Posts

Showing posts from May, 2016

Bercuti ke Kota Kinabalu - Day 3

Image
Bercuti ke Kota Kinabalu - Day 3 Hari ini adalah hari terakhir kami, jadi aktivit kami adalah nak ke pasar SAMCA untuk cari lauk seafood yang super fresh. Jika korang nak tahu, setiap awal pagi bermula jam 4pagi hingga 7pagi akan ada pasar dimana nelayan yang berlabuh di jeti SAMCA akan jual hasil tangkapan mereka dengan harga sangat murah. Selepas jam 7pagi mereka akan tolak hasil tangkapan mereka ke pasar basah bersebelahan dengan Pasar Philippine. Kat sini korang boleh dapat udang saiz XL dengan harga RM22.00 sekilo, udang harimau RM25.00 sekilo, ikan kembung dan ikan selar RM4.00 sekilo.... arghhhhh macam-macam lagi laaa... nak tau harga sila pergi sendiri yer... Memang murah beb... mane nak dapat harga murah cam ni malah lebih fresh.  Lepas beli seafood nih, korang perlu hantar barangan korang nih untuk packing. Tak boleh naik flight bawak ikan woi... Tempat packing tu terdapat dalam bangunan pasar. Kedai tu bukak jam 7.00pagi.. korang boleh tinggalkan hasil belia

Bercuti ke Kota Kinabalu - Day 2

Image
Bercuti ke Kota Kinabalu- Day 2 Jika anda pernah ke Sabah, waktu siang di memang sangat awal... Pukul 5.15pagi tu macam matahari dah nak naik... kalau pukul 6pagi memang dah macam pukul 8pagi kat KL. Seawal pagi ini kami nak ke Pulau yang berhampiran, jadi kami menuju ke Jesselton Point dimana tempat jeti dan tiket untuk ke beberapa pulau di sekitar KK. Kami tiba di sini lebih kurang jam 815pagi untuk mendapatkan tempat yang lebih awal. So plan kami ke Pulau Sapi sahaja memandangkan kami nak ke Kundasang selepas balik. Tiket boleh di beli di kaunter tiket mahupun meja agensi travel. Semuanya harga yang sama cuma kalau beli dengan agensi nih lebih senang korang nak arrange masa balik.  Harga tiket tambang adalah RM23.00 untuk 1 pulau sahaja dan caj terminal fee adalah RM7.20. Kalau korang xbawak snorkeling gear boleh sewa teros dengan diorang... biasanya dorang boleh kasi diskaun. Saya sewa life-jacket dan googles dengan harga RM15.00. Jumlah keseluruhan adalah RM23.00+

Bercuti ke Kota Kinabalu - Day 1

Image
Bercuti ke Kota Kinabalu - Day 1 Alhamdulillah stelah sekian lama berhajat untuk bahawa family bercuti ke Sabah akhirnya termakbul. Sebelum ni asyik datang outstation sorang jer pusing pusing Sabah. Bini pon dok asyik tanya ade ape kat Sabah? Best ker Sabah?. Nahhhhh saya angkut dorang datang Sabah tengok best ker tidak Sabah ni. Flight MAS MH2646 berlepas tepat masanya tanpa sebarang kelewatan dari KLIA. Kadang-kadang MAS ni lambat disebabkan passenger sendiri yang sambil lewa shopping dengan dok layan kopi tanpa melihat masa boarding. Cuba elakkan attitude sebegini yer... Flight mengambil masa 2jam30minit tiba di Kota Kinabalu International Airport (KKIA) pada jam 1230pm.  Sebelum ni saya dah deal sewa kereta melalui mudah.my... janji dengan brader jumpa airport jam 100pm tapi skali brader ni drag masa kena la tunggu sampai 130pm... Nanti saya share contact brader sado tu kalau korang nak sewa kereta di KK. Memang murah nak bandingkan harga sewa di Airport. Saya sewa

Gobear - Your Travel Insurance

Image
Gobear - Your Travel Insurance  Jika anda seorang travellers mahupun anda ini seorang yang bekerja diluar kawasan, pastinya anda selalu dengan mengenai travel insurance. Kalau tak kenai mungkin anda buat-buat tak kenal. Saya bukanlah seorang Insuran Agent akan tetapi saya adalah salah seorang pengamal insuran untuk diri dan keluarga saya kerana saya tidak memiliki kekayaan yang mampu membiayai perubatan dan tanggungan saya/keluarga saya. Jika anda memiliki insuran nyawa, anda masih memerlukan insuran travel jika anda travel keluar negara supaya tidak berlaku kerumitan dan kecederaan dalaman hati untuk membayar bil perubatan di luar negara nanti. Disini saya nak kongsikan beberapa info mengenai travel insuran ketika anda travel di serata dunia. Saya jumpa website ini ketika menyelidik info travel insuran dan ianya sangat bagus untuk membuat comparison.  Sila layari gobear.com dimana web ini membantu anda untuk membuat comparision travel insurance terbaik/pilihan an

Itinerary ke Kota Kinabalu 3 Hari 2 Malam

Image
Itinerary ke Kota Kinabalu 3 Hari 2 Malam Kota Kinabalu adalah satu tempat tidak asing lagi bagi kita. Ramai yang kenal bandar ini dari penyanyi pop Malaysia. Penerbangan dari KL ke KK mengambil masa 2jam 35minit. Bagi saya Sabah adalah sebuah negeri yang mempunyai pemandangan semulajadi yang sangat awesome dan terbaik kerana negeri ini masih belum dirakus oleh perakus hutan seperti jirannya. Selain dari itu anda juga boleh melihat kehidupan kaum Sabah yang dikatakan bernaung dibawah Kerajaan Malaysia. Saya tidak memperkatakan, tetapi sila datang dan lihat sendiri. Pastinya Awesome. Berikut adalah itinerary perjalanan saya serta budget selama 3 hari 2 malam. Mungkin kalau korang mempunyai tempat yang lebih menarik atau lebih awesome sila sharekan bersama. Sila jangan bermalu -malu. Perjalanan saya agak terhad kerana saya memilih untuk percutian santai dan mempunyai anak kecil. Day 1 : KKIA - Tarampuli - Bandar KK - Tiba di KKIA pada jam 130pm - Dapatkan rental c

Konda Kondi Cafe & Bistro, Ipoh Perak

Image
Konda Kondi Cafe & Bistro, Ipoh Perak Dah lama xsinggah bandar Ipoh. Nyata dan jelas setiap kali datang Ipoh pasti terkenang kawan masa dok Poli PSP yang ratanya orang Ipoh. Salam khabar pada kamu wahai sahabat... Memang tak dinafikan lagi bandar Ipoh memang milik rockers... r.o.k.e.r.s... tapi saya bukan rockers. Saya hanyalah mendengar muzik mereka sahaja tidak dari segi penampilan. Semalam saya ronda-ronda sekitar Ipoh dan teringat untuk singgah di Konda Kondi Cafe, bukanlah secara tak sengaja tapi niat untuk singgah. Dulu kawan saya kerja kat kedai ni dan dia yang pelawa untuk datang. Sudahnya dia yang dah tak keje sini.. binawe btol. Ok kedai Konda Kondi Cafe ini memang ikut trendy cafe ala-ala hipster. Cuma yang bestnya harga makanan dan minuman tidak jerut leher dan masih mengikuti harga pasaran rakyat jelata. Suasana kedai bersih dengan dekorasi barangan recycle yang diubahsuai. Ada beberapa table yang menempatkan customer nak couple mahupun santai maca

RJ Ayam Bakar (RJ Kopitiam) Kuching, Sarawak

Image
RJ Ayam Bakar (RJ Kopitiam) Kuching, Sarawak RJ adalah bukan Raja Lawak yang anda kenali di SArawak tetapi ianya adalah sebuah restoran franchise kalau tak silap saya berada disekitar Kuching sahaja. Restoran ini terletak di Jalan Abell, beberapa puluh meter sahaja dari Hotel Hilton dan landmark dia adalah bulatan ada kucing tu lepas tu cari Maybank dan CIMB Bank Jalan Abell. Sangat senang! Saya singgah di RJ Kopitiam pasal ianya dekat ajer dengan hotel yang saya stay. Beberapa tahun yang dulu restoran RJ ini memang agak biasa ajer. Tapi mungkin dorang dah mula membuat re-branding menuju ke arah era Hipster dan Elegan. Agak menarik dan teruja apabila mengunjungi semula restoran J berwajah baru ini. Dekorasi kedai totally diubah untuk menarik minat orang muda dna saya mula perasan terdapat banyak kedai coffee house dan kedai makan yang ala-ala artisan. Tak tahu nak makan apa, saya pilih Nasi Ayam Bakat beserta kopi tarik sejuk. Serius dan sangat serius nasi aya, bak

Agoda

Related Post

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...