Restoran Halal di Hong Kong

Restoran Halal di Hong Kong

Apabila anda mengunjungi di sesebuah negara bukan Islam pastinya akan menghadapi kesukaran untuk makan dan minum.

Kadang-kala status halal mereka juga diragui kerana dalam satu kedai mereka menjual daging yang tidak dibenarkan didalam agama Islam.

Hong Kong adalah salah satu negara pada kiranya mudah untuk mencari restoran-restoran halal. Apa yang penting anda perlu lebihkan membuat research pada blog dan website tertentu.

Berikut adalah beberapa restoran yang saya kunjungi di Kowloon dan Hongkong. Mungkin boleh menjadi rujukan pada anda nanti.

1. Restoran Istanbul Kebab Turkish Doner, Lock Road.

Restoran ini terletak di Lock Road atau lebih senang dibelakang i-Square Mall. Restoran ini pastinya adalah milik warga Turkey dan rata-rata pekerja mereka adalah warga Nepal dan India. Anda boleh tengok Certificate Halal mereka yang terpapar di kaunter.

Nama pun restoran Turkey, menu pilihan ramai adalah kebab, roti nan dan juga nasi beriani.Di restoran ini saya memilih untuk makan nasi beriani ayam berserta air karbonat. Ini pon saja sudah berharga hampir HKD90.00.




2. Ebeneezer's Kebabs & Pizzeria, Lockhart Road.

Restoran ini mempunyai banyak franchais di sekitar HK Island dan Kowloon. Tapi saya singgah di Lockhart Road yang berhampiran dengan HK Convention Center. Jika anda menghadiri seminar ke kursus ke di HKCC, makanan mereka agak meragukan status halalnya... Saya cadangkan restoran ini untuk anda kunjungi.

Menu yang saya pilih adalah nasi beriani ayam bersama mango lassi yang berharga HKD80.00. Nasi dia memang standard size mat arab... kalau share dua pon boleh... makan sorang kompem xabis... banyak giler beb...




3. Hungs Chinese Restaurant, Tsim Sha Tsui.

Restoran ini agak tersorok sedikit kerana teletak didalam bangunan Cungking Mansion, bersebelahan dengan Imperial Hotel dan Holiday Inn. Anda boleh google dimana terletaknya Chungking Mansion ini. Jika anda memasuki Chungking Mansion ini, anda perlu menuju ke arah kanan dimana terdapat money changer. Kalau xsilap saya akan terdapat signboard restoran ini.

Disini anda akan dapat merasi sajian masakan chinese yang pastinya halal. Owner kedai ini adalah orang Muslim dan mendapat sijil kendalian makanan halal dari Halal International Committee.

Saya memilih masakah nasi goreng seafood dan keowteow ayam. Harga agak murah bersama air karbonat lebih kurang HKD140.00 untuk kedua dua menu tersebut.




4. New Istanbul Kebab, Carnarvon Road.

Begitu banyak kedai arab dan turkish di sekitar Tsim Sha Tsui ini. Tidak hairanlah jika orang Malaysia mahupun muslim akan lepak makan disini juga. Saya ke restoran ini untuk santapan lewat malam. Restoran ini terletak di Carnarvon Road atau lebih mudah berhampiran dengan The Mira Hong Kong Mall.

Saya memilih untuk makan pizza selain daripada menu yang terdapat adalah kebab, roti pita, nasi dan beberapa roti tradisional turkey. Pizza chicken supreme ini bersaiz 12inch berharga HKD66.00 mampu membuatkan anda tidur lena.



Comments

Agoda

Related Post

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular posts from this blog

Tempat Sarapan Pagi Best di Kota Bharu (UPDATE MEI 2022)

Destinasi 24 Jam : Pulau Pangkor, Perak

Tempat Makan Best di Kedah (UPDATE JAN 2022)

Bercuti ke Hatyai Thailand 2022 - Day 1

Itinerary ke Hatyai, 3 Hari 2 Malam