Tempat Menarik di Hong Kong

Tempat Menarik di Hong Kong

Pastinya Hong Kong bukanlah sebuah negara 4 musim akan tetapi ianya juga mempunyai musim sejuk, panas dan ribut. Lebih dikenali sebagai negara sub-tropika yang mempunyai kebelbagaian bangunan tinggi.

Dikala ekonomi yang merundum ini, republik Hong Kong masih mampu bertahan dengan kuasa autonomi mereka sendiri dan iainya masih lagi kekal sebagai salah satu negara berpendapatan tinggi dan taraf hidup yang tinggi.

Bercuti di Hong Kong bukannya rumit malah mendapatkan restoran yang Halal juga tiada masalah. Menjadi masalah adalah cuaca sahaja yang kadangkala hujan yang mencurah bagaikan tidak pernah hujan selama 5tahun. Namun itu adalah kuasa Allah dan kita hanya mampu merancang sahaja.

Bagi saya, antara musim terbaik untuk melawat HK adalah musim sejuk diantara bulan Disember hingga ke Februari. Lebih extreme pada musim sejuk kadang2 tiba hujan yang menyebabkan lagi sejuk bhai!

Kali in saya share tempat tempat menarik untuk dikunjungi di sekitar HK walaupon lebih dikenali sebagai Bandar Ekonomi. Mngkin boleh menjadi panduan untuk anda nanti yaw.... Persediaan dan perancangan rapi sebelum bertolak menjadikan percutian anda lebih terurus. InsyAllah dengan izin-Nya.

Salah satu tempat yang saya lawati di Hong Kong seperti berikut :

1. Tsim Sha Tsui (TST)

Ini adalah tempat perlu wujud dalam carian google anda jika ke HK kerana disini adalah tempat tertumpunya penganut Islam. Kemudahan seperti restoran halal, kedai runcit halal dan masjid berada di kawasan Tsim Sha Tsui atau dikenali sebagai Kowloon.

Terdapat shopping mall besar di TST ini iaitu i-Square Mall Nathan Road. Korang boleh layan Starbuck dan cinema kat dalam ni. Dan jika korang berjalan kaki sekita TST ini banyak restoran Halal dari kedai Turki, Arab dan Chinese Muslim. Sila rujuk restoran halal yang saya kunjungi di HK.

Selain daripada itu korang juga boleh melawat Masjid Kowloon yang gah besar yang mempunyai pusat islamik dan juga akedemik. Comel melihat anak-anak kecil yang belajar agama Islam.

Terdapat juga sebuah taman besar iaitu Kowloon Park yang terletak dibelakang Masjid Kowloon. Ada kolam kecil, muzium dan swimming pool si dalam taman ini yer. Awesome

Untuk ke TST ini, anda perlu turun di Tsim Sha Shui Station jika menggunakan train.





2. The Peak

Adalah perkara yang wajib juga singgah di HK untuk permandang hebat dengan bangunan yang sungguh padat. Seperti yang saya katakan sebelum ini, jika nasib anda baik dan hari sentiasa cerah anda adalah manusia bertuah untuk melihat permandangan HK Island dari atas bukit ini.

Di The Peak ini terdapat Sky Terrace 428 dimana tempat anda boleh melihat permandangan Bandar HK. Bayaran akan dikenakan sebanyak HKD88.00 returns (Tiket trem dari lower peak bersama pass masuk Sky Terrace) Tiket ini perlu dibeli semasa anda berada di Lower Peak Station dibawah.

Disini juga terdapat Starbuck, Rock Shop malah Galeri Madam Tussauds dan juga beberapa kedai/butik lain yang ditempatkan dalam satu Shopping Mall. Boleh la lepak sambil layan udaar sejuk dan sugar bugar.

Untuk ke The Peak ini, anda perlu turun di Central Station (Follow Exit J2) jika menggunakan train. Jalan kaki menuju ke The Peak Tram lebih kurang 12minit, follow sahaja signboard yang disediakan.





3. Victoria Harbour / Avenue of Star

Di HK permandangan berlatar belakang bangunan tinggi adalah perkara biasa. Jika korang dah ke The Peak, korang juga perlu ke Victoria Harbour. Saya mengesyorkan korang datang pada waktu senja bukan untuk melihat sunset. Akan tetapi menyaksikan persembahan lampu neon dari HK Island yang dinamakan Symphony of Light. Tiada bayaran dikenakan. Persembahan ini bermula pada jam 8.00malam setiap hari. Jika hujan tiada persembahan.

Selain daripada itu korang boleh berjalan menyusuri Victoria Harbour dan korang singgah di Avenue of Star. Kat sini mereka bina patung-patung legend macam Bruce Lee, Jackie Chan Andy Lau aaa macam-macam lagi la pelakon tempatan mereka. Semuanya percuma sahaja... Nice!

Untuk kesini korang perlu turun di East Tsim Sha Tsui jika menggunakan train. 




4. Ladies Market

Tempat shopping kelas rakyat terbaik pastinya ada untuk setiap negara. Kalau di HK ianya adalah Ladies Market yang terletak berhampiran dengan Tsim Sha Shui. 

Disini terdapat ratusan vendor yang menjual barangan seperti beg, fashion, gadget, jam malah lebih lagi. Lebih kurang Petaling Street KL. Korang boleh membuat tawar menawar dikawasan ini dan sila pastikan keselamatan anda dan juga anak kecil anda ketika disin kerana kawasan agak ramai orang.

Sepanjang saya di HK, saya jumpa 2 restoran halal di sekitar Ladies Market iaitu Restoran Miss India dan Kebab Arab. Boleh layan kebab sambil jalan2 shopping kalau lapar.

Untuk kesini anda perlu turun di Mongkok Station jika menggunakan train dan berjalan kiki menuju ke Arygle Street lebih kurang 2minit sahaja.





5. Expo Promanade (HK Convention Center)

Mungkin anda pelik apesal HK Convention Center adalah salah satu tepat menarik jugak. Heh saya pon macam tu jugak memikirkannya. Jika anda kesini anda akan mendapat satu lagi view bandar super Kowloon dengan landmark Sky Tower 100. 

Selain tu juga anda boleh lepak santai di tepi laut sambil pekena kopi ke teh yang awesome. Ada beberapa angle anda oleh selfie dengan background HK Island. Pasti tidak menyesal bro.

Korang boleh masuk ke HKCC ni dan beberapa galeri adalah percuma. Boleh la layan...

Untuk ke sini anda perlu turun di Admiralty Station jika menggunakan train dan berjalan kaki sejauh 1km baru sampai.

6. Disneyland HK

Tempat jauh lagi kenang apatah lagi berkunjung ke Disneyland. Salah satu Disneyland Asia yang terdapat di HK dan ianya sedikit jauh dari HK Island dan Tsim Sha Tsui. 

Disneyland HK ini terletak di daerah timur HK. Kadar bayaran masuk agak menyenakkan perut anda akan tetapi saya menjanjikan ianya sangat berbaloi bro. Bayaran untuk dewasa adalah HKD539.00 manakala children HKD385.00

Rasanya tiada restoran halal di dalam HK Disneylnd ini maka korang perlu tapau makanan secara berasingan pasal nant akan ada pemeriksaan sekuriti. Declare saja makanan untuk anak-anak kecil. Dorang fasih berbahasa Inggeris. Bagi dewasa ini jika kebuluran korang boleh layan roti di kedai donut tanpa meraguikannya.

Untuk ke sini anda perlu Interchange di Lai King Station, terus melalui Sunny Bay. Selepas tu korang perlu berjalan sikit menuju ke Disneyland Resort Lane. Comel train Disneyland ni dan terus menuju ke entrance gate menggunakan Disneyland Resort Lane. 




7. Ocean Park

Ocean Park adalah syurga bagi kanak-kanak selepas HK Disneyland. Ini adalah tempat alternative jika korang dah pergi Disneyland. Hrga tiket yang dikenakan adalah HKD385 untuk dewasa dan HKD193 untuk kanak-kanak.

Banyak permainan yang korang dan anak-anak boleh layan kat sini, dan korang boleh layari web diorang untuk tengok apa yang ada. Jenuh saya nak bagitau banyaknya permainan yang dorang offer.

Sama seperti HK Disneyland, tidak pula saya jumpa kedai halal sekitar Ocean Park ni. Maka, tapau roti dan sedikit bekalan menjadi pilihan sendiri. 

Untuk ke Ocean Park tiada public train yer. Maka korang boleh amik teksi atau Uber. Harga anggaran Uber dari Station Admiralty ke Ocena Park adalah HKD70-80.





8. Ngong Ping 360, Lantau Island

Jika anda nak layan panorama view HK Island anda boleh ke Ngong Ping 360. Anda boleh layan kereta kabel dengan ketinggian kecerunan 60degree, hummmm pacak jugak yer.

Disini puncak bukit Ngong Ping bukan hanya kawasan panorama sahaja, anda boleh tourist street dimana terdapat beberapa kampung kecil dan kuil Budhha di puncak. Dari puncak ini jika cuaca baik anda boleh nampak view sejauh 5km, airport HKIA, HK Island dan Kowloon.

Ada pelbagai pakej ditawarkan didalam website Ngong Ping 360 untuk anda. Just check it out here. Harga tiket untuk cable car sahaja adalah HKD185 dewasa dan HKD95 kanak-kanak. 

Tiada kedai Halal dijumpai disekitar kawasan ini. Boleh bawa bekal, roti atau snack. Setakat kedai kopi leak sambil layan cuaca boleh la.

Untuk ke Ngong Ping 360, tiada train yang menuju terus ke sini. Tapi korang boleh menggunakan MTR dan berhenti di Tung Chung Station. Ada bas disediakan untuk ke Ngong Ping atau korang boleh amik Uber dari station ini anggaran HKD25-30.





9. HK Observation Wheels, Central

HK Observation Wheels ni macam lebih kurang Ferris Wheel atau Eye of Malaysia dulu-dulu la. Di kawasan ini terdapat juga mini theme park yang korang boleh layan. Paling best nak datang ke sini adalah pada waktu senja dan malam. Theme Park dan HK Observation Wheel ditutup pada jam 11.00pm. 

Terkesima dengan pancaran dan mainan lampu neon Bandar HK menambahkkan lagi kejakunan kita. Sebab itu saya cadangkan datang waktu malam. Harga untuk menaiki wheels ini adalah HKD100 dewasa dan HKD70 kanak-kanak.

Ada juga beberapa gerai dan kedai kopi yang korang boleh layan. Just update dari kawan saya mengatakan ada sebuah kedai Doners Kebab di sekitar Theme Park ini untuk korang makan. 

Untuk kesini anda perlu ke Station Central, Exit A (Central Piers) dan jalan kaki lebih kurang 10minit untuk ke HK Observation Whell.




10. Sky100, Kowloon

Seperti saya ceritakan sebelum ini, HK memang sukakan bangunan tinggi kerana harga pasaran hartanah memang mahal. Oleh itu salah satu bangunan tinggi dan panorama yang korang boleh layan adalah Sky 100. Kenapa 100? Kerana ianya adalah tingkat yang ke-100. Tinggi beb... serius bro.

Bangunan ini juga dikenali sebagai International Commerce Center dengan ketinggian 484meter. Paling syiok ada hotel Ritz Carlton dan building nih. Anda akan mendapat view 360 keseluruhan HK Island dan Kowloon pada deck yang ke 100. Harga tiket adalah HKD168 untuk walk-in, kalau online ada diskaun 10%.

Untuk ke Sky 100 ni korang perlu ke Jordan Station dan perlu jalan kaki lebih kurang 1.3km. Boleh juga menggunakan Uber dengan anggaran HKD26-HKD33. 




This is Awesome guys!

Comments

Agoda

Related Post

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular posts from this blog

Tempat Sarapan Pagi Best di Kota Bharu (UPDATE MEI 2022)

Destinasi 24 Jam : Pulau Pangkor, Perak

Tempat Makan Best di Kedah (UPDATE JAN 2022)

Bercuti ke Hatyai Thailand 2022 - Day 1

Itinerary ke Hatyai, 3 Hari 2 Malam