Tempat Menarik di Seoul, Korea

Tempat Menarik di Seoul, Korea

Tatkala musim Autumn adalah salah satu musim terbaik untuk melawati ke negera empat musim ini selepas musim bunga (Spring). Ramai juga yang bertanya tempat yang menarik ketika jalan-jalan di Seoul Korea Selatan.

Sebelum ini saya juga pernah upload satu entry mengenai tips untuk persediaan dan membawa anak kecil ke negera sejuk, mungkin boleh menjadi panduan untuk anda nanti yaw.... Persediaan dan perancangan rapi sebelum bertolak menjadikan percutian anda lebih terurus. InsyAllah dengan izin-Nya.

Salah satu tempat yang saya lawati di Seoul seperti berikut :

1. Seoul Grand Park

Seoul Grand Park adalah sebuah taman santai keluarga yang agak besar yer kerana terdapat sebuah Zoo Safari, Taman Tema, Rose Garden, Muzium Seni dan beberapa taman dan tasik. Malah disini juga ada perkhidmatan transit bas dan juga kabel car.

Tiada bayaran dikenakan untuk lepak santai di kawasan Seoul Grand Park ini, tetapi jika anda mahu masuk kedalam zoo, Theme Park dan Camping site akan dikenakan bayaran. Boleh rujuk pada website Seoul Grand Park disini.

Tiada kedai Halal di Seoul Grand Park, jadi saya menasihatkan anda membawa bekalan makanan sendiri. Terdapat beberapa kedai serbeneka macam 7 Eleven untuk beli air dan kerepek yang disahkan Halal.

Untuk ke Seoul Grand Park, jika menaiki train anda perlu berhenti di Station Seoul Grand Park (Line 4). 





2. Namdaemun Market

Salah satu tempat yang mampu membuatkan titisan jantan meleleh jika membawa kaum hawa disini. Namdaemun Market adalah sebuah kawasan/jalan dimana peruncit menjual barangan cenderahati, barangan tradisional, barangan hiasan dan perhiasanan diri dan pelbagai lagi. Korang boleh mula survey atau beli terus barang cenderahati untuk bawa balik ke Malaysia kat sini. Harga agak murah bila ada tawaran dan belian banyak.

Kalau hangpa tanya aku, memang suka la para wanita kesini. Tips untuk golongan lelaki anda boleh lepak dimana2 kedai kopi, anda boleh layan kopi sambil tengok culture orang tempatan disini sambil tunggu bini korang.

Terdapat beberapa kedai pemanis mulut Halal di sekitar ini. Diorang akan tampal logo Halal dan ada certificate World Halal.

Untuk ke Namdaemun Market, korang perlu berhenti di Hoehyeon Station (Seoul Subway Line 4).





3. Myeong-dong Street

Boleh dikatakan syurga kosmetik kerana terdapat ratursan kedai kosmetik yang memenuhi kehendak wanita. Myeong-dong Street adalah salah satu tempat paling sibuk di kota Seoul dan pernah mencatat pengunjung seramai 1 juta orang setahun. Juga dikatakan terdapat lebih dari 1000 kedai yang menyertai pasar waktu malam.

Di sini anda boleh membeli belah barangan kosmetik, fashion, food street dan mengamati local culture. Suasana lebih sibuk bermula selepas waktu kerja sehingga larut malam dengan gerai-gerai kecil datang tertumpu ditengah jalan.

Terdapat beberapa gerai makanan Halal disini salah satunya Crepe Pisang dan Kebab terletak berhadapan dengan butik fashion 2000. Agak best untuk pekena street food tambahan pula yang Halal. Boleh pekena kopi di Starbuc katau Holly Coffee House disekitar Myeong-dong.

Untuk ke Myeong-dong, korang buleh berhenti di Myeong-Dong Station (Seoul Subway Line 4)




4. Pulau Nami

Tempat yang sangat menarik dan heaven untuk dilawati. Sila pastikan tempat ini dimasukkan kedalam Itinerary korang kalau ke Seoul. Pulau Nami sedikit jauh dari pusat bandar Seoul samada menggunakan train mahupun bas.

Terletak kira-kira kira-kira 63km dari Seoul menjanjikan satu destinasi terbaik seperti kawasan percintaan mekar. Suka saya tiba di Nami Island kerana fasiliti yang mematuhi syariah Islam dengan terdapatnya kemudahan Suran dan beberapa restoran Halal seperti Asean Cuisine dan Book Cafe. Tiket memasuki Pulau Nami adalah 8,000won termasuk returns Ferry.  

Suasana musim autumn dan spring adalah waktu terbaik untuk ke Pulau Nami dengan berlatar belakang warna warni semula jadi ciptaan Illahi. Terdapat juga beberapat hotel dan hostel untuk yang berbulan madu dan berkeluarga.

Untuk ke Pulau Nami, korang buleh berhenti di Gapyeong Station. Sila rujuk carian Seoul Subwy untuk ke sini terlebih dahulu kerana terdapat interchange station.






5. Gyeongbokbung Palace

Adalah sebuah istana lama yang menempatkan beberapa lagi istana di-raja yang masih digunapakai sehingga kini. Salah satu tempat perlancongan di Korea dan jika beruntung dan tepat waktu akan diperagakan istiadat istana pada dahulu kala.

Agak menarik bergambar disini kerana berlatar belakang senibina klassik yang dibina pada tahun 1395. Lame yerr.... Terdapat palace tour disini dengan bayaran 3,000won sahaja dan jika anda tidak mahu memasuki kedalam istana memadai bergambar di sekitar kawasan istana.

Untuk ke Gyeongbokbung Palace and boleh berhenti di Gyeongbokbung Palace Station (Seoul Subway Line 3)






6. Bukchon Hanok Village 

Kalau di KL kita ada Kampung Baru, kat Seoul pon ade juga yang dikenali Bukchon Hanok Village. Tidak jauh dari Gyeongbokbung Palace anda perlu jalan kaki atau naik teksi melalui Jalan Samcheong-ro.

Kawasan perkampungan tradisional ini di diami oleh rakyat tempatan yang sungguh awesome permandangannya. Anda boleh merasai sausana kedamaian dalam ibukota Seoul. Datang kesini tak boleh bising yer... kena sound nanti. 

Di kaki bukit Bukchon Hanok Village ini terdapat beberapa coffee house daa kedai roti yang boleh dimakan, Terdapat satu kedai sotong goreng yang digoreng menggunakan minyak sayuran dan roti yang disalut pemanis seperti madu dan gula.

Untuk kesini anda perlu jalan kaki dari Station Gyeongbokbung atau Insadong Station.






7. Namsam Seoul Tower

Ini adalah bangunan tertinggi di Seoul dan agak popular dikalangan orang yang sedang hangat berchenta. Terdapat beberapa taman dan kawasan untuk lepak disekitar kaki menara Namsam ini.

Jika anda mahu menaiki Namsam Tower di bahagian Obversation Deck, bayaran 10,000won dikenakan. Anda juga boleh menaiki kereta cable untuk ke kaki menara ini kerana menara ini terletak diatas bukit yang dikenakan bayaran 8,500won returns.

Tidak ditemui restoran halal disekitar Namsam Tower akan tetapi anda boleh mengalas perut dengan menikmati kopi di coffee house.

Untuk kesini anda perlu berhenti di Myeong-dong Station dalan jalan kaki ke Pacific Hotel untuk menaiki kereta kabel.






8. Insadong Street

Ini adalah salah satu kawasan shopping selepas Myeong-dong Street dimana kedai kosmetik, beg tangan wanita, fashion, cenderahati dan food street menguasai segalanya. Terdapat beratus kedai yang korang boleh layan hanya kaki saja yang tak mampu nak jalan.

Dikatakan di Insadong Street ini lebih selesa jika nak dibandingkan dengan Myeong-dong kerana orang tidak terlalu padat. Kawasan juga lebih bersih dan teratur memandangkan Insadong street berhampiran dengan kawasan Gyeongbokbung Palace 

Kedai makan tidak dijumpai maka anda boleh lepak di Starbuck atau Coffee Beans sambil layan local culture di Insadong Street. Kalau korang sangat lapar korang boleh beli jajan yang dibuat daripada manisan gula dan kacang soya. Sory tak tau nama apa.

Untuk kesini anda perlu berhenti di Angok Station (Seoul Subway Line 3)






9. Itaewon

Kawasan ini agak poular di kalangan rakyat Malaysia kerana Itaewon adalah kawasan tumpuan umat Islam di Seoul. Disini terdapat sebuah masjid besar dan rakyat Malaysia yang menetap di Seoul akan ke Masjid ini.

Di Itaewon sendiri terdapat kawasan untuk membeli belah seperti butik Adidas, Nike, Converse dan NB. Selain daripada itu terdapat banyak kedai barangan seperti jualan luggage, kedai kasut kulit dan pelbagai lagi. Malah kedai runcit Halal juga terdapat di sini yang berhampiran dengan masjid.

Restoran halal sangat mudah di sekitar Itaewon. Anda perlu jalan kaki sahaja sekitar Hotel Hamilton dan menjadi pilihan anda untuk santapan Turki, Indian dan Malaysia/Indonesia. Terdapat juga kedai roti dan kedai kopi Nescafe yang pastinya awesome!

Unruk kesini anda perlu berhenti di Itaewon Station (Seoul Subway Line 6)






10. Lotte World

Adalah sebuah taman tema indoor dan outdoor yang terbesar di Seoul. Disini boleh dikatakan seperti Disneyland ala korea. Terdapat shopping mall, taman tema dan kawasan tasik. Lotte World agak awesome kalau nak bawak anak-anak kecil disini.

Bayaran akan dikenakan untuk memasuki taman tema, anda boleh check pada website Lotte World nanti yer. Rock Shop juga terdapat didalam Lotte World Mall ini untuk korang yang ingin membuat koleksi baju HRC.

Restoran halal agak sukar untuk diketemui, anda boleh tapau makan siap-siap atau membeli burger seafood di restoran fastfood. Juga terdapat kedai roti dan boleh makan roti jenis custurd dan sedikit roti gula.

Untuk kesini anda boleh berhenti di Jamsil Station (Seoul Subway 2 / 8)




Ikuti entry saya Bercuti ke Seoul Korea disini

This is Awesome dude!

Comments

Tyson said…
Loved reading this thank you

Agoda

Related Post

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular posts from this blog

Tempat Sarapan Pagi Best di Kota Bharu (UPDATE MEI 2022)

Destinasi 24 Jam : Pulau Pangkor, Perak

Tempat Makan Best di Kedah (UPDATE JAN 2022)

Bercuti ke Hatyai Thailand 2022 - Day 1

Itinerary ke Hatyai, 3 Hari 2 Malam