5 Tempat Makan Best di Penang

5 Tempat Makan Best di Penang

Penang pernah dinobatkan sebagai sebuah negeri untuk food hunter dari web Tripadvisor pada tahun 2011 yang menarik ramai pelancong dari luar negara check-in ke Penang termasuklah rakyat Malaysia sendiri.

Kalau sebut Penang ni dalam kepala otak korang mesti dok ingat Nasi Kandar dengan Char Koew Teow, ahahhhh memang tepat pasal saya sangat malas untuk kongsi korang restoran pilihan yang lain takut nanti kedai tu kena serbu. Langsung food quality drop. Huk huk huk...

Tapi kali ni saya tetap akan share 5 restoran pilihan top di sekitar negeri Pulau Pinang yang yang mampu membuatkan usus perut anda bekerja pada tahap yang maksima. Macammana pon, banyak lagi restoran pilihan yang lain yang terdapat di Penang selain dari Nasi Kandar, Koew Teow mahupun pasembor. Jangan main-main woi...

1. Deen Maju Nasi Kandar, Jalan Gurdwara.

Ianya adalah antara restoran pilihan saya untuk pekena nasi kandar di Penang dan menjadi itinerary food yang wajib untuk singgah. Nasi Kandar ni sangat awesome bagi pencinta nasi kandar. Kedai ni bukak bermula jam 2petang dan tutup lebih kurang 10malam, kalau mai tang nak gelap kompem lauk xberapa dah. 

Untuk first timer kompem mood boleh down tengok orang beratur macam nak beli tiket bola MU lawan Liverpool. Tapi serius kejap ajer tu beratur, abang yang tuang nasi tu bekerja tahap kecekapan optimum.

Nasi yang diberi macam level buruh kasar buat highway pulak. Kalau silap cakap kuah campur kompem banjir... tapi itulah yang padu bro.

Kedai ni terletak di Jalan Gurdwara, korang boleh Waze / Google Maps dengan carian Deen Maju Nasi Kandar.   









2. Line Clear Nasi Kandar, Jalan Penang

Bapa kepada nasi kandar gamaknya Line Clear ni. Pasal dah lama bertapak di Penang dan sememangnya original tiada tandingan. Pernah sekali viral akibat penyitaan kedai dari pihak Majlis, tapi itu tidak mematahkan semangat pengunjung untuk pekena nasi kandar bro.

Datang time tengahhari memang mencari padah. Keadaan kedai yang sedikit sempit (celah lorong gamaknya) menyulitkan korang untuk layan Line Clear. Sangat dinasihatkan untuk tidak lepak lama-lama kat kedia ni, kesian orang lain nak makan juge yer.

Menu pilihan saya di Line Clear Nasi Kandar adalah Ayam Goreng dengan Sotong Goreng. Padu dan mantap yang saya mampu katakan. Lepas makan balik hotel terus tidur. Kasi itu perut pulak buat kerja. Awesome!

Kedai ini terletak di Jalan Penang, tidak jauh dari Komtar. Korang boleh Waze / Google Maps dengan carian Line Clear Nasi Kandar. 







3. Char Koay Teow Sungai Dua, Jalan Sungai Dua

Antara yang terbaik dikalangan yang terbaik untuk layan Char Koay Teow (CKT) di kawasan Seberang Jaya / Seberang Perai. Pernah memasuki beberapa akhbar dan siaran Tv. Boleh dinobatkan sebagai juara CKT Penang. 

Saya lebih gemar untuk layan CKT di Sungai Dua pasal kedai yang agak luas, parking disediakan dan paling utama mestilah ianya mantap. Perlu diingatkan bahawa telur ayam dibasuh. Hurmmmmmm.....

Seperti korang tahu banyak CKT area Penang ni, jadi terpulanglah pada selera korang masing-masing, abang bagitau ajer. Kalau ader yang lagi sedap bagitau dan sila belanja abang.

KedaI ini terletak di Jalan Sungai Dua. Korang boleh buat carian Waze / Google Maps dengan carian Sg Dua Char Koay Teow. Landmark dia exit highway plus menuju ke Sungai Dua, belah kanan nanti buleh nampak. Kalau xnampak korang memang hampeh.







4. Rockstarz Burger, Bayan Lepas

Saya dengan burger memang tak boleh dipisahkan. Ianya ibarat satu takdir yang tidak mampu diperkatakan lagi. Perut six pack saya ini memerlukan karbo untuk membantu penjanaan kolestrol baik. Oleh itu Rockstarz Burger adalah pilihan saya yang tepat.

Antara menu terbaik dan feveret yang saya selalu order adalah The Wings iaitu sebuah homemade burger yang awesome dengan gandingan daging burger bersalutkan telur dan cheese leleh. Lain daripada itu diikuti oleh The Rockstarz Hard Rock (Double). Demmmm yaw!

Paling sempoi bak hang harga untuk beberapa menu Rockstar ini boleh dikatakan harga rakyat. Kalau nak ikut trend kedai burger seumpama macam ni mau dah kena sembelih dah bro.

Kedai ni terletak di Kampung Manggis Bayan Lepas, korang boleh Waze / Google Maps dengan carian Rockstarz Burger sekitar kawasan Bayan Lepas.









5. Din Ikan Bakar, Kepala Batas

Dah tak larat nak layan nasi kandar, korang boleh layan menu masakan Melayu pulak. Jom pekena ikan bakar tahap dewa, saya tahu perut korang ni taklah hensem mana pon, jadi eloklah kalau korang ke Din Ikan Bakar.

Sedikit jauh dari Georgetown tapi adalah berbaloi bro untuk layan ikan bakar dengan kuah asam dia. Giler terbaik bhai. Harga ikan ade yang murah dan ada yang harga pecah. Tengok kocek dulu la...

Kalau nak dapat meja sila ler datang pkol 1130pagi, kalau hangpa loklak datang time 12-1ptg memang boleh ajak gaduh nak amik ikan bakar dengan lauk. Mohon bersabar. Kedai berasap-asap dah macam kedai Din ni pulak yang terbakar, tapi rilek aje.

Kedai ini terletak pekan lama Kepala Batas di Jalan Butterworth, korang boleh Waze / Google Maps dengan carian Restoran Ikan Bakar Din. Parking agak susah level Mr Satan.





  
This is Awesome dude...

Comments

Agoda

Related Post

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular posts from this blog

Tempat Sarapan Pagi Best di Kota Bharu (UPDATE MEI 2022)

Destinasi 24 Jam : Pulau Pangkor, Perak

Tempat Makan Best di Kedah (UPDATE JAN 2022)

Bercuti ke Hatyai Thailand 2022 - Day 1

Itinerary ke Hatyai, 3 Hari 2 Malam