Apa Yang Boleh Di Beli di Jepun?

Apa Yang Boleh Di Beli di Jepun?

Korang yang pergi ke Tokyo tu dah tau ke nak beli mende? Kadang kala diri sendiri menetapkan budget untuk perbelanjaan yang tertentu, maka tegaskanlah diri anda ketika shopping di luar negara untuk mengelakkan terlebih budget. Rancangan selalu gagal kerana apabila tiba di suatu tempat terdapat banyak pula Sales yang ditawarkan malah tambahan dengan memaparkan passport akan mendapat lebih diskaun atau barang percuma (Tester Produk).

Di Tokyo sendiri memang terkenal di pelusuk dunia untuk mendapatkan pelbagai barangan local dari Jepun. Malah negara kita sendiri import barangan dari Jepun dan re-packing untuk jualan harian. 

Kali ini saya kongsi bersama korang antara barangan yang top kawan anda kirim bila anda menjejak kaki ke negara Jepun. Ianya adalah normal, duit aje yang tak normal. Ada yang murah dan ada juga mahal macam nak tampar ajer! Pilihan anda, citarasa anda, hobi anda dan kocek anda. Terpulanglah. Hanya sekadar kongsi sahaja.



1. G-Shock

Ini adalah barang yang sangat famous dikalangan rakyat Malaysia bila datang ke Jepun. Harganya agak berbeza dan pastinya ianya lebih murah dari Malaysia. Kalau korang kaki jam G-Shock, korang boleh pergi ke mana-mana cawangan Yodobashi atau Big Camera. Ianya menjual jam G-Shock original dan terdapat diskaun. 

Kalau korang nak tahu, ada juga kedai jual jam g-Shock 2nd-hand, korang boleh cari di sekitar Station Ueno. Ada beberapa kedai jam yang menjual jam terpakai dan percayala, jam terpakai yang dijual seakan baru dari kedai.

2. Barangan Daiso

Kat Malaysia ni dah banyak kedai Daiso, tapi Daiso di Jepun besarnya sampai 5 tingkat bangunan. Korang bayangkan berapa lama masa yang korang nak kena spend dalam Daiso tu tambah pula di Daiso Harajuku. 

Ketika di Tokyo, saya membeli mainan kereta api bermotor serta beberapa track keretapi dengan harga 100yen. Kawasan mainanan kanak-kanak ajer dah satu section, comfirm korang pening nak beli mainan anak-anak. 100yen ajer beb... lebih kurang RM4.00. 

3. Baju / Kasut

Salah satu yang saya terkilan adalah koleksi baju Nike mengikut negara. Saya pernah beli baju Nike signature Korea, jadi saya nak koleksi Tokyo pulak. Malangnya harga baju Nike di Jepun sangat mahal sehingga mencecah RM220... fuhhhhh panas ajer tengok.

Kalau kasut dalam butik Nike atau Adidas tu bagi saya agak mahal beb. Harganya memang tiptop dan ketat dengan diskaun yang sikit. Tapi kalau korang beli baju / kasut di kedai pakaian sukan ianya sedikit murah dan kadang-kala saiz pulak cepat habis. Dem! Kedai-kedia ini biasanya banyak berada di Takeshita Harajuku, Shibuya dan Ueno Station.

Salah satu T-shirt yang korang boleh beli adalah di Uniqlo. Banyak outlet Uniqlo dah macam pasaraya Billion kat Malaysia pulak. Uniknya kadang-kala ada beberapa t-shirt yang hanya di jual di Jepun saja (Japan Edition). Harganya lebih kurang RM40-50. Nice!

4. Coca-cola

Pengumpul Coca-cola pasti tidak akan melepaskan peluang keemasan ini. Air coca-cola biasanya boleh di beli di vending machine dengan hara 110yen serta reka bentuk jepun yang bersaiz 125ml. Lain sikit la design pasal ada tulisan Japan.

Kalau nak yang lebih rare seperti design Sakura atau World Cup anda perlu cari di Asakusa atau Ueno. Harganya sedikit berbeza dan limited. Salah satu lagi tips nak cari Coke ni korang rajin-rajin masuk grocery store. Kadang-kadang akan ada botol Coke edisi yang tidak terdapat di Malaysia.

5. Starbucks Signature

Yang ni saya kumpul Tumbler. Saya mula membeli Tumbler Starbuck yang mempunyai signature negara di Ho Chi Minh. Apa yang saya perhatikan, Tumbler Starbuck di South Korea dan Jepun ianya agak menarik pasal terdapat pilih corak minimalist. Bergantung pada tempat yang anda beli tu. 

Harga untuk sebuah Tumbler ini tak jauh beza pada setiap negara. Lebih kurang dalam lingkungan RM50-RM60, dan anda akan dapat air starbuck bersaiz Tall secara percuma untuk sebarang pembelian barangan Starbuck. 

6. Hard Rock T-Shirt

Hampir menjadi koleksi,, tapi gagal pasal baju yang saya beli di Hong Kong mula labuh macam jubah muslimah. Bagi korang yang pengumpul koleksi baju HRC, pastinya korang mencari-cari t-shirt mereka ni. Uniknya, korang mudah terjumpa rakyat Malaysia didalam kedai HRC ini dan biasanya Rock Shop ini akan menjadi kaunter informasi untuk bertanyakan tempat atau jalan. Mereka fasih English.

Harga untuk classic logo t-shirt bermula dari RM100-RM150, kalau yang ada design pelik-pelik tu rata-rata dalam RM150. Jangan lupa untuk kumpul pin HRC, dah banyak boleh jual balik dalam Amazon. Kalau nasib baik dapat la ribu-ribu.

7. Fridge Magnet / Key-Chain

Cenderahati di Tokyo sangat menusuk kalbu dengan harganya yang agak mahal. Paling murah saya jumpa untuk sebuah magnet fridge berharga RM20.00 / 1 unit di Asakusa. Itu pun berbentuk biasa dan bukanlah ceramic. Keychain pula lebih kurang RM50.00 sedozen. 

Jika anda nak hadiahkan pada rakan office, jiran mahupun sedara. Kocek kena tebal dan pastikan ianya berbaloi. Kalau tak cukup duit, korang bei jer chopstik dalam Daiso yang rasa-rasa macam xado di Malaysia. Nah bagi sorang satu dok diam-diam. 

8. Barangan Kosmetik

Sama seperti Myeongdong Seoul, Tokyo pon mempunyai barangan kosmetik sendiri seperti Sk-II. Ianya dikatakan murah dan terdapat lagi beberapa produk local mereka yang saya tak amik port port. Secara kebetulan saya masuk ke kedai kosmetik pasal beli barang yang wife saya kirim. Itu pun rasa macam gigil nak bayar.

Harajuku adalah tempat terbaik untuk korang beli barang kosmetik. Kat sini ramai anak-anak muda melepak malah mendapat perhatian dunia untuk street fashion terbaik. Pasti banyak kosmetik, silap haribulan dapat free tester makeup lagi. Abang tengok ajer bukan try pon. Cuci mata katakan.

9. Perfume / Handbag / Purse

Perfume tidak begitu murah di Tokyo, tetapi ianya murah di Prince Plaza Outlet, Karuizawa serta Gotemba Premium Outlet. Ianya seperti JPO Johor dan segala barangan branded terdapat disini dengan tawaran diskaun yang amat dahsyat!

Korang yang mempunyai belanja yang besar boleh datang kesini dan secara jujur saya cakap ianya jauh lebih murah dari JPO. Lebih untuk ianya ada tawaran purchase with purchase serta diskaun untuk lepasan cukai kerana korang ni pelancong.

10. Biskut / Coklat

Tak semua biskut adalah halal dan tak semua coklat pon halal. Kena baca dan teliti. Kalau semua tulisan Jepun tu silalah letak balik, kalau cuba bertanya ke kaunter pon boleh tapi takut sesalan ajer. Mereka tak paham apa yang korang nak dan korang pon tak faham ape yang dia cakap.

Antara biskut yang boleh dibeli adalah biskut Country Maam, Coklat Snickers, M&M, air kopi jenama Wonda serta Nestle. Harus ingat, jika korang beli kopi atau air korang tak boleh bawak naik flight banyak sangat. Nanti kena rampas, sia-sia suda...

This is Awesome dude...

Comments

Agoda

Related Post

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular posts from this blog

Tempat Sarapan Pagi Best di Kota Bharu (UPDATE MEI 2022)

Destinasi 24 Jam : Pulau Pangkor, Perak

Tempat Makan Best di Kedah (UPDATE JAN 2022)

Bercuti ke Hatyai Thailand 2022 - Day 1

Itinerary ke Hatyai, 3 Hari 2 Malam