015 Sabtu saya datang ke IPD Putrajaya untuk collect Jersey dan plat number. Agak kecewa pasal petugas memaklumkan bahawa Jersey tidak dapat diberi kerana vendor yang cetak baju xleh nak siapkan. Choiiii! So jersey akan dibagi pada minggu depan. Ok no problem....

22 Mac 2015 Ahad, kayuhan Fun Ride bermula, so kami agak ketinggalan pasal lambat sampai dekat checkpoint. Overall kayuhan memang sampai 40km yang melalui pinggir Putrajaya, Cyberjaya dan nak masuk kearah Dengkil. Signage untuk rider MTB cukup mantap untuk memberi petunjuk arah kepada rider yang ketinggalan.

Oleh kerana sampai pada nombor yang agak corot, so medal pon dah habis. Rata-rata rider yang sampai meluahkan perasaan tidak puas hati pasal xdapat medal. Bayar dah cecah RM50.00, jersey xdapat, medal pon xdapat. Tapi petugas tu menjanjikan jersey akan diberi kemudian bersama medal setelah siap cetakan. 

Kami yang agak newbies ni tengok dengan layan la... kalu tengok dalam FB/ Kayuhan Malaysia tu memang kena maki hamun penganjur... mane tak nya ini bukan kali pertama dorang menganjurkan event kayuhan nih. tapi hampir kesemuanya dorang xleh nak delivered. Macam nak kecau duit orang jer. Tapi ini adalah Event PDRM. Mana silapnya? Ke penganjur Advance Event nih xreti nak anjur event basikal?

Pada pendapat saya, jika anda xregister pon boleh selit nak join sama event nih, rasanya lagi best pasal korang dapat kayuh 40km dengan escort dan kawalan polis tanpa sebarang bayaran pon. Ingat next event depa nak buat macam nih jugak ler.. jimat dan selamat!

So sehingga kini saya masih menunggu dorang untuk memaklumkan satu penagihan jersey dan medal yang dijanjikan itu. Ikutkan apelah sangat jersey + medal + RM50.00, xbanyak pon... tapi pikirkan balik.. kalu penganjur xmampu nak manage event, so xpayah sibuk nak buat event kayuhan nih. Memburukkan nama organisasi besar jer korang nih. 

Ada juga rider yang telah membuat laporan polis mengenai tragedi ini tapi xtahula apa status.. nama pon dah event PDRM.. Tutup kot...Adoiii yai...

Kayuh solo lagi bagus daripada join event macam nih. Choiii!

This is not Awesome!











Source : facebook.com/kayuhmalaysia

Comments

Agoda

Related Post

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular posts from this blog

Tempat Sarapan Pagi Best di Kota Bharu (UPDATE MEI 2022)

Destinasi 24 Jam : Pulau Pangkor, Perak

Tempat Makan Best di Kedah (UPDATE JAN 2022)

Bercuti ke Hatyai Thailand 2022 - Day 1

Itinerary ke Hatyai, 3 Hari 2 Malam