Posts

Showing posts from September, 2015

Bercuti ke Shenzhen China - Day 2

Image
Trip to Shenzhen - Day 2

Sekarang nih selalu lambat update blog. Harap maaf yer... So saya nak sambung travelog saya ketika berada di Shenzhen.
Selepas breakfast di Restoran Muslim, saya menuju ke Shenzhen Culture Village yang berhampiran dengan Windows of The World. Sebelum nih saya dah blogging pada beberapa blog dan ramai orang Malaysia gemar ke Windows of The World. Pasal ape? pasal tempat tu di membina kesemua Wonders 7 di dunia ini dan beberapa bangunan ikon seperti Paris, New York dan beberapa lagi.
Saya tak suka nak ke tempat tu so saya memilih untuk ke Culture Village. Disini saya difahamkan mereka membina kesemua rumah, rekabentuk dan budaya yang terdapat di Negara China. Bukankah ianya sangat Awesome?
Harga tiket adalah 180Yuan bersamaan RM122.40.. Fuh agak tafff jugak harganya tapi saya janjikan ianya sangat berbaloi. 
Seriously damm tempat ini memang best, tabik spring pada mereka kerana mereka sebagai rakyat China memang tekun kalau bab tiru meniru nih.
Kesemua ikon ikon di Ch…

Bercuti ke Shenzhen China - Day 1

Image
Trip to Shenzhen China Day 1

Entry kali ini berkisarkan antara dairi perjalanan dan juga travel tips untuk menjadikan percutian anda lebih awesome dan lebih penting berada didalam kawalan.
Pertama saya akan menceritakan tips. Mungkin berguna dan sesuai untuk mereka yang xnk overbudget bila dah sampai Bandar Shenzhen.
Tips #1 : Create budget keseluruhan yang sesuai untuk anda. Budget ini merangkumi hotel, teksi, public transport, duit makan, duit belanja seperti barangan yang nak dibeli tiket ke tempat yang ingin dilawati dan yang paling penting duit belanja shopping.
Tips #2 : Buat booking hotel lebih awal. Anda buleh search dengan menggunakan agoda.com, booking.com atau direct web hotel. Mungkin anda dapat lebih diskaun dengan online booking
Tips #3 : Membawa kelengkapan pakaian dan peralatan yang complete. Ini bertujuan untuk mengelakkan pembaziran membeli barang yang sedia ada. Ini juga termasuk ubat ubatan anda.
Tips #4 : Oleh kerana saya melawat negara China, makanan Halal adalah sanga…

Burger Byte @ Seksyen 15 Bangi

Image
Burger Byte @ Seksyen 15 Bangi

Setelah sekian lama perut saya mengidam, akhirnya dapat juga makan burger bakar di Burger Byte Bangi.
Seriuss kedai makan burger nih makin mencanak-canak pulak ada sekitar KL nih sampai dah tak tau maner nak makan dulu. Kali ini Burger Byte Bangi menjadi pilihan saya pasal kebetulan lalu kat sane jer.. so kami singgah la dengan Nazril.
Pertama kali saya review restoran Burger Byte nih, terus terang saya cakap kedai dia memang Awesome bro... lagipun area sini tidak sesibuk area tumpuan KL.
Suasana kedai yang sememangnya bersih dan tenang, pastu dapur masak dorang membolehkan anda nampak dari luar pastu service waiter dorang pon pantas dan cekap.
Untuk first time saya memilih menu burger ape ke nama tah... sorry tak ingat pasal menu banyak sangat. Kalu korang makan burger ala-ala Americano-paso nih kompem kompem harga dia nak follow USD$ punya.. tapi bagi saya ianya memang berbaloi untuk membayar harga burger dengan yang dihidangkan untuk anda.
Yang paling…

Related Post

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...