Travel Tips ke Seoul Korea

Travel Tips ke Seoul 


Entry kali ini ingin saya sharekan bersama tips persediaan dan perjalanan untuk ke Seoul Korea. Anda boleh google pada mana-mana blog dan mungkin boleh membuat rujukan dan check-list pada diri anda lebih lebih lagi jika anda membawa kanak-kanak under 5years dan infant.

1. Season, Temperature dan Weather.

Anda boleh check cuacadengan menggunakan Accuweather. Website ini sangat accurate dengan cuaca dan suhu yang anda mahu tahu. Malah dari website ini anda boleh tengok ramalan cuaca dan suhu pada masa beberapa bulan. Jadi anda boleh agak pakaian apa yang harus dipakai yang bersesuaian dengan suhu.



2. Pakaian.

Lepas check suhu dalam Accuweather, pakaian adalah perkara wajib beb. Saya pergi ke Seoul minggu lalu ada penghujung musim Winter dengan suhu 2C-10C. Jadi Baju sejuk kompem kena bawak tapi bukan yang jenis winter coat macam nak gi Swiss.

Pakaian anak menjadi keutamaan. Jika anda datang waktu Winter, baju lebih banyak yang harus dibawa untuk anak kecil. Jaket, long john, dan lengan panjang. Lebih balik bawa selimut/shawl kecil mana tahu anak tidur boleh selimut sebagai halangan pada angin sejuk.


3. Makanan.  

Adalah lebih baik jika anda membawa makanan sendiri untuk alas-perut. Jika anda datang berkumpulan dengan keluarg boleh la bawak beras, stok perencah dan megi. Tapi sebenarnya di Itaewon semua barangan runcit termasuk barang mentah boleh didapati di kedai Halal. Harga macam lebih kurang dengan Malaysia ajer. Tapi pastikan guesthouse anda memiliki dapur kalau nak masak. Kalau hotel memang kena marah beb.

Kebiasaanya kami membawa megi, 3in1, Biskut, roti perisa dengan Kek Appollo kecik. Ini adalah untuk alas perut tang bila korang dok shopping/jalan-jalan boleh ler makan. 



4. Guidebook.

Saya juga anda memilik guidebook dan beberapa broucher/articles mengenai Seoul dimana saya ambil di Korea Toursim di Menara Hapseng. Ini adalah memudahkan saya untuk membuat itinerary plan supaya disana nanti tak kelam kelibut.

Guidebook Korea sangat details sehinggakan ianya memberitahu station apa yang anda perlu turun termasuk exitway. Sangat berguna!




5. Transport / Komunikasi.

Saya lebih gemar menggunakan public transport apabila datang ke bandar besar. Ini kerana kecekapan public transport mereka memenag tiptop. Jadi di Seoul anda perlu download applikasi Seoul Subway untuk memudahkan anda rujuk station mana nak buat interchange. Anda juga mesti beli card T-Money untuk mengelakkan beratur nak beli tiket train. T-Money ini boleh dibeli di kaunter dan top-up guna machine.

Manakala komunikasi saya sarankan beli simkad untuk kegunaan data memandangkan whatapps kini boleh membuat panggilan telifon. Jadi saya memilih Olleh Telco pasal Olleh merata-rata coverage di tiptop. Simkad ini boleh di Airport juga.




6. Ubat-ubatan.

Perkara ini penting. Jangan abaikan walaupon ianya sepapan panadol. Sila bawa ubatan seperti panadol, ubat selsema dan ubatan yang perlu anda makan. Jika ada anak kecil, bawak ubat demam, ubat selsema dan ubat batuk. Jangan risau di security check nant, ianya tidak akan rampas ubat anda melainkan anda declare drugs.

Jika datang waktu winter, sila bawa cream lotion dan lipstik pelembab untuk mengurangkan kering bibir. Pada mulanya rasa tak perlu, tapi bila bibir dah kering, pedih woi bila kena air... baru tau....



7. Barangan Sampingan / Barangan Elektrik

Sila bawa botol air kosong untuk refill air mineral. Agak mahal nak beli air mineral pasal bila jalankaki kompem cepat haus. Takkan nak spare budget beli mineral water sampat beratus ringgit. 

Juga sparekan botol mineral kosong untuk membuang air kecil dan besar. Negara mereka bukan macam kita ada batang pain dengan bidet. Ianya fully tissue okay... Botol mineral akan menyelamatkan anda bila dah nak membuat pelaburan deposit yang besar di tandas. Huhuhuhu..... sedih...

Jangan lupa travel adapter, beli ajer di kedai Mr DIY murah... sama ajer buleh pkai jugak. Kalau ramai bawakkan sekali extension power. Senang cucuk ajer memandangkan sorang pon dah ader 2-3 device.



8. Keselamatan.

Sila sediakan beg kecil untuk asingkan passport dan wang anda. Jangan sekalikan dengan wang yang anda keluarkan pada dompet takut tercicir ketika rabun mata tengah shopping. Jangan terlalu leka takut anda tertinggal arangan penting. Sentiasa ingtkan pasangan anda untuk menyemak wallet/handbag.

Walaupun kita berada dinegara maju, mungkin disiplin rakyat mereka tidak mengambil barangan bukan hak milik mereka. Akan tetapi adalah lebih baik jika kira berhati-hati dan berwaspada. Hilang duit hilang passport panjang ceritanya tu...

Lastly, pastikan keselamatan sepanjang masa terutama anak-anak kecil. Jangan jadikan holiday menjadi sad-day...

 This is Awesome dude!

Comments

Agoda

Related Post

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular posts from this blog

Tempat Sarapan Pagi Best di Kota Bharu (UPDATE MEI 2022)

Destinasi 24 Jam : Pulau Pangkor, Perak

Tempat Makan Best di Kedah (UPDATE JAN 2022)

Bercuti ke Hatyai Thailand 2022 - Day 1

Itinerary ke Hatyai, 3 Hari 2 Malam