Bercuti ke Yogjakarta, Indonesia - Day 2

Bercuti ke Yogjakarta, Indonesia - Day 2

Waktu pagi di Yogjakarta adalah sangat awal yer... suara azan mula dilaungkan seawal jam 4.13pagi dan matahari mula terbit pada jam 05.22 pagi dimana mata akan dicuci sepenuhnya dengan pancaran Illahi.

Merangkak-rangkak membasuh muka dengan wudhu dan bersiap siaga untuk sarapan pagi sangat menyempurnakan hidup. Menikmati kopi dan sarapan bersebelahan dengan kolam seakan orang ada-ada aje sambil menemani Nazril dan isteri.

Seawal jam 7.45pagi kami disapa oleh Iswadi dan bertolak untuk agenda seterusnya iaitu menuju ke Kampung Candiredjo, di daerah Magelang. Perjalanan lebih kurang 1jam 30minit tidak terlalu rumit kerana sepanjang perjalanan anda boleh lihat terbentang hasil lukisan alam bumi Yogjakarta.  Jalan alur liku melintasi Sungai Progo yang mempunyai kisah silam tersendiri malah jika bernasib baik akan nampak puncak gunung berapi yang dahulunya membunuh rakyat jelata Yogjakarta.

Tiba di checkpoint Kampung Candiredjo disambut oleh gadis tempatan dimana mereka fasih berbahasa Inggeris dan Bahasa Melayu. Kami diberi keterangan dan serba sedikit mengenai kisah kampung Candiredjo. Difahamkan oleh petugas, kami akan meronda desa dan melihat kehidupan desa ini dengan menaiki kereta berkuda.... waaa macam King plak rasanya. Serta join orang desa untuk sama-sama membuat anyaman tikar dan produk orang desa untuk hasil jualan.




Serta-merta kereta berkuda tiba seakan aturan permainan di pentas sahaja. Saya terus menaiki kereta berkuda bersama isteri dan Nazril dan pastinya akan ada seorang pengendali kuda. Memulakan perjalanan sambil menikmati udara yang segar dan kelihatan sawah padi kecil, kebun tanaman dan perumahan orang tempatan. 

Kami berhenti pada pit-stop pertama di halaman rumah keaslian Jawa Candiredjo. Diterangkan cara senibina rumah desa keturunan Jawa dan lebih best anda diberi peluang untuk masuk kerumah mereka walaupon mereka tengah lipat kain. Agak berbesar hati majoriti penduduk adalah beragama Islam kerana terdapat beberapa buah surau di desa ini. Bersedekahlah walalupun sedikit untuk menyuci dosa-dosa kecil. 




Kawad berkuda diteruskan lagi dengan hamparan permandangan desa, agak jakun agaknya bila berselisih dengan orang kampung sehingga mereka menghentikan kenderaan mereka untuk laluan kami. Macam Jason King pulak rasanya. Chait! Memperlihatkan anak-anak kecil bermain dikawasan halaman rumah, syukur pada Illahi kerana kita membesar di bumi Malaysia ini. 

Singgahan kedua disebuah halaman rumah yang sedang duduk bersantai membuat anyaman tikar. Bila diterangkan cara pembuatannya, seperti agak tidak berbaloi dengan harga yang dibayar upah kerana hasil kerja tangan seakan sangat kompleks dan rumit tapi menerima upah yang sangat kecil bagi kita dan sangat besar bagi mereka. Sebuah anyaman tikar hasil kerja tangan manusia sepenuhnya dengan menggunakan daun pandan di potong halus dijual semurah RM5.00 untuk sebesar table top. Malang sekali kami tidak dapat membeli hasil mereka kerana proses pembikinan masih dalam rangka kerja mereka.

Menuju ke checkpoint seterusnya suasana sedikit moden dimana jalan raya berturap dilalui yang sebelum ini hanya jalan tanah keras saja. Terdapat beberapa kedai kopi kecil dan kedai runcit serta anak-anak berlari. 

Kami singgah lagi disebuah halaman terakhir iaitu sebuah rumah yang membuat produksi kerepek ubi manis. Rumah ini dibina sekitar tahun 1960-an dan dibuat ubahsuai hasil kerja tangan mereka. Uniknya pembikinan kerepek ubi menggunakan mesin kisar tenaga tangan untuk mendapatkan hasil kerja yang terbaik. Malah tuan rumah terus mengorengkan kerepek ubi untuk bekalan didalam mobil nanti. Terima kasih ibu!

Selesai ronda-ronda kampung kawad berkuda, kami tiba di check-point terakhir dan diberi peluang untuk belajar bermain muzik tradisional menggunakan peralatan muzik mereka dan minum teh bersama kuih muih menjadi acara penutup. Lupa saya nak bagitahu, kesemua pakej ronda desa beserta kereta berkuda ini berharga IDR150,000 sahaja. Murah giler bro!



Perjalanan mobil diteruskan menuju ke Muzium Merapi. Saya terpaksa skip untuk singgah di Candi Borobudur kerana faktor keselamatan agama anak-anak kami. Ini kerana ayah saya menasihatkan agar lawatan ke Candi Borobudur digugurkan dari itinerary dan seeloknnya dibuat lawatan ke Masjid besar Yogjakarta. OK cancel and go-on.

Oleh itu kami memilih untuk santapan tengahhari di Restoran Sekar Kedhaton. Adalah satu tempat mesti singgah jika anda melalui ke kawasan ini kerana restoran mereka sangat Awesome dan Chill... Suasana yang tenang, santai dan paling menarik dekorasi seakan Bali membuatkan hati anda tenang ajer untuk makan disini. Anak-anak anda boleh tengok ikan dalam kolam dan terdapat permainan untuk kanak-kanak serta ada live band muzik tradisional Bali dari mereka.




Perjalanan diteruskan menuju ke Muzium Gunung Merapi. Tiba di sini hujan membasahi bumi dan keputusan dibuat untuk tidak menurunkan penumpang anak kecil yang kebetulan tengah tidur kesejukkan. Saya memilih untuk turun selama 30minit. 

Bayaran IDR10,000 dikenakan untuk satu kepala. Agak murah dan berbaloi. Sebenarnya bagi saya muzium ni tiada apa yang menarik perhatian saya kerana ianya lebih kepada kajian dan penerangan bagaimana terbentuknya gunung berapi. Akan tetapi ada satu section dimana mereka mengumpulkan gambar-gambar mangsa dan tempat kejadian gunung berapi yang sungguh meyayat hati. Agak sedih dan seram juga tengok bencana alam daripada kuasa-Nya. Allahu!




Tak lama pon menghayati muzium, kami terus balik ke hotel dulu untuk rehat dan solat jamak bagi keselesaan orang tua. Cuaca agak mendung di Bandar Yogjakarta menjadikan suasana sedikit gelap. Waktu magrib disini adalah jam 05.39 petang... sungguh awal yer magrib depa!

Waktu Isyak jam 18.50pm kami menuju ke Plaza Ambarrukmo yang terletak di Jalan Laksda Adisucipto. Plaza ini seperti shopping complex maju dan terbesar di Yogjakarta. Hanya singgah untuk membeli Tumbler Starbuck Collection dan melihat suasana  gelagat manusia. Sempat jugak saya beli mainan Hot Wheels yang harganya lebih murah dari Malaysia walaupon Made in Malaysia. Deng yaw!





Tanpa lengah kami menuju lagi ke Jalan Malioboro untuk menghabiskan sisa baki membeli belah. Di Jalan Malioboro terdapat ratusan kedai kecil yang menjual barangan tempatan dan pada sebelah kiri jalanraya sepenuhnya terdapat kedai makan bersila. Makan malam kami di sebuah restoran yang tidak sempat saya rakam kerana anak saya mula meragam. Saya mengesyorkan lebih baik jika anda makan di restoran Ayam Pedas Wong Jowo jika anda tidak mahu diganggu dengan pemuzik jalanan.

Membeli belah disudahkan dengan beberapa jam sahaja. Pulang ke hotel untuk rehat dan tidur menjadi pilihan yang tiada tolok tandingnya. Suasana yang masih mendung dan hujan sedikit renyai menjadikan acara terbaik adalah tidur.

Bersambung pada Day 3 

Bercuti ke Yogjakarta, Indonesia - Day 1
Bercuti ke Yogjakarta, Indonesia - Day 2
Bercuti ke Yogjakarta, Indonesia - Day 3

Comments

Agoda

Related Post

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular posts from this blog

Tempat Sarapan Pagi Best di Kota Bharu (UPDATE MEI 2022)

Destinasi 24 Jam : Pulau Pangkor, Perak

Tempat Makan Best di Kedah (UPDATE JAN 2022)

Bercuti ke Hatyai Thailand 2022 - Day 1

Itinerary ke Hatyai, 3 Hari 2 Malam