Bercuti ke Tokyo, Jepun - Day 4

Bercuti ke Tokyo, Jepun - Day 4

Pagi yang agak indah akan tetapi badan mula terasa sakit penangan marathon jalan kaki 25km disulami dengan cuaca sejuk. Selsema dan sakit tekak mula bermain-main dengan antibody badan. Agak lemah jugak nak bangun mandi dan gosok gigi pada suhu 2c.

Pagi ni kami ingin menuju ke Karuizawa sekali lagi untuk membeli barangan hasil kiriman rakan dan menghabiskan duit Yen. Hari ke-empat adalah hari terakhir kami maka kami mempersiapkan beg dan kemas rumah sebagai menghormati tuan rumah. Jangan malukan Malaysia dengan perangai rutin kita yer.

Tarik luggage dari Asakusa menuju ke Ueno Station dan membeli sedikit roti clear-kan duit syiling yen. Seterusnya menuju ke Tokyo Station untuk drop luggage ke tempat simpanan Coin Locker berharga 600JPY. Banyak coin locker ditempatkan di Tokyo Station, cuba cari di kawasan Gransta signage. 





Shinkansen Hakutaka 557 menuju ke Karuizawa tepat pada waktunya. Tidur adalah agenda saya kerana dah makan ubat selsema dan ubat sakit tekak. Cuaca sedikit hujan dan salji mula mencair di Karuizawa. Beruntung pada hari kedua kami tiba disini, sekurangnya dapat merasai main salji dengan cuaca cerah. Acara shopping dimulakan dengan kadar masa selama 1jam sahaja. Tiada masa panjang kerana banyak tempat yang perlu kami singgah hari keempat ini.









Selesai shopping menuju balik ke Harajuku. Harajuku adalah satu kawasan beli belah dan fashion-nista Jepun dmana korang boleh tengok Jpop Culture dan Fashion Show anak-anak muda Jepun. Tiba di Harajuku Station keadaan mula sesak, mungkin pada hari Ahad. Anda perlu jalan kaki lebih kurang 50meter ke Takeshita Street.

Terdapat banyak kedai dan restoran sepanjang Takeshita Street dan manusia pula bagaikan semut yang cuba memasuki sarangnya. Antara kedai menarik yang saya temui adalah Daiso Harajuku, Marion Crepe dan beberapa kedai kosmetik. Shopping di Daiso tidak sama macam di Malaysia, banyak barangan yang tiada di Malaysia akan tetapi Daiso Harajuku ada. Sebagai contoh korang boleh beli beberapa barang di Daiso seagai cenderahati dan mainan anak-anak berbentuk keretapi.







Ahhhaaa lupa saya nak bagitau, souvenir di Jepun sangat mahal yer. 1 ketul magnet fridge boleh cecah 500JPY-1000JPY bersamaan RM20-RM40 satu. Kalau takat baju I Love Japan tu boleh cecah JPY1000-JPY1500. Kalau nak beli t-shirt saya sarankan korang beli t-shirt di Uniqlo. Murah dan Japan Edition only... takkan ada design tu di luar Japan. Awesome!

Abis di Takeshita Street kami ke Luke's Lobster untuk santapan tengahhari. Agak ramai dan beratur panjang bro nak layan roti Lobster. Harga bermula dari 950JPY-1300JPY. Sedap giler beb...




Habis je makan tengahhari kami menuju ke Akihabara (Elctronic City). Di sini korang boleh beli barangan elektronik second-hand macam Iphone, iPad, Mac aaaa macam-macam lagi laa. Tapi kalau nak beli handphone tu bukan boleh pakai kat Malaysia pon. Wifi boleh ler. Apa yang menarik minat saya di Akihabara pastinya kedai Yodobashi. Sekali lagi settlekan duit Yen di Yodobashi untuk memenuhkan luggage  dengan barangan mainan. Gundam, Tamiya Die-Cast, Tomica, Plarail, Ultraman, macam-macam lagi mainan dengan harga murah dan diskaun. Letih nak layan semua, duit aje yang tak tebal beb.

Sesudah pusing di Akihabara, kami menuju balik ke Tokyo Station untuk pickup luggage dan packing balik barang yang kami shopping. Buat selamba aje open bag terus susun baju dengan barang kat Locker tu jugak, orang Jepun tengok ajer maybe depa rasa annoying kot. Aaaaa lantak ler kome nak ke airport dah ni...





Settle packing terus menuju ke Haneda Airport. Nasihat saya untuk memudahkan perjalanan dari Tokyo ke Airport korang boleh pilih JR Yamanote Line dan stop di Hamamatsucho Station. Interchange dan ambil Airport Monorail terus ke International Airport. Boleh juga menggunakan Keiyu Kuko Line tapi korang perlu tengok masa kerana tidak kesemua Keikyu Line berhenti di Haneda Airport. Keliru nanti.

Haneda International Airport ni sedikit khecewa pasal tiada kedai yang kami rasa dapat makan malam. McD, Starbuck dan kedai roti tidak ditempatkan di International Terminal. Maka kami ke Domestic Terminal mencari burger udang McD dan lepak sekejap layan kopi di Starbuck. 

Kembali ke International Terminal drop luggage dan menuju ke Imigresen. Tiada halangan dan perkataan arigato sahaja dari Officer Imigresen. Di dalam Terminal ketika menunggu pesawat, sempat juga saya jenguk  2 kedai yang korang boleh settlekan syiling iaitu di Drug Store dan Japan Souvenir Store. 2 kedai ini menjual coklat, key-chain, topi dan beberapa barang hiasan dengan kadar rendah.

Kalau korang nak beli perfume saya cadangkan di kedai Duty Free selepas pemeriksaan sekuriti. Harga agak murah 30%-40% pada jenama yang terkenal. Kalau CK tu under 2500JPY. Juga ada Uniqlo kat sini, boleh layan juga t-shirt Japanese Version.

Waktu boarding tepat mengikut jadual, tidur lebih bermakna dan masa makan dikejutkan oleh sahabat. Settle makan sambung tidur dan landing di KLIA ada jam 0645am the day after. 

Alhamdullilah mendarat dengan selamat. Badan terasa lesu dengan penangan selsema dan batuk. Tetapi berbaloi dengan pengalaman main salji di Karuizawa. Pastinya sangat sempoi dapat bersiar-siar menikmati ciptaan Illahi di bumi asing. Saya akan kembali ke sini lagi bersama keluarga tercinta nanti. InsyAllah.

Ikuti entry Restoran Halal di Tokyo nanti.

This is Awesome guys!

Bercuti ke Tokyo Japan - Day 1
Bercuti ke Tokyo Japan - Day 2
Bercuti ke Tokyo Japan - Day 3
Bercuti ke Tokyo Japan - Day 4
Post a Comment

Related Post

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular posts from this blog

5 Tempat Makan Best di Kedah

Duta Village Beach Resort, Pantai Balok Pahang

The Shorea Resort, Negeri Sembilan

De Rhu Beach Resort, Pantai Balok Kuantan

Villa Danialla Tok Bali : What a Failure!