Restoran Nasi Lemak Bersinar, Kota Bharu

Restoran Nasi Lemak Bersinar, Kota Bharu

Sesungguhnya kalau orang yang merantau ke Negeri Cik Siti ni tak lalu nak makan nasik berlauk pagi-pagi buta anda boleh layan nasi lemak mahupun roti canai.

Akan tetapi ade ke orang jual nasi lemak di Kota Bharu? Mestilah ader sekarang ni menu makanan kita dah melampau batasan pemikiran kolot kita. Jangan sangka di Kota Bharu xde masakan Melaka mahupun johor. Cuma keaslian dan rasa tu semestnya perfect dari negeri sendiri.

Kali ini saya bawa dan tunjuk salah satu kedai nasi lemak yang popular di KB dengan harga yang sungguh murah dimasa kini. 

Kedai Nasi Lemak Bersinar ni terletak di Jalan Kuala Krai, dekat ajer dengan KB Mall dan nk lebih tepat silalah googlemaps mahupun waze ajer.

Disini mereka lebih banyak hidang nasik lemak yang jenis laukpauk macam ayam goreng, sotong, kambing rendang dan daging rendang. Telur mata guyang pon ada... kasi order up saja dan pastinya harga tidak mencengkam jiwa anda.

Masakan nasi lemak Kelantan agak berbeza nak banding nasi lemak Kl. Ianya tidak pedas, simple dan lebihkan lauk pauk kelantan la.. kalau korang nak try masakan mereka boleh la datang. 

Mungkin menjadi tradisi kedai yang popular, dorang tidak lebihkan pada dekorasi kedai tetapi lebihkan kualiti dan kebersihan. Kedai dorang ni tepi jalan ajer... kalau korang boleh port belah dalam adalah lebih bagus daripada makan kat luar.

Kalau kat dalam tu nanti dorang pasang lagu arab, jazz dengan acustik... ini adalah benar yerr bukan main-main. Owner sedikit berjiwa sentimental.

This is Awesome dude...






Comments

Agoda

Related Post

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular posts from this blog

Tempat Sarapan Pagi Best di Kota Bharu (UPDATE MEI 2022)

Destinasi 24 Jam : Pulau Pangkor, Perak

Tempat Makan Best di Kedah (UPDATE JAN 2022)

Bercuti ke Hatyai Thailand 2022 - Day 1

Itinerary ke Hatyai, 3 Hari 2 Malam