Itinerary ke Yogjakarta 3 Hari 2 Malam

Itinerary ke Yogjakarta 3 Hari 2 Malam


Yogjakarta adalah bandar kelima terbesar di Indonesia, kepadatan penduduk mula kurang jika nak dibandingkan dengan Jakarta dan Surabaya. Penerbangan dari Kuala Lumpur ke Yogjakarta mengambil masa selama 2jam 30minit seperti penerbangan ke Kota Kinabalu sahaja. Walaubagaimanapun ini kali pertama saya menjejaki kaki ke Yogjakarta. Kembara bumi Indonesia masih diteruskan pada tumpuan bandar-bandar yang besar nanti.

Bandar yang terkenal dengan pemilik Candi ini menarik ramai pengunjung tambahan selepas cerita Ada Apa Dengan Cinta 2. Tiada masalah mengenai masjid dan makanan halal disini kerana muslim masih majoriti.

Berikut adalah itinerary perjalanan saya serta budget selama 3 hari 2 malam. Mungkin kalau korang mempunyai tempat yang lebih menarik atau lebih awesome sila sharekan bersama. Sila jangan bermalu -malu. Perjalanan saya agak terhad kerana saya memilih untuk percutian santai serta membawa anak kecil.



Day 1 :

- Tiba di Adisutjipto International Airport pada jam 11.45am penerbangan AK346.
- Berjumpa supir En Iswadi. Bayaran untuk van 12 seater (3hari) adalah IDR 3,000,000
- Menuju ke rumah makan Pondok Cabe. IDR15,000+
- Check-in hotel Gallery Prawirotaman. Tempahan 2 malam. IDR440,000
- Menuju ke Pantai Parangtritis. Tiket melalui ke kawasan pantai IDR10,000
- Menaiki kereta kuda di persisiran pantai IDR15,000
- Makan malam di Restoran Ayam Pedas Wong Jowo. IDR15,000+
- Shopping di Jalan Malioboro. IDR100,000
- Balik hotel dan tidur.

Day 2 :
- Sarapan di hotel Gallery Prawirotaman.
- Lawatan, bersiar dan menaiki kereta kuda ke Kampung Candiredjo. IDR150,000
- Lunch di Sekar Kedhaton (Fine dining restaurant). IDR100,000
- Menuju ke Muzium Gunung Merapi. Tiket masuk IDR10,000
- Balik ke hotel untuk rehat dan solat.
- Ke Plaza Ambarrukmo beli Starbuck Tumbler. IDR118,000
- Makan malam di salah satu kedai di Jalan Malioboro. IDR15,000
- Shopping di Mall Malioboro. IDR100,000
- Balik hotel tidur.

Day 3 :
- Sarapan di hotel Gallery Prawirotaman.
- Jalan-jalan di Greenhost Boutique Hotel.
- Sarapan lagi di Lawas Cafe, Hotel Adisthana Jalan Prawirotaman. IDR50,000+
- Balik ke Hotel dan packing barang.
- Menuju ke Pusat Ole-Ole Bandara Jaya membeli kerepek. IDR100,000
- Menuju ke Airport dan sesi minum di Coffee Bean sambil tunggu flight. IDR17,000
- Boarding ke Kuala Lumpur melalui AirAsia AK347.


This is Awesome dude...
Post a Comment

Related Post

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular posts from this blog

5 Tempat Makan Best di Kedah

Duta Village Beach Resort, Pantai Balok Pahang

The Shorea Resort, Negeri Sembilan

De Rhu Beach Resort, Pantai Balok Kuantan

Villa Danialla Tok Bali : What a Failure!