Pulau Nami, Gapyeong South Korea

Pulau Nami, Gapyeong South Korea

Gapyeong adalah salah satu daerah yang berada tidak jauh dari kota Seoul, yang terletak pada arah Timur Laut South Korea. Perjalanan dengan menggunakan keretapi metro mengambil masa lebih kurang 1jam lebih dengan jarak 70km dari bandar Seoul. Kawasan ini mempunyai permandangan serta kehebatan alam semula jadi yang terpelihara dan ianya menjadi popular disebabkan cerita Winter Sonata.



Ironi Gapyeong adalah kerana terletaknya Pulau Nami (Naminara Republic) dan menjadi destinasi wajib dikalangan pengunjung dari Malaysia. Seolah satu kenyataan yang mengatakan, "Jika anda tidak pergi ke Nami maksudnya anda belum pernah tiba di Korea". Hebat bukan?

Saya ke Pulau Nami pada Mac tahun lalu ketika penghujung musim sejuk. Tiba saja di luar station Gapyeong membuatkan anak saya mengigil kesejukkan kerana angin yang bertiup. Walaupon saya sendiri dah berjaket tebal, angin sejuk tidak mempu membuatkan badan anda kebal cuaca. Percayalah...

Menaiki teksi dari Gapyeong Station ke jeti Pulau Nami mengambil masa kurang 10minit, dari sini banyak bas perlancong yang mula memenuhi kawasan parkir malah anda boleh nampak kelibat rakyat Malaysia mulai ramai. Teruja dan tidak sabar berselfie bagaikan signboard Naminara nak runtuh dibuatnya.

Oh yaaa... sangat naif sebenarnya saya pasal menyangkakan Pulau Nami ini adalah sebuah pulau yang berada di lautan. Rupanya silap, ianya adalah sebuah delta yang terhasil dari sungai maka terbentuklah Pulau Nami seperti bentuk Half Moon. Fakta.

Ketika di jeti anda perlu membeli tiket yang berharga KRW10,000 dan terus diberikan passport lawatan untuk kemasukkan ke pulau tersebut. Dari tebing sungai saja sudah mempunyai permandangan hebat gunung ganang serta sungai yang menyusuri. 




Tiba di jeti pulau, landskap yang caantik menyambut kedatangan anda. Semuanya seakan layan diri dan singboard yang kreatif menjadi mangsa kepada pelancong yang gilakan bergambar setiap sudut sehingga sukar untuk membaca peta ringkas. Untung saya dapatkan peta pada kaunter bayaran tadi. 




Seperti yang saya ceritakan tadi, pulau ini terkenal disebabkan cerita Winter Sonata, maka dekorasi serta landskap cederung kearah romantika serta penuh kasih sayang. Tidak hairan mengapa ramai couple yang sedang honeymoon, cuba-cuba nak honeymoon pon ade. Ianya dibina rapi  dengan beberapa seksyen yang menempatkan keretapi mini, mini zoo, restoran, perpustakaan , hotel dan chalet serta surau untuk Muslim. Boleh dikatakan anda perlu meluangkan masa paling kurang 5 jam disini untuk melengkapkan keseluruhan pulau.



Ada sebuah restoran halal disediakan disini iaitu restoran Asian Cuisine. Harganya tidak semahal seperti makanan di airport dan masakannya tidak kurang hebat. Anda boleh lepak santai sementara memanaskan badan dengan suhu sejuk yang berangin. Tempat permainan kanak-kanak juga disediakan untuk melekakan mereka seketika. 




Selesai makan, anda boleh solat di surau pada tingkat satu yang sungguh selesa untuk menunaikan solat. Naminara sangat menghormati penganut agama Islam. Tahniah! Pada bahagian bawah pula disediakan beberapa gerai kopi yang menusuk aroma disamping perpustakaan cilik yang dibina oleh pengiat seni Korea Selatan. Cantik dan sungguh kreatif!

Baca : Percutian saya ke Korea selama 7hari

Pada penghujung pulau ini terdapat 2 -3 hotel dan chalet disediakan untuk yang bermalam di sini. Difahamkan juga terdapat restoran pada hotel tersebut untuk pengunjung hotel yang kelaparan pada lewat malam. Huhhh tak dapat bayangkan kesejukkan dia bila dah cecah malam... 



Bagi pelancong yang berumur, jika mereka berjalan kaki dari jeti Nami ke penghujung pulau ini akan keberatan nak jalan kaki balik semula ke jeti pasal jarak dah jauh. Tapi jangan risau, ada keretapi mini yang boleh angkut korang menuju ke jeti dengan bayaran. Tak pasti berapa bayarannya tapi kebanyakkan yang naik keretapi mini ni adalah atuk-atuk yang bawak cucunya. Korang yang muda silalah jalan kaki sambil berselfie pada pokok pokok cantik.

Jangan lupa untuk singgah pekena kopi di Sonata Cafe. Menghirup kopi waktu sejuk adalah satu perkara yang sangat awesome. Kopi ini berharga KRW1,000 sahaja. Murah! Sekitar kawasan ini juga terdapat satu galeri yang memaparkan imej perubahan musim dari musim sejuk, bunga, panas dan luruh. Berwarna warni dan sungguh cantik ciptaan Illahi.




Suhu mula menurun, keputusan balik ke Itaewon adalah perkara yang terbaik. Menaiki teksi ke Gapyeong Station dan terus menuju ke Itaewon dengan ITX. Sekian saja lawatan saya ke Pulau Nami yang sangat cantik dan terbaik.



This is Awesome dude.

Comments

Agoda

Related Post

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular posts from this blog

Tempat Sarapan Pagi Best di Kota Bharu (UPDATE MEI 2022)

Destinasi 24 Jam : Pulau Pangkor, Perak

Tempat Makan Best di Kedah (UPDATE JAN 2022)

Bercuti ke Hatyai Thailand 2022 - Day 1

Itinerary ke Hatyai, 3 Hari 2 Malam