Highlands Coffee, Ho Chi Minh

Highlands Coffee, Ho Chi Minh

Ok kalu kita di Malaysia ini kita selalu kelihatan coffee house seperti Starbuck, Coffee Bean, dan Secret Recipe. 

Di Vietnam, Starbuck agak susah untuk didapati berkemungkinan kerana Vietnam adalah salah satu negara pengeluar kopi terbesar di dunia. Oleh itu kedai kopi Highlands Coffee menggantikan kedai kopi seperti Starbuck dan yang setaraf dengannya.

Jika anda ronda sekitar bandar Ho Chi Minh ni, memang anda akan selalu kelihatan Highlands Coffee, design dan dekorasi pon seakan Starbuck.Anda perlu cuba local coffee buatan Vietnam ni selain nak pekena Starbuck. Harganya jauh lebih murah dari Grande! Lagi pun bila lagi nak pekenan kopi Vietnam yang seakan Starbuck kan....

Kopi yang disediakan di Highlands Coffee ini adalah halal dan anda boleh rujuk pada web vietnammuslim yang mengesahkan beberapa restoran dan coffe house yang halal di Vietnam.

Kebanyakkan Highlands Coffee ini terletak pada kawasan tumpuan pelancong dan juga pada beberapa shopping kompleks yang menjadikannya salah satu produk buatan negara mereka. Syabas!

Tapi malangnya pada Highlands Coffe ini dia tak jual merchandise seperti mug mahupun tumbler. Yang depa jual adala hserbuk kopi yang sebenarnya boleh didapati di dalam pasar Ben Thang jugak... Huhuhuhu....

Harga coffee sekitar VND30,000 hingga VND100,000 dan kopi yang disyorkan adalah kopi Phin Sua Dha (Iced Coffe with Milk) Kopi ini adalah awesome dan berharga VND35,000 (RM5.95). Highlands coffee juga menyediakan makanan ringan seperti kek dan sandwich. Tapi rasa was-was plak. Yang tulis halal tu kopi dorang ajer...

So jika anda ker Vietnam, sila pastikan pekena kopi Highlands Coffee dulu dan beberapa kopi ais yang dijual atas moto. Tak lengkap jika datang xminum kopi dan jangan risau, kopi dorang kalu minum tak akan rasa celik bijik mata, minum belah malam pon kompem tidur jua...

This is Awesome Dude!








Comments

Agoda

Related Post

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular posts from this blog

Tempat Sarapan Pagi Best di Kota Bharu (UPDATE MEI 2022)

Destinasi 24 Jam : Pulau Pangkor, Perak

Tempat Makan Best di Kedah (UPDATE JAN 2022)

Bercuti ke Hatyai Thailand 2022 - Day 1

Itinerary ke Hatyai, 3 Hari 2 Malam