Itinerary ke Ho Chi Minh 4 Hari 3 Malam

Itinerary ke Ho Chi Minh 4 Hari 3 Malam

Agak lambat saya upload itinerary Ho Chi Minh ini selepas melawati bandar HCM pada tahun lalu. Salah satu syurga membeli-belah di Asia. Pastinya akan ada salah satu listing untuk kaum wanita untuk shopping baju malah termasuk juga dengan kaum lelaki. Juga salah satu bandar penduduk yang agak padat dengan kapasiti 10juta penduduk dan trafik yang super duper serabut selepas Jakarta.

Itinerary perjalanan kali ini lebih kepada melawat kawasan bandar dan pinggir bandar. Jika anda datang secara backpackers atau lebih hari, mungkin boleh menuju ke Hanoi dengan menggunakan keretapi.

Banyak tempat menarik untuk dilawati di negera republic ini. Masih ramai askar yang berjaga-jaga dikawasan tumpuan. Perkara yang sering diingatkan ketika melawati HCM ini adalah passport dan barangan peribadi anda. Pick pocket / scam sangat tinggi di kawasan ini. Sila berhati-hati.

Berikut adalah Itinerary perjalanan saya selama 4 hari 3 malam yang sempat saya takenote. Mungkin kalau korang mempunyai tempat atau port yang lebih menarik bolehlah share bersama untuk kesengangan sejagat.


Day 1 :

- Penerbangan malalui KLIA MH760 jam 8:50pagi mengambil masa lebih kurang 2jam 10minit.
- Menemui supir En. Hanafi yang sedia membawa/menjaga kami.
- Check-in di Hotel Xavier, Malaysia Street. 200meter saja dari Ben Thant Market.
- Rehat dan santai sekejap di hotel. Suhu cecah 36C. Makan tengahhari dengan bekalan yang dibawa dari KL.
- Menikmati Vietnam Coffee di Malaysia Street. Cari orang yang membawa motosikal.
- Shopping part 1 bermula di Ben Thant Market.
- Makan malam di Restoran Basiroh, Malaysia Street.
- Jalan-jalan di Night Street Market, berhadapan dengan Ben Thanh dan Malaysia Street. 
- Balik hotel, rehat dan tidur.

Day 2 :

- Breakfast di Restoran Basiroh.
- Menuju ke Chu Chi Tunnel menggunakan Van yang disediakan Supir Hanafi.
- Singgah di Handicapped Handicraft. Melawati pemibikinan barangan kraftangan dari keluarga mangsa peperangan Vientam-Amerika.
- Melawati Chu Chi Tunnel. Spend time 1jam 30minit. Light dessert disediakan (ubikayu).
- Balik ke Ho Chi Minh city dan makan tengah hari di Restoran Saigon Green House. Berhampiran dengan Ben Thant Market.
- Menuju ke War Memorial Muzium. Memperlihatkan kesan sejarah Vietnam.
- Minum coffee di Highlands Coffee di sekitar War Memorial Muzium.
- Balik ke hotel untuk rehat.
- Sambung shopping part 2 di Malaysia Street dan Ben Thant. Pekena lagi Vietnam Coffee.
- Makan malam di Dinner Cruise Saigon River. Restoran diatas kapal yang menyusuri Sungai Saigon.
- Ronda-ronda sekitar bandar modern Vietnam oleh supir Hanafi.
- Shopping part 3 di Ben Thant Night Market.
- Balik hotel dan tidur.

Day 3 :

- Breakfast di salah satu restoran As-Salam, Malaysia Street.
- Melawati Masjid Ar Rahman Musulman di District 1. 
- Menuju ke Bin Thay Market di District 6. Salah satu tempat membeli kain pasang termurah. Shopping part 4.
- Menuju ke Hard Rock Ho Chi Minh membeli baju HRC.
- Menuju ke Diamond Plaza untuk sejukkan badan. Pekana Highland Coffee.
Makan lunch/petang di sekitar Malaysia Street.
- Menuju balik ke hotel dan sambung shopping part 5.
- Makan malam di Restoran Al-Amin Malaysia Street,
- Menuju ke The Golden Dragon Theater, menontoni World Champ Puppet Show.
- Balik hotel rehat, packing barang dan tidur.

Day 4 :

- Breakfast di Restoran As-Salam.
- Jalan-jalan sekitar hotel dan ada beberapa taman riadah.
- Balik ke hotel untuk packing barang dan bersiap untuk check-out.
- Menuju ke Saigon International Airport.
- Tiba di KLIA pada jam 15:00.

Nice shopping place.

Ikuti perjalanan saya ke Ho Chi Minh 4 hari 3 Malam disini.

This is Awesome Dude!

Comments

Agoda

Related Post

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular posts from this blog

Tempat Sarapan Pagi Best di Kota Bharu (UPDATE MEI 2022)

Destinasi 24 Jam : Pulau Pangkor, Perak

Tempat Makan Best di Kedah (UPDATE JAN 2022)

Bercuti ke Hatyai Thailand 2022 - Day 1

Itinerary ke Hatyai, 3 Hari 2 Malam