The Bold Lab, Kota Bharu Kelantan

The Bold Lab, Kota Bharu Kelantan

Sekali lagi saya bagitau, hipster/insta cafe telah mula menular keserata negara dan tidak ketinggalan di negeri Kelatan. Kali ini kami singgah santap di salah satu hipster cafe yang terdapat di Kelantan sepertimana digembar gemburkan oleh says.com

The Bold Lab ini terletak di Jalan Hospital atau lagi mudah bersebelahan dengan restoran Selera Cik Siti yang pernah saya review satu ketika dahulu. Kalau xjumpa jugak boleh google map ataupun Waze saja...

Disini anda boleh layan homemade coffee dan juga beberapa light and heavy snack. Jika anda nak makan nasik belauk mahupun nasi To-Wednesday memang xada laa kat The Bold Lab kerana hampir ke semua hidangan berunsurkan barat. Antara sajian yang menjadi pilihan adalah Waffle Signature dan Cappuccinos. 

Oleh kerana saya datang bersama wife saya, kami mengamalkan sistem sharing is caring disamping boleh berjimat cermat. So kami memilih Signature Waffle dan Ice Chocolate. Sweet snack yang disediakan memang sangat Awesome dan sweetness! Sangat berbaloi untuk mencuba makanan baru dari segi snack dan dessert disini.

Dekorasi modern style menjadi pilihan owner cafe dengan menyentuh aspek simple dan just nice. Terdapat juga small bar untuk anda lepak sambil tengok barista menyediakan coffee.... errrr... kalu nak ngorat cek mek molek pon boleh jugak. Juga terdapat tempat lepak untuk smoking people kt luar tapi tak banyak... mungkin owner xgemar smoke. Goooddd!

Anyway, ini adalah satu perkembangan perniagaan makanan yang bagus di Kota Bharu. Semoga lebih banyak lagi cafe/ coffee house seperti ini wujud dengan mematuhi Syariah Islamik.

This is Awesome Dude!










Comments

Agoda

Related Post

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular posts from this blog

Tempat Sarapan Pagi Best di Kota Bharu (UPDATE MEI 2022)

Destinasi 24 Jam : Pulau Pangkor, Perak

Tempat Makan Best di Kedah (UPDATE JAN 2022)

Bercuti ke Hatyai Thailand 2022 - Day 1

Itinerary ke Hatyai, 3 Hari 2 Malam