Salam Noodles, Cyberjaya

Salam Noodles, Cyberjaya


Minggu lepas saya makan di sebuah restoran chinese muslim yang pastinya Awesome. Ini semua angkara mengidam satay ayam cucuk besi ketika melawat Shenzhen September tahun lalu.

Restoran Salam Noodles Cyberjaya adalah salah satu pilihan restoran untuk mencuba masakan Chinese Muslim. Mungkin terdapat banyak restoran Chinese Muslim yang tidak pasti menjadi trend atau betul-betul mematuhi syariah islamik, akan tetapi Salam Noodles ini pastinya Halal dan mendapat kelulusan dari JAKIM.

Antara menu yang menyebabkan saya singgah di Salam Noodles adalah Xinjian Chicken Roast Stick dan Xinjiang Mutton Roast Stick atau lebih kurang macam satay ayam dan satay kambing. Berbeza ketika di Shenzhen, satay mereka dicucuk menggunakan besi. Mungkin tidak diperlakukan di Malaysia takut besi kena cilok.

Jika korang membuat pilihan menu yang lebih dari RM8.00, korang akan mendapat free-flow air macam air sarsi, sirap, lemon tea dengan air berkarbonat. Selain tu ade banyak juga pilihan menu nsi, mee tarik dan chinese curry yang boleh korang layan sambil hingus meleleh.

Suasana kedai yang bersih dan tenang membolehkan korang lepak dengan bersantai. Restoran ini terletak berhampiran dengan Restoran Arab Saba dan Shopping Mall Dpluze Cyberjaya. Lebih mudah jika korang membuat carian menggunakan Google Maps/Waze dengan carian Salam Noodles Persiaran Cyberjaya.

This is Awesome bro...







Post a Comment

Related Post

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular posts from this blog

5 Tempat Makan Best di Kedah

Duta Village Beach Resort, Pantai Balok Pahang

The Shorea Resort, Negeri Sembilan

De Rhu Beach Resort, Pantai Balok Kuantan

Villa Danialla Tok Bali : What a Failure!