Bercuti ke Shenzhen China - Day 2

Trip to Shenzhen - Day 2

Sekarang nih selalu lambat update blog. Harap maaf yer... So saya nak sambung travelog saya ketika berada di Shenzhen.

Selepas breakfast di Restoran Muslim, saya menuju ke Shenzhen Culture Village yang berhampiran dengan Windows of The World. Sebelum nih saya dah blogging pada beberapa blog dan ramai orang Malaysia gemar ke Windows of The World. Pasal ape? pasal tempat tu di membina kesemua Wonders 7 di dunia ini dan beberapa bangunan ikon seperti Paris, New York dan beberapa lagi.

Saya tak suka nak ke tempat tu so saya memilih untuk ke Culture Village. Disini saya difahamkan mereka membina kesemua rumah, rekabentuk dan budaya yang terdapat di Negara China. Bukankah ianya sangat Awesome?

Harga tiket adalah 180Yuan bersamaan RM122.40.. Fuh agak tafff jugak harganya tapi saya janjikan ianya sangat berbaloi. 

Seriously damm tempat ini memang best, tabik spring pada mereka kerana mereka sebagai rakyat China memang tekun kalau bab tiru meniru nih.

Kesemua ikon ikon di China mereka tiru dan membina beberapa jenis buat rumah tradisional mereka yang hampir sama macam tempat set pengambaran filem kungfu dulu-dulu.

Paling awesome mereka membina miniature Great Wall China yang boleh dikatakan agak panjang. Agak teliti cara mereka buat pasal mereka nak kena susun batu kecik-kecik sama macam mereka buat Great Wall dulu-dulu. Awesome!

Saya spend almost 4 jam disini dan saya tidak mampu nak habiskan keseluruhan Culture Village nih. Memang besar giler beb xlarat nak jalan.. Agak syiok anda boleh lepak dipadang rumput dengan pokok besar2. Just imagine that and see my picture!

Selesai disini kami makan tengah hari di sekitar Region Nanshan iaitu di kedai ala-ala pak Arab. Menurut kenyataan yang dipaparkan pada kedai Muslim itu, Negara China ini terlalu besar sehinggakan mereka bersempadan dengan Negara Kyrgyzstan dan Kazakhstan. Majoriti rakyat bersempadan disana rata-rata macam orang Arab dan mereka memeluk Islam sebagai rakyat China. Oleh itu generasi mereka kebanyakkan telah migrate menuju ke arah Selatan seperti Guangzhou, Shenzhen dan Beijing.

Selesai lunch disini adalah masa yang saya nantikan dengan menuju ke Electronic Mall yang berhadapan dengan hotek kami.

Disini orang tempatan sebut E-Mall kerana kesemua kedai yang terdapat didalam shopping mall ini menjual barangan elektronik. Anda hanya sebut apa dia yang anda mahukan mengenai barang elektronik semua ada dari komponen yang kecik2 sampai ler sibijik komputer Apple clone.

Hampir 3 jam lebih berada disini, macam barang saya beli dan paling xbest shopping mall ini tutup tepat jam 7malam. Mereka memang sangat mematuhi arahan sampai dengan customer pon kena halau pada waktu nak tutup. Demmmmmm.....

Waktu malam pula kami lepak balik restoran muslim yang berhampiran dengan hotel. Harga makanan mampu mengadaikan wallet anda...

Saya pasti next trip saya akan repeat lagi ke Shenzhen untuk mencari beberapa lagi tempat shopping yang seperti blogger lain pernah datang.

Travel tips dari saya jika anda mahu ke Shenzhen ini adalah pastikan anda mendapatkan maklumat yang cukup dan tepat untuk menuju ke satu destinasi pasal bahasa Inggeris bukanlah modus operandi mereka. Google langsung xleh pakai... Sila download offline vocab.

Sila berhati-hati dengan fake money, bila dapat return duit besar tu sila check on the spot. Mereka bukan rakyat yang ramah tamah, jika mereka cuba memberikan bantuan sila jangan layan, takut spam ada pencilok beg anda.

Ok safe journey dan keep safe at all time

This is Awesome dude!













Comments

Agoda

Related Post

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular posts from this blog

Tempat Sarapan Pagi Best di Kota Bharu (UPDATE MEI 2022)

Destinasi 24 Jam : Pulau Pangkor, Perak

Tempat Makan Best di Kedah (UPDATE JAN 2022)

Bercuti ke Hatyai Thailand 2022 - Day 1

Itinerary ke Hatyai, 3 Hari 2 Malam