Bercuti ke Yogjakarta, Indonesia - Day 3

Bercuti ke Yogjakarta, Indonesia - Day 3

Mentari pagi yang terbit seolah memanggil untuk menikmati kehiudpan seterusnya. Saya memulakan hari terakhir dengan breakfast yang disediakan oleh pihak hotel. Seawal pagi juga air kolam mandi sudah mula berkocak dengan kanak-kanak.

Hari terakhiri ini aktiviti sangat terhad memandangkan pernerbangan kami pada jam 11.20pagi, oleh itu saya memilih untuk berjalan sekitar kawasan Jalan Prawirotaman. Saya singgah di hotel Greenhost Boutique Hotel dimana lokasi pengembaraan AADC2 dibuat. Agak ramai orang disini kerana harga hotel yang murah dan dekorasi yang tahap 4 bintang. Swimming pool yang terletak ditengah hotel dan bersebelahan dengan cafe mampu membuatkan pengiat seni gemar tinggal di hotel ini.





Seterusnya saya ke Lawas Cafe di Adhistana Hotel untuk menikmati kopi tempatan, salah satu cafe yang dikunjungi dalam filem AADC2. Agak panas juga jalan kaki dengan membawa anak kecil walaupon pada jam7.50pagi. Tiba di Lawas Cafe ini saya layan roti bakar chocolate dan iced coffee yang mampu menjadikan bakteria perut anda bekerja bersungguh-sungguh. Harga sangat murah jika nak dibandingkan dengan negara kita ni. 





Balik ke hotel dan memulakan packing barang untuk perlepasan pulang. Proses check-out dan loading luggage dalam van serta sesi bergambar bersama En. Iswadi. Perjalanan ke Airport kami singgah di sebuah pusat keperak iaitu Pusat Ole-Ole Bandara Jaya yang terletak berhadapan dengan airport sahaja.

Disini anda boleh membeli kerepek buatan Indonesia dan beberapa roti dan kek tempatan dengan harga yang terbaik. Sebaik anda membeli, anda boleh bungkus barangan belian anda dengan kotak mereka yang pastinya siap sedia untuk dimasukkan ke cargo flight. Mudah dan jimat!



Tak lama pon di Bandara Jaya ini, meneruskan perjalanan ke Airport. Seperti yang saya perkatakan sebelum ini, walaupon airport yogjakarta ini kecil tetapi lebih terurus. Proses drop bag dan checking luggage sama seperti airport Subang Shah Alam. 

Cuma apa yang saya nak ingatkan pada backpacker dan travellers, jika anda menaiki pesawat AirAsia... Anda perlu mematuhi peraturannya terutama tatkala anda membawa bag hand-carry. jika mereka cakap 7kg, sila pastikan tak lebih 7kg yer... pasal depa timbang bag yang nampak besar dan semestinya cas akan dikenakan.. serta merta muka suda tarak senyum. Ini berlaku kepada 2 wanita Malaysia yang beratur didepan saya. Moral of the story, patuhi peraturan penerbangan walaupun bukan AirAsia. Mungkin negara kita tak seketat itu akan tetapi negara lain sangat menitik berat mengenai ini.





Alhamdulillah tiba di KLIA2 tepat dalam jadual penerbangan. Percutian ini agak seronok dan perlu repeat lagi.

Yogjakarta adalah salah satu tempat yang berbaloi untuk kunjungi selepas Bandung. 

Ikuti Itinerari Perjalanan saya dan Restoran Di Yogjakarta nanti.

This is Awesome dude!

Bercuti ke Yogjakarta, Indonesia - Day 1
Bercuti ke Yogjakarta, Indonesia - Day 2
Bercuti ke Yogjakarta, Indonesia - Day 3

Comments

Agoda

Related Post

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular posts from this blog

Tempat Sarapan Pagi Best di Kota Bharu (UPDATE MEI 2022)

Destinasi 24 Jam : Pulau Pangkor, Perak

Tempat Makan Best di Kedah (UPDATE JAN 2022)

Bercuti ke Hatyai Thailand 2022 - Day 1

Itinerary ke Hatyai, 3 Hari 2 Malam