Aroma Cafe, Kuching Sarawak

Aroma Cafe, Kuching Sarawak

Adalah rugi jika anda datang ke Kuching dan tidak mencuba masakan tradisi Sarawak. Biasanya orang hanya mengenali Mee Kolok Sarawak, akan tetapi masih banyak menu yang diorang ada. Salah satunya adalah Laksa Sarawak, Ayam Penyet Sarawak dan Teh C Peng. Ini semuanya Awesome!

Satu lagi restoran yang saya singgah sekitar bandar Kuching iaitu Arma Cafe yang terletak di Jalan Tabuan. Anda boleh membuat carian didalam Googlem Maps dengan search Aroma Cafe. Terdapat di marking dalam google maps, pilih carian Aroma Cafe Halal. 

Kedai ini juga telah dikunjungi oleh team Jalan Jalan Cari Makan TV3 dan di kaunter juga terdapat medal plat Trip Advisor Silver. Agak rare dan hebat untuk pencapaian seperti ini,

Disini orang memang pack, dinasihatkan datang lebih awal untuk santapan tengah hari kerana restoran ini menyajikan masakan panas seperti goreng goreng, lauk pauk dan pencuci mulut. Saya memilih untuk makan Keow teow Cantonese pasal tampak lebih menarik dengan hidangan meja sebelah!

Suasana kedai yang bersebelahan dengan anak bukit dan Taman Budaya yang membuatkan angin yang sedikit nyaman dengan kepanasan cuaca tengahhari. Keadaan kedai yang bersih dan tersusun rapi lebih membuatkan anda selesa untuk lepak lebih lama akan tetapi kesian pulak orang yang sedang berdiri tunggu nak duduk.

Jika anda datang kesini boleh cuba Mee Kolok Crispy dan Keow Teow Cantonese ni. Sesungguhnya ianya adalah awesome dan berbaloi. Sila order juga kopi tarik ais mahupon Teh C Peng untuk menyempurnakan santapan anda.

This is Awesome dude!




Comments

Agoda

Related Post

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular posts from this blog

Tempat Sarapan Pagi Best di Kota Bharu (UPDATE MEI 2022)

Destinasi 24 Jam : Pulau Pangkor, Perak

Tempat Makan Best di Kedah (UPDATE JAN 2022)

Bercuti ke Hatyai Thailand 2022 - Day 1

Itinerary ke Hatyai, 3 Hari 2 Malam