Flight Review : All Nippon Airways ANA Economy Class

Flight Review : All Nippon Airways ANA Economy Class

Bulan 11 tahun lalu saya travel ke Tokyo Japan menggunakan perkhidmatan All Nippon Airways (ANA) buat pertama kalinya. Pasal apa saya naik flight ANA ni? Ini semua gara-gara Kayak.com yang merupakan search engine airways terbaik buat masa ni.. percayalah bro.

Anda boleh malayari Kayak.com dan pastinya tidak mengecewakan anda. Salah satu sebab saya memilih ANA adalah kerana service-nya. Pada ketika itu harga murah adalah AirAsia X sekitar RM990.00 manakala ANA adalah RM1,100.00 Tetapi ANA Airline ini dah full pakej dimana anda tak perlu risau pasal luggage, seat mahupun makan.

Flight saya ke Tokyo adalah Boeing 787 dengan jujuran seat 3-3-3 pada kelas economy. Terdapat juga beberapa seat untuk business class, tapi saya tak mampu... hanya dapat economy sahaja! Bestnya flight mereka ni direct yer dari KL ke Tokyo selama 7jam.

ANA Airlines boleh dikatakan low-fare airways di Jepun tetapi mereka tidak sekejam AA dimana setiap sudut dan services korang kena payung. ANA Airways menawarkan all-in service iaitu 2 kali makan, seat boleh pilih, luggage 20kg, dan paling penting ada in-flight entertainment (IFE).

Sebut pasal (IFE) ni bagi korang yang sukakan anime, J Drama pastinya tak tidur beb.. beratus anime dengan movie yang dorang sediakan malah rancangan kanak-kanak pon ade. Memang xboring.

Ruangan seat untuk economy class seakan aturan Airasia X, sedikit sempit berbanding Malaysia Airlines A330 (Jujuran 2-4-2). Bantal dan selimut telah disediakan ketika boarding berserta air mineral botol dan tisu pelembap muka.

Pasal makan pula, saya telah memilih Muslim meals pada awal penempahan tiket. Jadi dari awal lagi pramugari telah menampal sticker Muslim Meals (MOML) pada seat anda untuk mengenal pasti penumpang Muslim. Untung juga mengambil makanan khas ini kerana korang akan dapat dulu daripada penumpang yang lain.

Antara menu yang disediakan adalah Nasi Kari Ayam, Nasi Telur Bistik, Light Snek dan Muffin. Nampak sedikit pada atas dulung tapi bila makan tak habis pulak. Mungkin dah terlalu kerap minum air yang dorang kasi sebelum menghidangkan makanan utama. Belum kira kopi atau teh lepas makan. Pendek kata memang full bro.

Bagi saya, pengalaman menaiki ANA ini saya bagi rating 7/10. Gentle cakap untuk economy class, setakat ini tak leh lawan MAS flight A330 kot... Agak luas, selesa, legroom yang agak besar dan makan kasi tuang dalam mulut punya. Tu untuk economy la... kalau business abang xmampu... korang boleh ler terai...

This is Awesome bro!










Comments

Agoda

Related Post

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular posts from this blog

Tempat Sarapan Pagi Best di Kota Bharu (UPDATE MEI 2022)

Destinasi 24 Jam : Pulau Pangkor, Perak

Tempat Makan Best di Kedah (UPDATE JAN 2022)

Bercuti ke Hatyai Thailand 2022 - Day 1

Itinerary ke Hatyai, 3 Hari 2 Malam