Bercuti ke Tokyo, Jepun - Day 2

Bercuti ke Tokyo, Jepun - Day 2

Pagi kedua suhu hanya naik pada 2c sahaja, kita sebagai orang Melayu dan Islam mesti kena mandi pagi. Semburan shower air panas hanya panas seketika sahaja selebihnya layan kesejukkan dalam rumah. 

Awal pagi kami ingin menuju ke Karuizawa-machi yang terletak 209km dari Tokyo. Ketika di Tokyo pilihan menggunakan public transport menjadi pilihan utama kerana saya tidak mempunyai wang yang tebal untuk meyewa kereta dan apatah lagi memandu sendiri di Bandar Tokyo. 


Setelah kajian dibuat di KL sebulan sebelum ke Jepun, saya mendapati satu lagi pass yang membenarkan anda menggunakan beberapa train di Jepun secara percuma mengikut kadar harian. Ianya adalah JR Pass. JR Pass ini terdapat banyak katergori dan paling murah adalah JR Tokyo Wide Pass berharga 10,000JPY (RM400.00) dengan validitiy 3 hari sahaja. Korang boleh study penggunaaan JR Pass ini pada web mereka disini. JR Wide Pass ini hanya bleh digunapakai di sekitar Tokyo dan beberapa tempat perlancongan. JR Pass ini boleh dibeli di Tokyo Station dan juga beberapa station besar di Tokyo.


Bermula dari Tokyo Station, saya menuju ke Karuizawa dengan menggunakan bullet train Shinkansen. Uniknya Shinkansen ini akan diberi nama untuk lebih mengenali pada setiap trip mereka. Contohnya trip saya ianya adalah Shinkansen Hakutaka 553. Lebih kurang macam flight code laaaa...


Di Jepun masa sangat penting sehinggakan signage meminta maaf dipaparkan jika train lewat 1minit. Maka Shinkansen saya ini tepat menutup pintu pada jam 7.00pagi menuju ke Karuizawa. Kelajuan maksimum dicatatkan menggunakan handphone saya adalah 230kmh mengambil masa selama 61minit pada jarak 175kilometer dari Tokyo. 

Tiba di di Karuizawa suhu drop lagi menjadikannya -2c. Suasana yang diliputi salji membuatkan hati agak teruja. Maklum ler saya tak pernah main salji beb seumur hidup saya. Di Karuizawa ini terdapat sebuah outlet besar yang dinamakan Prince Plaza 
Shopping ala-ala JPO Malaysia. Sebelah Prince Plaza ini terdapat sebuah ski resort yang korang boleh try nak layan ski atau tengok orang berguling dalam salji. Seronok dan tiada ungkapan dengan kata-kata. Menikmati ciptaan Illahi menjadikan suasana diam dan sepi.




Tiada kedai Halal dijumpai disini akan tetapi korang boleh beli roti, donut gula atau pie strawberry di Delifrance. Juga boleh layan kopi Starbuck. Korang boleh solat di Prince Plaza ini, mereka ada sediakan silent room berhampiran dengan bilik permainan kanak-kanak.

Selesai main salji dan window shopping, kami menuju balik ke Tokyo menggunakan Shinkansen Asama 640. Saya akan ceritakan penggunakan JR Pass ini pada entry lain yang boleh menjimatkan poket anda di Jepun nanti.


Tiba di Ueno Station kami mencari santapan tengahhari bagi membolehkan perut 6pax kami ini diam seketika. Sarapan pagi tadi tidak berdaya untuk membuatkan perut kami berdiam. Kami singgah di Oskar Kebab yang terletak di Ueno Street. Disini kelihatan ramai travelers dari Malaysia kerana terdapat banyak kedai/gerai Halal yang tertumpu disekitar jalan ini. Harga kebab rata-rata bermula dari 500JPY - 750JPY.

Perjalanan diteruskan menuju ke Pokemon Center yang terletak berhampiran dengan Ikebukuro Station. Menjadi trendy untuk ke Pokemon Center kerana ianya adalah  salah satu tempat dan kedai cenderahati di Tokyo. 




Berhampiran dengan Ikebukuro, kami menuju ke Tokyo Dome yang terletak di Suidobashi Station. Tokyo Dome ini mempunyai sebuah taman teman seperti roller coaster dan beberapa permainan yang mampu kencing dalam seluar. Pastinya saya tak akan masuk atau sahut cabaran ini. Bergambar dan santai menjadi pilihan di sini sahaja. Loser bro.

Malam di Tokyo agak awal yer, sekitar jam 430pm dah masuk waktu Magrib. Sekali lagi pasukan perut tidak berdiam diri lagi, maka perjalanan mencari kedai untuk santapan malam menjadi acara trek balapan.




Dek kerana keletihan pada malam hari pertama di Tokyo, maka kami membuat keputusan untuk makan malam di sekitar Ueno Street sahaja seperti mana kami makan waktu tengahhari tadi. Menu yang sama tetapi gerai yang berbeza malah cuaca yang mula menjunam turun pada 4c.

Selesai makan malam meneruskan perjalanan balik ke guesthouse yang terletak di Asakusa. Bancuh ayaq, solat dan terus tidur tanpa mandi kerana kesejukkan.




Bercuti ke Tokyo Japan - Day 1
Bercuti ke Tokyo Japan - Day 2
Bercuti ke Tokyo Japan - Day 3
Bercuti ke Tokyo Japan - Day 4

Comments

Agoda

Related Post

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular posts from this blog

Tempat Sarapan Pagi Best di Kota Bharu (UPDATE MEI 2022)

Destinasi 24 Jam : Pulau Pangkor, Perak

Tempat Makan Best di Kedah (UPDATE JAN 2022)

Bercuti ke Hatyai Thailand 2022 - Day 1

Itinerary ke Hatyai, 3 Hari 2 Malam