Konda Kondi Cafe & Bistro, Ipoh Perak

Konda Kondi Cafe & Bistro, Ipoh Perak

Dah lama xsinggah bandar Ipoh. Nyata dan jelas setiap kali datang Ipoh pasti terkenang kawan masa dok Poli PSP yang ratanya orang Ipoh. Salam khabar pada kamu wahai sahabat...

Memang tak dinafikan lagi bandar Ipoh memang milik rockers... r.o.k.e.r.s... tapi saya bukan rockers. Saya hanyalah mendengar muzik mereka sahaja tidak dari segi penampilan.

Semalam saya ronda-ronda sekitar Ipoh dan teringat untuk singgah di Konda Kondi Cafe, bukanlah secara tak sengaja tapi niat untuk singgah. Dulu kawan saya kerja kat kedai ni dan dia yang pelawa untuk datang. Sudahnya dia yang dah tak keje sini.. binawe btol.

Ok kedai Konda Kondi Cafe ini memang ikut trendy cafe ala-ala hipster. Cuma yang bestnya harga makanan dan minuman tidak jerut leher dan masih mengikuti harga pasaran rakyat jelata.

Suasana kedai bersih dengan dekorasi barangan recycle yang diubahsuai. Ada beberapa table yang menempatkan customer nak couple mahupun santai macam dok kat rumah. Cuma lokasi kedai ini tepi traffic light, jadi kebingitan telinga tatkala kereta/motor dok panas line tepi kedai mampu melelehkan taik telinga.

Malam tu saya memilih menu feveret all the time, Chicken Chop Grill bersama White Coffee. Seriously Chicken Chop dia memang sedap, potion besar dan ada fries yang banyak... White Coffee bagi saya mencapai kepiawaian dan standard iso kopi dunia. Creamy dan mild... just nice bro... just nice.

Staff yang super awesome dengan slang/dialek Ipoh memang cool macam dah lama kenal pulak... 5 bintang untuk staff Konda Kondi Cafe. 

This is Awesome dude...










Comments

Agoda

Related Post

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular posts from this blog

Tempat Sarapan Pagi Best di Kota Bharu (UPDATE MEI 2022)

Destinasi 24 Jam : Pulau Pangkor, Perak

Tempat Makan Best di Kedah (UPDATE JAN 2022)

Bercuti ke Hatyai Thailand 2022 - Day 1

Itinerary ke Hatyai, 3 Hari 2 Malam