Japan Boat Takoyaki, IOI Mall Putrajaya

Baru-baru ni saya balik dari Jepun mencari-cari jugak kedai yang ader jual Takoyaki di Tokyo. Tapi apakan daya, perut lebih meminta makanan berat untuk diisi pasal harga untuk Takoyaki di Tokyo agak mahal dengan jualan pasaran Malaysia. 

Oleh itu saya hanya mampu untuk mengunjungi salah satu gerai mereka, Japan Boat Takoyaki di IOI City Mall Putrajaya. Terletak di Ground Floor atau berhampiran dengan MC Donald's / Tony Roma's.

Sangat disyorkan jika korang nak layan takoyaki dengan harga jimat selain daripada takoyaki Aeon. Harganya pula berbeza-beza mengikut keperluan anda tapi rata-ratanya bermula dari RM8.00 hingga ke RM18.00. Kalau korang order set boat yang ada 9 ketul takoyaki baru berharga RM10.60. Kira murah ler nak banding kat Tokyo.

Layan tengok sekali cara depa masak der... terpesona dengan cara pembikinan dan penyediaan makanan Takoyaki ni. Tengok nampak macam senang ajer tapi macam rumit wooo... silap-silap kalau buat sendiri mau tak jadi bulat beb.

Apa pun ianya berbaloi untuk santapan petang atau sebagai pembuka selera anda. 

This is Awesome dude!




   
Post a Comment

Related Post

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular posts from this blog

5 Tempat Makan Best di Kedah

Duta Village Beach Resort, Pantai Balok Pahang

The Shorea Resort, Negeri Sembilan

De Rhu Beach Resort, Pantai Balok Kuantan

Villa Danialla Tok Bali : What a Failure!