Nasi Kukus Juna, Jungle Food Court Kuantan

Nasi Kukus Juna, Jungle Food Court Kuantan

Baru-baru ni saya attend site di Terengganu. Dok layan atas LPT II tu sungguh membosankan lalu perut saya yang sungguh kacak ini mula meminta nasik. Agak tak best kalau nak berenti makan kat RnR memandangkan suasana yang sungguh sepi. 

Oleh itu saya memilih untuk exit Kuantan dan pekena nasi di Jungle Food Court. Hoiii korang jangan keliru ini bukanlah Rum Jungle tempat orang yang mendengar lagu dum dum dush dush dam dam tu...

Orang Kuantan pasti tau mane tempat Jungle FC ini. Mana-kan tidak, kalau korang datang time lunch hour kompem nak parking kereta sampai basah ketiak bhai! Salah satu gerai yang saya singgah dan direkomenkan oleh rakan adalah Nasi Kukus Juna. Teringat pulak kepada Norjuma TV3. Aik?

Nasi kukus yang bersahaja, ayam goreng rahsia yang berempah dan disaluti dengan kuah kari pekat yang terbaik. Semestinya gabungan mantap yang mmpu membuatkan pemanduaan anda seakan orang mabuk todi. Harganya pula adalah RM6.80, ayam yang dipotong 4, tambah nasi RM1.00.

Menu yang sikit tapi kadungan yang padat. Itu adalah azimat kedai Nasi Kukus Juna. Kalau korang pekena, pastikan 2nd driver tu boleh drive. Amat dukacita saya nak bagitau pasti korang akan ngantuk beb terlena dengan kenyang nasi kukus dan angin aircond. Pergh!

Kalau korang drive dari LPT, sila exit di exit Kuantan dan boleh menggunakan cari Waze atau Google Maps dengan carian Jungle FoodCourt. Tidak mengecewakan.

This is Awesome Dude!





Comments

Agoda

Related Post

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular posts from this blog

Tempat Sarapan Pagi Best di Kota Bharu (UPDATE MEI 2022)

Destinasi 24 Jam : Pulau Pangkor, Perak

Tempat Makan Best di Kedah (UPDATE JAN 2022)

Bercuti ke Hatyai Thailand 2022 - Day 1

Itinerary ke Hatyai, 3 Hari 2 Malam