Scrummy Restaurant, Jalan Ipoh Kuala Lumpur

Scrummy Restaurant, Jalan Ipoh Kuala Lumpur

4 Disember lalu Nazril menyambut hari kelahirannya mencecah usia 3 tahun. Ditemani oleh Sidi dan Siti maka majlis kecil dirancang tanpa perancangan rapi. Dok pusing bagai, akhirnya memilih Scrummy Restaurant.

Restoran ini terletak di Jalan Suppiah Pillay, Jalan Ipoh atau lebih senang korang jumpa HBSC Jalan Ipoh atau nak lagi mudah korang Waze ajer Scrummy. Tapi nak habaq mai landmark dia dok belakang HBSC Jalan Ipoh ajer. Sebelum ini Scrummy berada bersebelahan dengan Aeon Big, akan tetapi owner telah memindahkan kedai baharu dengan afas yang lebih baru.

Boleh dikategorikan sebagai restoran fine dining, nak bawak makwe ker, wife mahupun teman office boleh ler. Ader part untuk private function, table for two dan paling penting kawasan merokok.

Owner lebih menitik beratkan menu oriental dan western malah ada juga homemade coffee yang saya mahu anda cuba satu kali. Antara menu yang kami hadap adalah Koew Teow Special, Chicken Chop, Spaghetti Olio dan Spaghetti Cabonara. Lain daripada tu ada juga Waffles, Cake, Ice Cream, Breakfast Set danLunch Set. Macam-macam lagi Menu ada takkan saya nak habaq mai semua... hang pi sendiri.

Susun atur kedai yang menarik dan kemas membuatkan suasana tampak lebih selesa. Terdapat 2 bahagian yang korang boleh lepak samada dalam atau luar.  Ada juga tempat lepak santai untuk korang pekena coffee.

Korang jangan tersilap plak, Scrummy Restaurant ini adalah 100% Halal dan ianya bukanlah sebuah restoran pemilik Cina. Maybe nampak segilintir orang Cina yang menjamu selera didalam kedai akan tetapi itu adalah membuktikan restoran yang majmuk. At least didalam restoran ini disediakan surau untuk Muslim solat. 

Bagi korang yang mahu buat private party / function, boleh diketengahkan penempahan anda dengan membuat penempahan secara telefon dan buffet set disediakan mengikut kiraan kepala.

Check it out...

This is Awesome bro...












Comments

Agoda

Related Post

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular posts from this blog

Tempat Sarapan Pagi Best di Kota Bharu (UPDATE MEI 2022)

Destinasi 24 Jam : Pulau Pangkor, Perak

Tempat Makan Best di Kedah (UPDATE JAN 2022)

Bercuti ke Hatyai Thailand 2022 - Day 1

Itinerary ke Hatyai, 3 Hari 2 Malam