Tempat Sarapan Pagi Best di Kota Bharu (UPDATE MEI 2022)

Tempat Sarapan Pagi Best di Kota Bharu (UPDATE MEI 2022)

Makan ruji sarapan pagi di Kelantan adalah nasi. Kenapa nasi? Ini kerana kebanyakkan rakyat Kelantan memerlukan tenaga kudrat untuk menjana pendapatan seperti petani, penoreh malah buruh. Akan tetapi makanan ruji pagi ini masih dikekalkan sehingga kini menjadikan susulan kepada rakyatnya.

Banyak gerai/restoran yang korang boleh layan di Kota Bharu ni, boleh perhatikan dimana rata-rata gerai agak ringkas akan tetapi pulangan yang sangat awesome. Beli bungkus atau makan di kedai lebih bermakna. 

Saya sediakan 5 tempat best untuk sarapan pagi untu korang yang melawat Kelantan. Mungkin korang boleh cuba atau sharekan kepada yang ingin mencuba. Tapi kalau betul nak rasa sempoi boleh try Nasi Dagang bonda saya.. terbaik tanpa rasa muak.

1. Lieniey Nasi Kerabu Tumis, Jalan Abdul Kadir Adabi.

Antara kedai pilihan saya untuk makan nasi kerabu waktu pagi. Hidanan yang ringkas tapi padu mampu membuatkan anda tidur lepas makan bro.

Menu utama kedai ini adalah pastinya nasi kerabu, lebih mantap lagi digandingkan dengan ayam bakar, daging bakar dan kambing bakar. Peminat kambing bakar anda harus cuba di kedai ini. Pasti korang akan repeat lagi. Ada juga untuk yang nak layan nasi berlauk ayam atau ikan. Pon terbaik!

Standard harga makan pagi di Kelantan, nasi kerabu ayam RM3.00 dan kambing RM4.00. Nak makan di kedai dia pon buleh tapi super pack la... nak tapau pun boleh tahan beratur panjang.

Update : Kedai Lieniey ni dah ada Cawangan di Pengkalan Chepa, tempat baru sedikit selesa untuk santapan dan ada buskin pada hari Sabtu Ahad. Tak jauh pun dari Airport Kota Bharu.




2. Kak Nun Nasi Berlauk, Jalan Long Yunus.

Kedai ni memang terbaik nak layan nasi berlauk pagi. Dulu kedai Kak Nun terletak bersebelahan dengan pasaraya Billion Taman Koperatif. Kini dah pindah berhampiran sahaja untuk kemudahan parking. 

Kalau korang datang kedai Kak Nun memang nampak orang tak ramai sangat. Back-end kitchen diaorang dah tapau siap dari order phone call. Sekali orang datang tu dia amik 20-50 bungkus... Tapi dia layan jugak orang walk-in. 

Nant korang try nasi belauk ayam campur ikan. Memang terbaik dengan harga RM4.00 ajer. Mane nak dapat dua lauk macam tu.

Kedai ini terletak di Jalan Long Yunus, korang boleh google maps dengan carian Kak Nun Nasi Kukus. Landmark dia berhadapan dengan pasaraya Billion.




3. Nasi Lemak Bersinar, Jalan Kuala Krai KB.

Nasi Lemak dengan Nasi Berlauk adalah satu menu yang sangat berbeza. Kebanyakkan menu pagi di Kelantan adalah Nasi Belauk. Akan tetapi Restoran Nasi Lemak Bersinar ini mampu mengoyangkan nafsu anda jika anda tak makan Nasi Belauk pagi-pagi. 

Disini mereka terdapat menu ayam goreng rempah, daging rendang, sotong sambal menjadi pilihan tapi level pedas tu xpedas manalah. Tapi ianya sangat awesome untuk mencuba.

Terletak di Jalan Kuala Krai yang tidak jauh dari KB Mall. Anda boleh guna carian Waze / Google Maps Nasi Lemak Bersinar. Kalau datang makan pagi meja agak full house kerana berhampiran dengan Jabatan SUK.






4. Gerai Pulut Satay, Kubang Pasu KB

Lastly mestilah disudahi dengan pemanis mulut. Makan ruji minum pagi di Kelantan adalah Pulut Satay. Pulut satay manis datang bersama satay ayam adalah terbaik sejak dahulu lagi. Makan pemanis mulut sangat sedap kalau nak makan pagi buat alas perut. 

Terdapat juga satay daging dan satay perut malah ade juga nasi impit bersama kuah kacang. Saya mula makan pulut satay ni sejak umur 7 tahun sampai la ni... 

Gerai ini terletak didalam Pasar Kubang Pasu Kb. Bukan Kubang Pasu Kedah yerrr... Korang boleh Waze / Google Maps dengan carian Pasar Kubang Pasu. Terletak berhampiran saja dengan Masjid Muhammadi KB. 




5. Nasi Kerabu Panji

Nasi kerabu Panji adalah salah satu pilihan saya selepas Liniey. Sebenarnya kalau korang tak suka makan nasi kerabu, kat kedai ini juga ada nasi berlauk, nasi lemak dan juga lontong. Ya ada lontong tuan-tuan pasal tak kesemua antara kita ni suka makan nasi kerabu. Jadi ada pilihan lain kat sini.

Tak makan juga lontong? Boleh layan segala mak nenek kuih-muih tradisional disini. Tapi nak meriah kena datang awal . Datang lewat kuih kuih ni habis kena sapu dengan orang lain. Ingat, bukan anda saja yang kebulur.

Korang boleh cari kedai ini dengan carian Nasi Kerabu Panji dalam Google Maps atau pun Waze. Landmark dia berhadapanan dengan station minyak Caltex.



This is Awesome dude!

Comments

Unknown said…
ada post utk 5 hotel kota bharu yg best? hehe
Jia Jia said…
This comment has been removed by the author.
Jia Jia said…
This comment has been removed by the author.

Agoda

Related Post

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular posts from this blog

Destinasi 24 Jam : Pulau Pangkor, Perak

Tempat Makan Best di Kedah (UPDATE JAN 2022)

Bercuti ke Hatyai Thailand 2022 - Day 1

Itinerary ke Hatyai, 3 Hari 2 Malam