Bercuti ke Bandung - Day 1

Trip to Bandung - Day 1

Entry kali ini berkisarkan antara dairi perjalanan dan juga travel tips untuk menjadikan percutian anda lebih awesome dan lebih penting berada didalam kawalan.

Pertama saya akan menceritakan tips. Mungkin berguna dan sesuai untuk mereka yang xnk overbudget bila dah sampai Bandar Bandung.

Tips #1 : Create budget keseluruhan yang sesuai untuk anda. Budget ini merangkumi hotel, sewa kereta, duit makan, duit belanja seperti barangan yang nak dibeli tiket ke tempat yang ingin dilawati dan yang paling penting duit belanja shopping.

Tips #2 : Buat booking hotel lebih awal. Anda buleh search dengan menggunakan agoda.com, booking.com atau direct web hotel. Mungkin anda dapat lebih diskaun dengan online booking

Tips #3 : Sewa kereta berserta Supir (Pemandu) mungkin memerlukan  belanja yang lebih. Tetapi jika anda travel bersama bayi atau secara group, lebih baik memandu sendiri daripada memilih taxi. Lebih senang jika anda hired Supir anda sendiri untuk mengelakkan kesulitan.

Tips #4 : Membawa kelengkapan pakaian dan peralatan yang complete. Ini bertujuan untuk mengelakkan pembaziran membeli barang yang sedia ada. Ini juga termasuk ubat ubatan anda.

Tips #5 : Jangan sesekali mudah percaya dengan 'ulat' local travel agent. Ini untuk mengelakkan anda ditipu dengan hidden cost. Lebih baik ambil dengan hotel atau travel agent berdaftar.

Dah bosan dengan tips, so lets move it move it babehh..

Day 1 :

Trip kali ini bersama keluarga M.Nasir sekali lagi menjadikan keseluruhan 7 orang termasuk si Nazril. Penerbangan dari KLIA2 #QZ177 menuju ke Bandung mengambil masa lebih kurang 2 jam. Macam KL ke Kota Kinabalu jer laaa. Nasib baik si Nazril suka tido dalam flight. So xde la nak meragam sangat.

Sebenarnya trip ke bandung xbanyak tempat kami lawati kerana keadaan cuaca yang tidak menentu. Rata-rata pada tengahhari macam dah mendung dan pada petangnya dah mula hujan sampai ke malam. Pasal kami bawak Nazril so terpaksa la gilir-gilir stay kat hotel.

Hari pertama kami sampai tros grab supir yang direkomen oleh pakcik saya iaitu Supir Wadi (Sapa-sapa nak contact number boleh leave comment below). Flight sampai lewat tengahari, terus kasi kautim dengan supir pigi rumah makan ajer. Si Wadi bawak kami ke Rumah Makan di Tone's Square. 

Restoran ini menyajikan masakan Padang. Standard datang Indonesia, masakan Padang dengan rakyat Malaysia berpisah tiada. Lauk bertimbun-timbun, cedok sikit charge 1 kali, bayar pon separuh dari rege Malaysia. Awesome!

Lepas makan xbuleh nak check-in lagi, Si Wadi teros bawak tempat nightmare... tempat orang jual kain di D'Fashion Textile & Tailor. Mana tempat pon tarak tau tapi ramai org Malaysia kat sini. Saya suka kat sini pasal depa sediakan sofa untuk kaum adam.. so boleh tidur sementara tunggu orang rumah pilih kain.

Settle di D'Fahsion kami gerak ke hotel untuk check-in di Hotel Promanade Jalan Chihampelas. Hotel ini kami booking via agoda, nanti dapat more discount! Hotel agak strategik pasal berada di Jalan Chihampelas, Quality hotel Promanade kami kasi 6/10 tapi service dari staff kami kasik 9.5/10. Staff mereka sangat cekap dan senang nak mintak tolong. 

Sesampai di hotel, kami ronda-ronda di kawasan Jalan Chihampelas ajer, di sekitar sini terdapat Chihampelas Walk iaitu ala-ala shopping Mall, Shopping Mall ni best pasal dorang design macam ala-ala garden. Buleh santai pasal ada JCo, Starbuck, Wendys.. macam-macam laaa ... So dinner pon kami kasi settle kat sini jer. Saya suka Starbuck sini pasal mcm murah ajer. Caramel Hot Chocolate hanya 25,000 atau lebih kurang RM7.00












Comments

vszdvk said…
Hi, boleh saya nak dapatkan contact en. Wadi?

Agoda

Related Post

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular posts from this blog

Tempat Sarapan Pagi Best di Kota Bharu (UPDATE MEI 2022)

Destinasi 24 Jam : Pulau Pangkor, Perak

Tempat Makan Best di Kedah (UPDATE JAN 2022)

Bercuti ke Hatyai Thailand 2022 - Day 1

Itinerary ke Hatyai, 3 Hari 2 Malam