Kaw D Ampang Waterfront

Kaw D  Ampang Waterfront

Sebenarnya dah lama abang tak pekena makan burger bakar, last time rasanya makan kat Rockstaz Penang Boleh dikatakan tiap minggu dok lalu jalan Ampang Waterfornt ni tapi xsinggah singgah. Semalam dengan jayanya saya berjaya singgah dengan bawak anak bini untuk santapan makan malam. 

Tiba di Restoran Kaw D, cuaca sedikit gerimis dan kadang-kala hujan yang renyai membuatkan ramai orang dan parking yang agak jauh. Buat masa ni ada construction dan projek ape tah yang dilakukan sepanjang jalan Ampang ni menambahkan lagi kesesakkan lalu lintas dan merumitkan slot parking kereta. Bersabar sajalah. Untuk ke sini korang boleh membuat carian - Kaw D Ampang Waterfront dengan Google Maps.

Untung nasib masih lagi ada beberapa meja dengan tempat duduk yang selesa. Sebenarnya Restoran Kaw D ini telah membuat upgrading pada beberapa bulan yang lalu malah selepas upgrade ni makin ramai manusia yang berkunjung. Rezeki dan power of rebranding.

Malam hari Jumaat dan Sabtu akan ada buskers yang membuat persembahan. Agak enjoy juga kalau lepak chill sampai layan buskers. Suasana kedai yang selesa serta dekorasi ala modern retro menambahkan lagi suasana yang hebat. Pandai pihak pengurusan restoran yang menampilkan ciri-ciri klasik serta sedikit sentuhan urban dan restoran ini juga mempunyai kawasan untuk mereka yang ingin membuat majlis kecil atau birthday party. Nak bawak awek datang sini pon boleh bro. Suasana nak romatik tu tak akan ader la tapi not bad for couple.

Malam itu saya memesan BBQ Grill Chicken dan Hokkaido Pasta (Kalau tak silap) serta Teh tarik dan Milo Ais. Kesemua hidangan burger mereka adalah dibuat khas dan didatangi dengan fries yang melimpah ruah. Saiz yang besar membuatkan diri ini perlu share dengan anak serta bini. Saiz pasta pula nampak kecik tapi agak seksa juga nak habiskan hidangan. Tang ayam teriyaki tu memang terbaik dan Awesome! Kalau order air teh o ais, milo ais, cup plastik yang datang tu besar giler. Sangat berbaloi.

Dah habis makan, lepak sambil layan busker dengan lagu-lagu yang sedikit klasik serta tenang. Terus pulang ke rumah memandangkan cuaca tidak menentu.

This is Awesome bro...







Comments

Agoda

Related Post

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular posts from this blog

Tempat Sarapan Pagi Best di Kota Bharu (UPDATE MEI 2022)

Destinasi 24 Jam : Pulau Pangkor, Perak

Tempat Makan Best di Kedah (UPDATE JAN 2022)

Bercuti ke Hatyai Thailand 2022 - Day 1

Itinerary ke Hatyai, 3 Hari 2 Malam