The Neighbours Cafe Ampang, Kuala Lumpur

The Neighbours Cafe Ampang, Kuala Lumpur

Sebenarnya dah lama nak upload tapi xde masa nak buat entry ni. Dah hampir sebulan kami singgah di cafe ini, saja lepak dengan wife dan Muhammad Nazril. Pada asalnya nak cari kedai makan, kononnya kami mengamalkan sistem diet waktu malam so terpaksa cari kedai ala-ala coffee house.

Dok pusing-pusing pastu tertengok la dalam Instagram sekitar Taman Dagang. Kami singgah la sebuah kedai iaitu The Neighbours Cafe Ampang.

Cafe ini terletak di Jalan Medan Bukit Indah 2 Taman Kosas. anti korang boleh tengok map untuk ke sini yawwwwww....

Secara ringkas dan amnya kami hanya nak makan ringan ajer... tapi bila belek2 menu dorang perghhh... macam sedap ajer... tengok kiri-kanan pon order macam best... so peraturan diet waktu malam terpaksa skip hanya untuk malam tu ajer.

Kami order Neighbours Chicken Chop, Spaghetti Seafood Aglio Olio, Hot Chocolate dan Ice Latte. Hahahah diet konon... macam siot. Nazril hanya share dengan apa yang ader ajer... no kids meal. Dalam menu saya ternampak Coffee yang mereka hasilakan dengan cara mereka sendiri. Ape ke nama tah dorang letak dalam botol. Tapi malangnya kopi mereka dah habis. Difahamkn kopi mereka adalah daily fresh. bukak kedai tengahhari petang dah abis.... sungguh mengecewakan...

Anyway saya suka decoration kedai. Sangat simple dan cool untuk chillax. Tak de laa bising sangat sampai nak bersembang pon boleh bisik2 lagi. Masa datang orang xramai sangat paal lepas waktu Magrib, lama tu dah penuh kedai pulak jadinya.

Harga adalah standard kedai hipster... agak mahal dan yang paling murah adalah air kosong dalam botol besar. Hehehehe....

Habis santapan malam dengan kepuasan nafsu makan menjadi penutup segalannya. Hasil campuran spaghetti+chickenchop dan ice latte... malam tu saya meluangkan masa didalam tandas ajer yerr...

Dengan harapan satu hari nanti saya dapat bukak cafe sebegini nanti. InsyAllah.

This is Awesome dude...









Comments

Agoda

Related Post

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular posts from this blog

Tempat Sarapan Pagi Best di Kota Bharu (UPDATE MEI 2022)

Destinasi 24 Jam : Pulau Pangkor, Perak

Tempat Makan Best di Kedah (UPDATE JAN 2022)

Bercuti ke Hatyai Thailand 2022 - Day 1

Itinerary ke Hatyai, 3 Hari 2 Malam