Bercuti ke Yogjakarta, Indonesia - Day 1

Bercuti ke Yogjakarta, Indonesia - Day 1

Entry kali ini berkisarkan antara dairi perjalanan dan juga travel tips untuk menjadikan percutian anda lebih awesome dan lebih penting berada didalam kawalan.

Pertama saya akan menceritakan tips. Mungkin berguna dan sesuai untuk mereka yang xnk overbudget bila dah sampai Yogjakarta.

Tips #1 : Create budget keseluruhan yang sesuai untuk anda. Budget ini merangkumi hotel, budget kepada pemandu (supir), duit makan, duit belanja seperti barangan yang nak dibeli tiket ke tempat yang ingin dilawati dan yang paling penting duit belanja shopping.

Tips #2 : Buat booking hotel lebih awal. Anda buleh search dengan menggunakan agoda.com, booking.com atau direct web hotel. Mungkin anda dapat lebih diskaun dengan online booking. Jika ke negara Indonesia, pastinya terdapat banyak restoran yang Halal. Jadi tidak perlu untuk membawa makanan yang berlebihan. Cukup untuk makanan kepada bayi mahupun anak kecil.

Tips #3 : Membawa kelengkapan pakaian dan peralatan yang complete. Ini bertujuan untuk mengelakkan pembaziran membeli barang yang sedia ada. Ini juga termasuk ubat ubatan anda. Perjalanan ketika musim panas memerlukan pakaian yang bersesuaian serta air yang secukupnya.

Tips #4 : Oleh kerana saya melawat negara Indonesia, tiada Visa yang dikenakan hanya sekadar mengisi Declaration Forms. Makanan seerti roti dan 3in1 confirm boleh dibawa masuk.

Tips #5 : Jika anda terbang dengan AirAsia, silalah patuhi peraturan Airasia kerana mereka betul2 follow the rules AirAsia. Pastikan hand luggage untuk cabin tidak melebihi 7kg. Gagal berbuat demikian duit anda menjadi hamparan kaunter.

Selesai perkara tips tu, mari saya ceritakan pengalaman saya bercuti di Yogjakarta ini.

Bermula dari KLIA2, penerbangan AK346 pastinya delay memakan masa 30minit dari jadual penerbangan. Agak awesome pasal dalam penerbangan ini turut disertai oleh Menteri Perlancongan DS Nazri Aziz. Okla pasal boleh sembang dengan selfie. Choi!

Pernerbangan 2jam 30minit tiba tepat di Adisujipto International Airport. Persepsi saya mengenai airport ini ternyata salah, walaupun airportnya kecil tapi agak teratur jika nak dibandingkan dengan airport bandung yang lama.




Selesai imigresen dan pemeriksaan kastam, saya terus keluar berjumpa dengan supir saya En. Iswadi. Terbaik brader Iswadi kerana tampil untuk memberi layanan pada keluarga kami dari Bandung. Jauh perjalalan tu. 

Tanpa berlengah, kami terus menuju ke Pusat Bandar dan membuat persinggahan untuk santapan tengahhari di Restoran Pondok Cabe di Jalan Raya Solo, lebih kurang 15minit dari Bandara Yogjakarta. Makanan ala-ala jawa agak mudah untuk ditelan dan menjadikannya santapan tengahhari yang agak padu.





Meneruskan perjalanan setelah selesai makan tengahhari dengan menuju ke hotel. Saya telah membuat tempahan Hotel Gallery Prawirotaman yang terletak di Jalan Prawirotaman. Sebenarnya hotel ini sedikit jauh dari pusat membeli belah, tetapi di Jalan Prawirotaman inilah tempat berlakon filem 'Ada Apa Dengan Cinta 2'. Sangat terbaik dan tidak mengecewakan. Harga hotel yang berpatutan dan fasiliti yang terbaik! Rehat dan santai dahulu menjadi agenda utama kerana cuaca yang agak panas dan kekenyangan. 



Pada awal petang kami menuju ke Pantai Parangtritis terletak lebih kurang 45minit dari hotel kerana keadaan jalan dan trafik yang sesak. Agak pelik sikit bila tiba di pantai kerana pasirnya memang hitam. Tempat ini juga salah satu tempat pengambaran cerita AADC2. Sebuah pantai dari lautan Hindi dengan membawa angin yang kencang berserta hembusan air masin mampu membuatkan suhu badan sedikit menurun. 

Beberapa orang tempatan menawarkan perkhidmatan menaiki kereta kuda pasti menjadi pilihan. Harga bayarannya IDR15,000 dengan bersiar selama 30minit adalah sangat murah yer! Nazril hanya menikmati putaran roda kayu saja, langsung tak tengok permandangan hebat dari ciptaan Illahi. Mungkin pergerakkan roda lebih menarik.





Waktu senja hampir tiba, kami terus menuju ke tempat membeli belah popular di Yogjakarta iaitu di Jalan Malioboro. Disini kawasan agak padat dan traffik yang sungguh durjana. Untuk kesatu kawasan lingkungan 2km mengambil masa 20-30minit. Supir Iswadi mula menunjukkan skill cilok dengan saratan van besar dan mampu meraih tempat parking mobil yang strategik!

Mengisi perut untuk santapan malam adalah agenda pertama sebelum memulakan shopping. Jadi kami singgah di Restoran Ayam Pedas Wong Jowo. Restoran ini terletak bersebelahan dengan Kedai Serbaneka K Circle dan pencarian anda agak mudah jika anda bermula jalan kaki dari Hotel Inna Garuda. Santapan ayam penyet bakar, ayam masak lemon dan nasi goreng special agak pedas mematuhi syhariah Indonesia dengan harga yang sangat murah.

Misi membeli belah di Jalan Malioboro dimulakan dengan kata sepakat, kebanyakkan gerai tepi jalan menjual seperti cenderahat, tshirt, barangan kraftangan. Agak susah untuk mendapatkan kain pasang kerana kain batik jawa lebih mencuri tumpuan.

Hampir 2 jam di Jalan Malioboro, keputusan untuk balik ke hotel adalah menjadi acara penutup untuk hari pertama. Ahli-ahli M.Nasir membuat request untuk repeat pada keesokkannya setelah order dan idea datang. Perjalanan balik ke hotel dan tidur.    

Bersambung pada Day 2.





Bercuti ke Yogjakarta, Indonesia - Day 2
Bercuti ke Yogjakarta, Indonesia - Day 3
Post a Comment

Related Post

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular posts from this blog

5 Tempat Makan Best di Kedah

Duta Village Beach Resort, Pantai Balok Pahang

The Shorea Resort, Negeri Sembilan

De Rhu Beach Resort, Pantai Balok Kuantan

Villa Danialla Tok Bali : What a Failure!