Perjalanan Menuju ke Pendalaman Sarawak - Part 1

Perjalanan Menuju ke Pendalaman Sarawak - Part 1

Minggu ni betugas di beberapa zon pendalaman Sarawak yang menyebabkan rasa yang kurang Awesome!. Penerbangan dari KL ke Sibu MH2718 1950 mampu menbuaikan lena lena mimpi walaupun passanger agak bising. 

Touchdown saja di Sibu terus check-in di Hotel TanahMas, sementara membuat preparation untuk ke Song keesokkan hari. Bandar Sibu mungkin tidak happening seperti Kuching akan tetapi ianya terselit dengan agenda agenda diorang tersendiri.

Jika anda mahu ke Song dan Kapit, anda boleh menyemak jadual di Jeti Perhetian Sibu. Feri paling awal bertolak dari Sibu adalah jam 0545pagi dan terakhir adalah 1430petang. 

Pada pagi yang sungguh sejuk. Perjalanan menuju ke Song melalui bot perlu disegerakan kerana masa adalah sangat terhad. Saya membeli tiket feri kelas rakyat yang berharga RM20.00 kerana Business Class dah habissss. Perjalanan menaiki feri ini mengambil masa lebih kurang 2jam yang melepas pekan Kanowit.

Anda boleh lihat kemegahan Sungai Rajang Sarawak yang besar dan menyimpan beribu benda tersirat didalam isi perut sungai. Tak tahu ape kemenda yang hidup dalam tu dan tak tahu juga dah berapa banyak orang kena telan.

Tiba di pekan Song melihatkan rakyat tempatan berebut-rebut untuk menaiki feri macam nak naik bas mini. Pekan Song xadalah koboi sangat, pasal ada beberapa deretan barisan kedai yang rata-rata adalah kedai runcit dan kedai makan. Saya memulakan tugas di Song dan telah siap lewat tengahhari. 

Sebenarnya di Song juga terdapat sebuah rumah tumpangan bagi pengunjung yang terlepas feri untuk balik ke Sibu. Tapi oleh kerana jadual kerja yang sangat pack, saya terpaksa balik ke Sibu untuk menuju ke beberapa tempat yang lain. 

Mendapatkan feri balik ke Sibu pada jam 1415. Ternyata didalam feri yang serba serdahana itu mampu membuatkan anda tidur nyenyak dibuai ombak kecil sungai.

Tiba di Bandar Sibu ronda-ronda jalan kaki untuk melihat suasana dan pop-culture rakyat Malaysia di Sibu Sarawak. Esok akan menuju ke destinasi seterusnya iaitu di Mukah.

This is Awesome dude!












Comments

Agoda

Related Post

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular posts from this blog

Tempat Sarapan Pagi Best di Kota Bharu (UPDATE MEI 2022)

Destinasi 24 Jam : Pulau Pangkor, Perak

Tempat Makan Best di Kedah (UPDATE JAN 2022)

Bercuti ke Hatyai Thailand 2022 - Day 1

Itinerary ke Hatyai, 3 Hari 2 Malam