Tempat Menarik di Tokyo, Japan

Tempat Menarik di Tokyo, Japan

Tatkala musim bunga adalah salah satu musim terbaik untuk melawati ke negara empat musim ini selepas musim autumn (luruh). Ramai juga yang bertanya tempat yang menarik ketika jalan-jalan di Tokyo, Japan.

Sebelum ini saya juga pernah upload satu entry mengenai tips untuk persediaan ketika melancong ke Tokyo, mungkin boleh menjadi panduan untuk anda nanti yaw.... Persediaan dan perancangan rapi sebelum bertolak menjadikan percutian anda lebih terurus. InsyAllah dengan izin-Nya.

Ada juga mengatakan bila plan pasti tak jadi, tapi bila tak plan selalunya menjadi. Bagi saya itu adalah komited anda. Silalah rancang perjalanan anda jika nak ke sesebuah negara asing lebih lebih lagi yang kita belum jejaki. Tak salah pun nak plan, mungkin lebih menjimatkan duit anda dan yang paling penting tidak ditipu orang.

Banyak tempat menarik di Tokyo sehinggakan tak mampu saya nak senaraikan kesemuanya. Saya hanya senaraikan dimana tiket JR Tokyo Wide Pass cover. 

Tak banyak tempat yang saya lawati di Tokyo, antaranya seperti berikut :

1. Ueno Station.

Sempoi bak ang lepak kat station keretapi. Station dia besar giler dah macam shopping mall dah. Kalau korang nak tahu dalam staton ni ader satu Hard Rock yer. Kalau beli baju HRC tu dia tulis Uyeno-Eki Tokyo. 

Kalau kat luar / sekitar Ueno Station ni ader Convention Center dan taman lepak. Kalau jalan kearah barat station memang terdapat sebuah taman dan tasik yang besar. Orang cakap musim bunga memang lawa giler.

Di persimpangan station Ueno ni terdapat banyak gerai / restoran halal. Kalau setakat nak makan kebab boleh datang sini. Ramai kelibat orang Malaysia kat sini pekena kebab. Ada juga beberapa gerai kecil yang menjual barangan peribadi dan cenderahati. Malah ada juga cawangan Yodobashi. Nak tau ape benda Yodobashi tu silalah google sendiri. Yodobashi Ueno ni macam tak jual pulak mainan kanak-kanak. Yosh!

Untuk ke sini boleh menggunakan JR Pass. Berhenti di Station Ueno. Ada banyak train lane ke station Ueno kerana ianya salah satu station besar di Tokyo. Salah satunya Keihintohoku Line, Yamanote Line atau Ginza Line. 





2. Asakusa, Taito

Asakusa juga salah satu tempat yang mudah untuk mendapatkan makanan halal kerana terdapat Masjid Daar Al-Arqam malah tempat pengajian muslim. Ada juga mengatakan terdapat kedai runcit halal di Asakusa ni, nanti kawan abang pi sana bulan depan, abang confirmkan balik lokasi betulnya.

Selain daripada tu Asakusa ni lebih terkenal dengan penempatan sebuah kuil besar iaitu Senso-ji Temple. Kalau korang nak tengok kebudayaan dan upacara keagamaan boleh ler menyinggah pada pagi hari Sabtu atau Ahad. Nanti ada ramai orang nak menyembah. Jangan korang pulak ikut sama nak menyembah... subuh tu jangan lupa plak. 

Abang tak singgah kat temple ni pasal abang lebih sukakan keindahan Illahi. Ni saja nak bagitau. Lagipun time gi Tokyo itu hari abang stay di sekitar Asakusa, amik guesthouse dalam Airbnb ajer.

Sebelum laluan ke Senso-Ji Temple tu ada beberapa gerai menjual cenderahati. Haruslah diingatkan barang di Tokyo memang mahal bagaikan menusuk kalbu kalau nak beli magnet fridge tu.

Untuk ke sini korang boleh turun di Asakusa dengan menggunakan Ginza Line. Laluan ini bukan under JR Pass, so kena touch Pasmo Card atau Suica Card.




3. Yokohama

Salah satu bandar besar dimana masih lagi dalam lingkungan Tokyo. Kalau korang menaiki train menggunakan JR Line dan menggunakan JR Pass, ianya masih lagi percuma. Salah satu daya tarikan di Yokohama adalah Yodobashi Yokohama dan Yokohama Landmark Tower. Pertama kali datang Yodobashi adalah satu perkara yang mampu membuatkan anda nak beli kesemua barang elektronik dengan mainan kanak-kanak. Mana taknya harga hampir separuh dari Malaysia. Nak tau aper dijual di Yodobashi?/Ok la Sila la google disini.

Di Landmark Tower pula korang boleh layan observation deck pada level 69. Korang dapat view hampir seluruh Tokyo malah kalau nasib baik boleh nampak Gunung Fuji. Kat bawah Landmark Tower ni ader Hard Rock, iaitu Hard Rock Yokohama.

Untuk kesini korangboleh turun di Station Sakuragicho melalui Keihintohoku Line - JR Pass.




4. Disneysea / Disneyland, Maihama

Datang Tokyo mesti kena pergi Disneysea? Itu orang cakap la... kalau ade anak-anak kecil confirm kena pergi ni pasal satu-satunya Disneysea yang ada dalam dunia. Kalau Disneyland banyak ajer. 

Nak tahu ape ade dalam Disneysea tu korang kena beli tiket berharga 7,400yen. Masih lagi berbaloi yer. Disneysea dan Disneyland Tokyo adalah theme park yang berbeza. Cube google harga tiket kalau nak layan kedua-duanya sekali.

Pastinya Disney Rerost ni mampu membuatkan saya kagum, bukan setakat besar malah kawasan theme park dia ni seperti sebuah bandar yang lebih besar dari bandar Cheras tu. Siap ada monorail sendiri kot. Demmmm yaw!

Untuk kesini korang boleh turun di Maihama Station melalui Keiyo Line - JR Pass. Uniknya Disney Resort ni mereka ada train mereka sendiri dengan rekabentuk watak Disney. Train mereka korang perlu bayar menggunakan Pasmo/Suica Card.




5. Karui-Izawa, Nagano

Ini adalah salah satu tempat untuk bermain Ski di gunung bersalji. Malah korang juga berpeluang untuk menaiki train Shinkansen dari bandar Tokyo ke kawasan Nagano dengan memilik tiket JR Pass.

Kalau korang tak reti main ski macam saya pon xpe, paling koman boleh guling-guling atas salji yang empuk lagi sejuk. Pengalaman ni tak dapat dilupakan. Kalau masih nak main ski kena ade full-gadget la. Itu boleh di sewa di Prince Plaza Ski Resort. Harga xpasti pulak. 

Selain daripada main salji, ada sebuah Outlet Mall iaitu Prince Shopping Plaza. Outlet ni lebih bear dari JPO Johor tu, macam-macam brand hebat yang ader dan lebih awesome ade lebih diskaun untuk pelancong. Kalau nak beli perfume kat sini agak murah yer. 

Untuk ke sini korang digalakkan bermula dari Tokyo Station pasal nanti senang nak pilih tempat duduk pada gerabak free seating. Di Ueno pun boleh naik juga tapi orang dah mula ramai. Bermula dari Tokyo Station dan korang perlu turun di Karuizawa Station - JR Pass, lebih kurang 1jam perjalanan.




6. Kawaguchiko, Yamanashi

Sebuah tempat yang tidak asing lagi untuk menikmati permandangan Gunung Fuji. Sebenarnya banyak kawasan lain yang korang boleh tengok view panorama Gunung Fuji akan tetapi Kawaguchiko memilik segalanya. 

Hanya menggunakan JR Pass anda boleh sampai ke Kawaguchiko, ada beberapa tasik besar dan kabel car disediakan. Jika nak layan view lagi awesome, boleh naik kabel car ke Gunung Kachi Kachi berharga 1500yen. Di puncak ini korang boleh lepak santai berlatar belakang puncak Gunung Fuji. Memang sangat best dan awesome.

Selepas turun dari kabel car, layan cruise mengelilingi tasik dengan bayaran 1300yen. Ada beberapa pakej yang disediakan, korang layari web disini untuk pilihan pakej tiket yang murah di sekitar Kawaguchiko.

Kalau xnak bayaran ape2 pon boleh, jalan kaki sekitar tasik dan layan kopi panas pon best jugakkan.

Untuk kesini korang boleh turun Kawaguchiko Station, interchange di Otsuki Station dan tunjuk saja JR Pass pada pengawal. Ianya adalah percuma.




7. Fujisan Station

Fujisan Station agak terkenal kerana ini adalah interchange train untuk mendaki Gunung Fuji dan beberapa tempat yang menarik sekitar Gunung Fuji. 

Salah satunya ianya mempunyai taman tema yang besar iaitu Fuji-Q dan Thomas Land. Harga untuk memasuki Taman Tema Fuji-Q ini bermula dari 1500-9300yen. Sila layari web Fuji-Q untuk tetapan tiket

Seriously korangboleh jalan-jalan sekitar bandar kecil Fujisan ini, agak menarik dan terdapat beberapa kafe dan kedai hala yang korang boleh layan. Kiranya ada banyak attraction dari Fujisan ini, kalau berada di station akan ada panduan untuk korang pilih untuk melawati lima buah tasik Gunung Fuji.  


Untuk kesini korang boleh turun Fujisan Station, interchange di Otsuki Station dan tunjuk saja JR Pass pada pengawal. Ianya adalah percuma.




8. Harajuku

Sinonim dengan nama Harajuku yang agak terkenal bagi pencinta Anime atau J-Pop. Boleh dikatakan banyak video clip J-Pop ketika zaman MTV/V Channel di buat di Harajuku. Bagi korang yang nak tengok budaya dan kegilaam fesyen Jepun memang kena datang sini. 

Keluar sahaja dari Harajuku Station, tak jauh korang boleh nampak Takeshita Street. Nak lagi havoc korang datang pada hari Sabtu atau Ahad dimana student cuti dan mereka memperagakan fesyen gila mereka. 

Orang ramai bak hang nak lalu pon susah. Tapi yang saya minat kesini adalah ianya mempunyai Daiso super besar, bertingkat- tingkat cakap hang. Harga sama saja 100yen tapi ade tax 13% yerrr... demmmm yaw! Salah satu tarikan adalah food hunter. Suasana persekitaran modern village menambahkan lagi sempoi ketika di Harajuku.

Selain daripada tu ada sebuah taman besar sebelah Harajuku Station iaitu Yoyogi Park. Orang cakap, kalau datang time Blossom memang terpaku beb.. kat sini adalah free-park area dimana korang boleh santai sambil minum teh dan menikmati taman mereka. Datang pada hari Sabtu/Ahad adalah mala petaka. Kamonnn... this is Japan, memang sentiasa penuh.

Untuk kesini korang boleh turun di Harajuku Station - JR Pass cover.




9. Akihabara

Seperti kebanyakkan yang korang tahu, Akihbara adalah dunia elektronik. Kalau nak cari barang elektronik seperti laptop, kamera, Play Station, action figure, macam-macam lagi lain yang berkaitan dengan elektronik semua ade bro...

Ini adalah tempat yang terbaik untuk membeli mainan di kedai Yodobashi malah barangan second hand, tapi harus ingat - kalau beli barang second mesti kena tengok bahasa dalam device tu nanti xado English. Nayaaa....

Bagi peminat games, korang boleh beli game dengan harga murah giler beb. Setakat games PS4 harga 200 tu kat sini boleh lipat bawah 100 untuk gamer yang top punya. - Errrrr sila confirmkan bahasa dulu yer... kadang kalau murah ini untuk Japan only.

Selain tu ada banyak cafe yang bertemakan Anime seperti Hello Kitty, Gundam dan Main Cafe. Boleh layan minum kopi sambil tengok anime. Hurmmmm tengok tukang order pon ok jugak.

Untuk kesini korang boleh turun Akihabara Station - JR Pass cover.




10. Shibuya

Setelah ke Jepun, kebanyakkan kawan saya mesti tanya ada pergi tak tempat orang lintas jalan. Banyak juga yer tempat lintas jalan yang besar di Jepun ni pasal hampir 70% warga Tokyo menggunakan public transport untuk ke satu destinasi, maka ramailah pejalan kaki.

Tapi yang paling besar terletak di Shibuya Crossing dimana cerita Fast Furious di-filemkan di persimpangan ini. Memang ramai bro... tak tau mane orang datang.

Kalau korang suka tengok orang lintas melintas ni eloklah korang keluar station Shibuya... korang lintas pesimpangan paling busy tu lepas tu lepak dalam Starbuck dalam building Tsutaya. Dalam Starbuck tu korang boleh layan kopi sambil tengok manusia di Shibuya Crossing. 

Selain daripada tu juga korang boleh bergambar dengan Patung Hachiko, dimana sejarah yang mengatakan seekor anjing setia menunggu tuannya balik. Terletak diluar Station Shibuya.

Kalau nampak store Uniqlo cuba-cuba la bawak masuk diri dalam tu, kadangkala ada diskaun dan t-shirt murah serta limited for Japan only.

Untuk kesini korang boleh turun di Shibuya Station - JR Pass cover.



This is Awesome dude...

Comments

Agoda

Related Post

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular posts from this blog

Tempat Sarapan Pagi Best di Kota Bharu (UPDATE MEI 2022)

Destinasi 24 Jam : Pulau Pangkor, Perak

Tempat Makan Best di Kedah (UPDATE JAN 2022)

Bercuti ke Hatyai Thailand 2022 - Day 1

Itinerary ke Hatyai, 3 Hari 2 Malam