Bercuti ke Shenzhen China - Day 1

Trip to Shenzhen China Day 1

Entry kali ini berkisarkan antara dairi perjalanan dan juga travel tips untuk menjadikan percutian anda lebih awesome dan lebih penting berada didalam kawalan.

Pertama saya akan menceritakan tips. Mungkin berguna dan sesuai untuk mereka yang xnk overbudget bila dah sampai Bandar Shenzhen.

Tips #1 : Create budget keseluruhan yang sesuai untuk anda. Budget ini merangkumi hotel, teksi, public transport, duit makan, duit belanja seperti barangan yang nak dibeli tiket ke tempat yang ingin dilawati dan yang paling penting duit belanja shopping.

Tips #2 : Buat booking hotel lebih awal. Anda buleh search dengan menggunakan agoda.com, booking.com atau direct web hotel. Mungkin anda dapat lebih diskaun dengan online booking

Tips #3 : Membawa kelengkapan pakaian dan peralatan yang complete. Ini bertujuan untuk mengelakkan pembaziran membeli barang yang sedia ada. Ini juga termasuk ubat ubatan anda.

Tips #4 : Oleh kerana saya melawat negara China, makanan Halal adalah sangat terhad. so lebih baik membuat persiapan membawa sedikit bekalan lebih lebih lagi jika anda travel bersama infant atau kanak kanak kecil.

Tips #5 : Jangan sesekali mudah percaya dengan 'ulat' local travel agent. Ini untuk mengelakkan anda ditipu dengan hidden cost. Lebih baik ambil dengan hotel atau travel agent berdaftar.

Dah bosan dengan tips, so lets move it move it babehh..

Trip ke Tanah Besar China iaitu di Shenzhen ini sangat singkat hanya 3 hari ajer. Perjalanan flight dari KL mengambil masa 4jam 15minit pastinya agak bosan pasal flight AA tiada entertainment on board. So buleh layan tidur ajer all the time. Pastikan tukat duit siap-siap di Malaysia untuk mengelakkan kerugian pada hari kelak.

Saya tiba di Shenzhen International Airport pada jam 1030pagi. Tabik spring pada China pasal airport dorang bapak besar giler pastu di mereka mempunyai flight sendiri iaitu Shenzhen Airlines. Fuhhh hebat hebat... Difahamkan juga Shenzhen adalah salah satu negeri yang besar di negara China selepas Shanghai.

Adalah dimaklumkan bahawa disitu kebanyakkan rakyat mereka tidak boleh berbahasa Inggeris. Lebih teruk lagi untuk saya segala jenis produk google tidak boleh digunakan termasuk FB, Instagram dan Google Translate,. Setakat ni Whatsapp boleh digunakan dan peranti utama di China adlaah WeChat. WeChat is super strong in China sehinggakan mereka membuat bayaran taxi dan angpau menggunakan wechat! So sebelum pergi sila download translate app offline yer.

Sepanjang perjalanan dari Airport menuju ke towncity, suasana bandar mereka lebih kurang macam KL. Tidak seperti bandar Ho Chi Minh yang saya lawati, bandar mereka agak bersih dan agak padat terutama dari segi public transport.

Saya menginap di Fortune Hotel yang berada disekitar SEG Electronic Market, Anda boleh google maps dan tengok lokasi hotel ini. Harga hotel sekitar MYR250.00. Restoran halal adalah sangat terhad di sini dan harganya memang sangat mahal. Jika anda travelling bersama family perlu spend duit lebih untuk part makanan. 

Pada day 1 kami menghabiskan masa di Electronic Mall yang berhadapan dengan hotel kami. Disini anda boleh dapatkan apa sahaja barang elcktronik, nak parts aje ker atau sekecil-kecil barang elektronic. Seg Electronic Mall nih ada lebih kurang 10 tingkat, macam lebih kurang Lowyat Malaysia tetapi xbanyak kedai jual handphone. Mereka lebihkan barang macam, perkakasan komputer, speaker, kabel dengan parts.

Member saya cakap di Shenzhen sahaja populasi rakyat seramai 30juta orang, so setiap satu region di Shenzhen ini mereka mempunyai shopping mall khusus untuk setiap barang. Contohnya Handphone Mall, Fashion Mall, Fake Market... cuma kami aje yang xsempat nak menyinggah.

Pada malamnya kami jumpa satu kedai Halal yang berhampiran dengan hotel. Kedai ini memang Awesome pasal rata2 makanan dia adlaah grill dan BBQ, Jangan was-was ditempat orang, cuma kena pastikan ni pork to be served dan keep clean. So kami bantai lamb Grill dengan chicken wings dan harganya memang boleh kene cirit birit jugak la...

 Sambung pada Day 2














Comments

Agoda

Related Post

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular posts from this blog

Tempat Sarapan Pagi Best di Kota Bharu (UPDATE MEI 2022)

Destinasi 24 Jam : Pulau Pangkor, Perak

Tempat Makan Best di Kedah (UPDATE JAN 2022)

Bercuti ke Hatyai Thailand 2022 - Day 1

Itinerary ke Hatyai, 3 Hari 2 Malam