Bercuti ke Kota Kinabalu - Day 2

Bercuti ke Kota Kinabalu- Day 2

Jika anda pernah ke Sabah, waktu siang di memang sangat awal... Pukul 5.15pagi tu macam matahari dah nak naik... kalau pukul 6pagi memang dah macam pukul 8pagi kat KL.

Seawal pagi ini kami nak ke Pulau yang berhampiran, jadi kami menuju ke Jesselton Point dimana tempat jeti dan tiket untuk ke beberapa pulau di sekitar KK. Kami tiba di sini lebih kurang jam 815pagi untuk mendapatkan tempat yang lebih awal.

So plan kami ke Pulau Sapi sahaja memandangkan kami nak ke Kundasang selepas balik. Tiket boleh di beli di kaunter tiket mahupun meja agensi travel. Semuanya harga yang sama cuma kalau beli dengan agensi nih lebih senang korang nak arrange masa balik. 

Harga tiket tambang adalah RM23.00 untuk 1 pulau sahaja dan caj terminal fee adalah RM7.20. Kalau korang xbawak snorkeling gear boleh sewa teros dengan diorang... biasanya dorang boleh kasi diskaun. Saya sewa life-jacket dan googles dengan harga RM15.00. Jumlah keseluruhan adalah RM23.00+RM7.20+15.00 = RM45.20. Nanti dalam speed boat dorang sediakan lifejacket untuk kegunaan dalam bot sahaja yer... tak boleh dibawak snorkeling.

Tiba di Jeti Pulau Sapi anda perlu bayar caj lagi iaitu caj masuk ke Taman Negara dengan harga RM3.00 untuk dewasa. Kat jeti ni korang dah boleh nampak banyak giler ikan dengan air yang jernih. Awesome beb....

Pasai kami datang awal, so kami dapat pilih meja dan kerusi nak lepak... untung datang awal.. cuaca pun redup lagi. Kat sini semuanya complete, korang xperlu bawak makanan banyak-banyak pasai restoran dan cafe memang dah ade dan pastinya Halal. Tandas dan suran juga disediakan cuma tikar ajer yang xada... so saya nasihatkan anda boleh bawak tikar sendiri untuk guling. Nak sewa pon boleh tapi limited laa jadinya.

Layan anak-beranak mandi manda... snorkeling kat sini best beb depan pantai terus ada ikan.. bawak sikit cebisan roti nak pancing ikan... kadang datang juga ikan yang besar... kalau ikan kecik macam ikan nemo tu ade ler...

Abisnya di Pulau Sapi, tepat jam 12tgh hari kami punya travel agent tu dah panggil kami untuk hantar ke jeti KK. Memang bagus dorang ni... tepati masa dan sangat senang nak tolong orang. Kasi la tips sikit kat depa...

Tiba di Jesselton Point balik ke hotel untuk mandi dan bersiap ke Kundasang. Saya bertolak dari Karamunsing jam 2.30pm menuju ke Kundasang melalui Tamparuli. Perjalanan mengambil masa 2jam tambah dengan bad-ass traffic... 

Tiba di Kundasang sungguh tak nasib baik pasal dorang tutup pintu masuk. Rupanya depa bukak pada jam 9pagi dan tutup pada 4ptg. Katanya lembu depa nak tidoq... chittt... Apa yang boleh dibuat, amik gambar saja ler...

Alhamdullilah masa nak balik dapat tengok puncak Gunung Kinabalu, kami singgah dulu di Kinabalu Park amik gambar. Bukan senang nak nampak puncak dia petang-petang nih... selalunya berkabus xnampak puncak. Sila menikmati salah satu Ciptaan Ilahi, bagi korang yang tak pernah pergi comfirm sangat kagum dengan tinggi dan besarnya gunung nih... Ini baru gunung ke-4 tertinggi didunia.. tidak ler tahu macammaca rupernya Everest yer...

Dah nak senja tu terus gerak balik ke KK dan layan sekali lagi seafood di Restoran Sinar Delima Masakan Jawa... hahaha butter prawn basah tu memang berhantu beb... sedap dan Awesome!

Sambung pada Day 3














Comments

Agoda

Related Post

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular posts from this blog

Tempat Sarapan Pagi Best di Kota Bharu (UPDATE MEI 2022)

Destinasi 24 Jam : Pulau Pangkor, Perak

Tempat Makan Best di Kedah (UPDATE JAN 2022)

Bercuti ke Hatyai Thailand 2022 - Day 1

Bercuti ke Tokyo, Jepun 2023 - Day 1