Hot Wheels - Make It Epic, Sunway Pyramid

Hot Wheels - Make It Epic, Sunway Pyramid

Nama gergasi dalam dunia permainan ini tidak asing lagi dimana jenama Hot Wheels kini bukan lagi disertai oleh golongan kanak-kanak akan tetapi golongan dewasa. Rangkaian Hot Wheel kini diperluaskan lebih hebat dengan introduksi kreativiti kanak-kanak pada dunia permainan Hot Wheels.

Sebuah event Hot Wheels Make It Epic dilancarkan di Sunway Pyramid baru-baru ini menyaksikan sambutan yang agak hangat dengan kehadiran Race Engineer. Kehadiran mereka membolehkan perkongsian ilmu dari segi kreativiti kanak-kanak dan penerangan serba sedikit hukum fizik dalam permainan ini. Hebat!

Terdapat beberapa barangan jualan yang diberi diskaun dan koleksi kereta Hot Wheels yang dipamerkan ternyata menimbulkan rasa semangat untuk membuat koleksi 100 unit membuak-buak.

Anak saya Nazril telah mula meminati permainan ini dengan bantuan saya dan ibunya untuk memulakan permainan akan tetapi saya pulak yang macam lebih-lebih. Ahakkkkk.... Nak buat macammane time kecik saya xdapat permainan sebegini bro...

Pada permulaan saya memperkenalkan permainan ini kepada Nazril, dia sungguh excited. Malah setiap hari dia seperti tahu selepas balik dari rumah jagaan mesti nak main Hot Wheels. Perlu dididik selepas bermain mesti mengutip balik kesemua kereta yang bersepah kedalam garage mereka. 

Lebih positifnya, permainan ini menggalakkan kanak-kanak berinovasi dengan cara yang lebih kreatif. Secara tidak langsung ianya juga mengajar cara kanak-kanak berfikir dan mempamerkan imiginasi melalui pembinaan track Hot Wheels serta kereta mainannya. Malah bapaknya juga dapat satu hobby baru dengan membuat koleksi kereta Hot Wheel yang tersendiri.

Tunggulah kami dapat membuat koleksi kereta Hot Wheels 100unit nanti dan saya akan upload entry baharu dengan koleksi kami ini.

This is Awesome dude...









Comments

Agoda

Related Post

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular posts from this blog

Tempat Sarapan Pagi Best di Kota Bharu (UPDATE MEI 2022)

Destinasi 24 Jam : Pulau Pangkor, Perak

Tempat Makan Best di Kedah (UPDATE JAN 2022)

Bercuti ke Hatyai Thailand 2022 - Day 1

Itinerary ke Hatyai, 3 Hari 2 Malam