Owlery Cafe, Taman Dagang Ampang

Owlery Cafe, Taman Dagang Ampang

Dah lama saya tak lepak kat Taman Dagang, rupernya dah macam-macam kedai ala hipster yang muncul pulak. Dulu masa dok berchanda kat sini abang tahu kedai Wong Solo ajer. Makan bersila lipat bau kaki tungkik. Choiiii!

Kali ni saya singgah di Owlery Cafe yang pastinya segelintir dah tahu dan pernah mencuba santapan di Cafe ini. Agak awesome... nice... pertamanya tuan punya cafe agak bernas dengan menyediakan ruang kecil untuk kanak-kanak bermain sambil ibubapa dapat menikmati kopi dan sajian Owlery. Sempat juga membenarkan anak-anak kecil leka bermain sambil makan.

Dekorasi kedai yang kemas, teratur dan mempunyai slot meja makan bahagian dalam dan luaran, membolehkan perokok serta vapers layan diluar kedai. Buku menu seakan kalender tahunan mencuri perhatian yang agak berlainan dengan cafe yang lain. Ruang makan dalaman pula disusun atur santai malah lebih kepada modern-deco.

Owlery Cafe menyediakan makanan ala-barat dan oriental serta beberapa kopi buatan tersendiri. Pada siang tu saya order Bread Bruchetta dan Chicken Burittos. Sangat serius kamu perlu mencuba Bread Bruchetta sebagai appetiser kamu. Sungguh special dan awesome!

Apa macam? boleh ler try bro bawak anak bini layan kat Owlery Cafe. Kalau korang nak setup private party pon boleh, just contact hang-up pada contact details mereka. 

This is Awesome bro...






Post a Comment

Related Post

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular posts from this blog

5 Tempat Makan Best di Kedah

Duta Village Beach Resort, Pantai Balok Pahang

The Shorea Resort, Negeri Sembilan

De Rhu Beach Resort, Pantai Balok Kuantan

Villa Danialla Tok Bali : What a Failure!