Restoran Halal di Tokyo

Restoran Halal di Tokyo

Apabila anda mengunjungi di sesebuah negara bukan Islam pastinya akan menghadapi kesukaran untuk makan dan minum.

Kadang-kala status halal mereka juga diragui kerana dalam satu kedai mereka menjual daging yang tidak dibenarkan didalam agama Islam.

Tokyo adalah salah satu negara yang agak mudah untuk mendapatkan restoran-restoran Halal. Anda boleh membuat carian atau research pada blog dan website Zahibah.com.

Berikut adalah beberapa restoran yang saya kunjungi di Tokyo. Mungkin boleh menjadi rujukan pada anda nanti.

1. Saray Kebab, Asakusa.

Restoran ini terletak berhampiran dengan exit Asakusa Station atau nak senang landmark dia berhadapan dengan Burger King. Rata-rata makanan halal yang mudah didapati adalah makan jenis Kebab dan Bento Kebab yang di monopoli oleh warga Turkey.

Kedia yang super compact ini hanya menjual beberapa menu makanan ala arab seperti roti pita, bento kebab, kebab ayam/daging dan sandwich kebab. Jangan terkejut pulak dengan harganya bermula dari JPY500-1000. (Lebih kurang RM20-RM40). Untuk pengetahuan ini adalah harga standard yer makan di Tokyo. Macam kat Hong Kong jugak.

Untuk ke sini anda boleh membuat carian google maps Burger King Asakusa.





2. Oskar Kebab, Ueno Street

Seperti saya katakan sebelum ini, makanan kebab adalah antara yang murah di Tokyo. Oleh itu sekali lagi saya up-kan gerai yang menjual kebab iaitu Oskar Kebab.

Gerai ini terletak berhampiran dengan Ueno Station. Jika anda kesini banyak gerai halal sepanjang jalan Ueno Street. Landmark untuk ke sini adalah Yodobashi Ueno yang berdiri megah di hadapan jalan Taito ini.

Tidak banyak sangat pilihan menu yang dihidangkan di Oskar Kebab ini iaitu Roti Keba, Roti Pita, dan Kebab + Nasi. Harga bermula dari JPY550-750 termasuk dengan air berkarbonat. Kalau korang nak lebih jimat korang boleh beli air di vending machine berharga JPY100-130.

Untuk ke sini anda boleh membuat carian google maps Oskar Kebab Ueno.


  


3. Garlic Jo's, Yokohama

Serius beb makan kat Garlic Jo's memang terbaik. Paling best waiter dia cuba bercakap dalam english. Nice bro... Difahamkan restoran ini sedang dalam proses mendapatkan status halal. Korang jangan terkejut plak dalam menu ada pork. Tetapi waiter dan chef telah memberitahu masakan seafood dimasak menggunakan kuali yang berasingan dan tiada unsur pork.

Just nice, try cuba order pasta shrimp atau seafood piza. Giler best bro. Harga sedikit mahal nak dibandingkan dengan gerai Kebab yer.. rata-rata bermula dari JPY1,000-3,000. Alang-alang nak makan biar cecah beratus beb.

Untuk ke sini anda boleh membuat carian google maps Garlic Jo's Yokohama. Ianya terletak didalam shopping mall Queens Square Yokohama. Terdapat Hard Rock Yokohama yer kat sini.





4. Krispy Kreme, Disneyland Tokyo

Pastinya korang tercari-cari kat mane nak makan jika ke Tokyo Disneyland. Korang boleh bawak makanan tapi kena sorok sikit bila nak masuk Disneyland pasal nanti ada security check. Outside food is not allowed. Kalau terjumpa cuba nego cakap makanan anak-anak.

Tapi jika korang nak makan jugak korang boleh alas perut seketika di Krispy Kreme. Korang boleh layan donut. Ada cert Halal dipaparkan pada kaunter bayaran. Harga donut bermula dari JPY160/biji dan JPY1,600 untuk 1dozen. Boleh try kopi dan airkrim Krispy Kreme. Awesome.


Untuk ke sini anda boleh membuat carian google maps Krispy Kreme Disneysea. Ianya terletak didalam shopping mall Disneyland. Berhampiran sahaja dengan station monorail Disney Resort.






5. Gyumon, Shibuya

Saya upload juga Gyumon Shibuya ni atas carian saya dalam blog Have Halal Wil Travel. Bagi saya kedai kecil ini agak awesome juga hidangan ala-ala BBQ ni akan tetapi harganya memang menusuk kalbu beb...

Gyumon Shibuya menghidangkan masaka ala BBQ dimana korang boleh pilih pakej didalam menu. Pakej terdiri daripada ayam/daging beserta nasi dan salad. Harga untuk 1orang makan adalah JPY3,300 lebih kurang RM140.00 seorang perghhhh memang mahal.

Kedia ni sangat kecil dan korang perlu tunggu kat luar untuk menjamu selera. Kalau nak datang ramai tidak digalakkan yer. Selalu full house dengan orang Malaysia..

Untuk ke sini korang perlu jalan kaki lebih kurang 800meter dari station Shibuya. Boleh membuat carian menggunakan google maps Gyumon Shibuya.





6. Hokuo, Ueno Station

Jika anda sukakan roti sebagai alas perut anda, korang boleh ke Hokua Bakery di Ueno Station. Roti korang boleh makan jika roti itu adalah jenis roti kosong atau yang berperisa seperti gula atau jem. Tidak digalakkan untuk membeli roti berunsur daging kerana was-was dengan status Halalnya.

Korang boleh beli donut biasa, roti gula atau roti custard.  Rata-rata harga bermula dari JPY130 hingga JPY400. Kadang-kadang geram je tengok sandwich ayam, agak lapar juga la bila musim sejuk ni.

untuk kesini korang boleh google maps dengan carian Hokuo Ueno. Ianya terletak berhampirang dengan Hard Rock atau walkway menuju ke Ginza Line.






6. Luke's Lobster, Harajuku

Ini adalah paling wins. Saya syorkan anda mencuba Luke's Lobster yang terletak di Harajuku. Difahamkan oleh orang bertugas mereka Luke's Lobster tidak menggunakan sebarang minyak berunsur pork. Meraka menggunakan garlic oil dan rebusan sahaja untuk masakan seafood.

Nak bagitau kedai ni memang ramai giler orang beb, korang perlu beratur panjang lebih kurang 30minit untuk order. Dia bukan sebuah restoran, macam kedai burger ajer la... tapi bila order terus dapat dan makan terus geng.

Harga bermula dari JPY950 hingga JPY 1,500 bergantung pada pilih menu korang. Memang layan beb pasal menu dorang hanya seafood semata-mata. Hati-hti yer pada yang ada gout.

Untuk kesini korang boleh membuat carian google maps Luke's Lobster Harajuku. Dari Takeshita Street tu sedikit jauh berjalan tapi korang boleh dapat view kawasan perumahan di Harajuku. Nice.


  


This is Awesome dude...

Comments

Agoda

Related Post

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular posts from this blog

Tempat Sarapan Pagi Best di Kota Bharu (UPDATE MEI 2022)

Destinasi 24 Jam : Pulau Pangkor, Perak

Tempat Makan Best di Kedah (UPDATE JAN 2022)

Bercuti ke Hatyai Thailand 2022 - Day 1

Itinerary ke Hatyai, 3 Hari 2 Malam