RJ Ayam Bakar (RJ Kopitiam) Kuching, Sarawak

RJ Ayam Bakar (RJ Kopitiam) Kuching, Sarawak

RJ adalah bukan Raja Lawak yang anda kenali di SArawak tetapi ianya adalah sebuah restoran franchise kalau tak silap saya berada disekitar Kuching sahaja.

Restoran ini terletak di Jalan Abell, beberapa puluh meter sahaja dari Hotel Hilton dan landmark dia adalah bulatan ada kucing tu lepas tu cari Maybank dan CIMB Bank Jalan Abell. Sangat senang!

Saya singgah di RJ Kopitiam pasal ianya dekat ajer dengan hotel yang saya stay. Beberapa tahun yang dulu restoran RJ ini memang agak biasa ajer. Tapi mungkin dorang dah mula membuat re-branding menuju ke arah era Hipster dan Elegan.

Agak menarik dan teruja apabila mengunjungi semula restoran J berwajah baru ini. Dekorasi kedai totally diubah untuk menarik minat orang muda dna saya mula perasan terdapat banyak kedai coffee house dan kedai makan yang ala-ala artisan.

Tak tahu nak makan apa, saya pilih Nasi Ayam Bakat beserta kopi tarik sejuk. Serius dan sangat serius nasi aya, bakar memang pedas bak hang... kalu saya makan Ayam Penyet Wong Solo tu masih boleh rileks lagi dengan kepedasannya, tapi yang ini memang boleh habis kopi ais beb... Bibir tebal macam kena tampar dengan selipar jamban tuuuu....

Ada juga beberapa menu macam roti bakar, tapi saya mengesyorkan air kopi tarik ais adalah super Awesome! Anda perlu cuba di sini....

This is Awesome dude...










Comments

Agoda

Related Post

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular posts from this blog

Tempat Sarapan Pagi Best di Kota Bharu (UPDATE MEI 2022)

Destinasi 24 Jam : Pulau Pangkor, Perak

Tempat Makan Best di Kedah (UPDATE JAN 2022)

Bercuti ke Hatyai Thailand 2022 - Day 1

Bercuti ke Tokyo, Jepun 2023 - Day 1