Samsung Galaxy Note 8 - Official Release

Samsung Galaxy Note 8 - Official Release


Semalam Samsung telah melancarkan sebuah lagi produk terbarunya iaitu Galaxy Note 8 yang telah sekian lama ditunggu para peminat Android. Keluaran Note 8 ini salah satu penggantian peranti Galaxy Note 7 yang dikatakan gagal kerana isu bateri yang meletup dengan tiba-tiba.

Note 7 dikritik dengan sangat teruk malah reputasi Note 7 juga jatuh merudum termasuk pasaran global kerana isu ini. Samsung bangkit kembali dengan pengeluaran Galaxy S8 dan sekarang didatangi pula dengan Galaxy Note 8 yang saya sendiri menunggu phablet ini.

Seperti rekaan S8, Note8 ini memberikan paparan LED infinity yang bersaiz 6.3" yang dipanggil SAMOLED skrin dwi lengkung. Tiada lagi butang untuk home button akan tetapi digantikan dengan skin penuh seperti tiada bingkai.

Sebelum itu, benda pertama sekali yang saya tengok pada webpage Samsung Mobile selepas release date ini adalah bateri. Agak terkejut juga bateri yang dipasang pada peranti ini bersaiz 3300mAh yang dikatakan lebih kecil berbanding dengan Galaxy S8 / S8+. Adakah ianya mampu bertahan dengan aplikasi yang sangat hebat penggunaan bateri pada ketika ini? dan adakah ini kerana Samsung taknak Note 8 ini meletup sekali lagi? Memang potong stim! Walaupun Note 8 ini mempunyai teknologi fast charging seperti Note 5 tapi kalau dah kehabisan bateri tu memang tak awesome lagi. 

Lupakan pasal bateri, scroll down dan lihat pada penguasaan pemprosessan Note 8 ini membuatkan diri mula menitis air mata kerana ianya menggunakan Octo Core 64bit yang dibantu dengan 6GB RAM. (PC kat rumah saya pon 2GB ajer...) Dimantapkan lagi dengan sistem pengoperasian Android 7.1.1(Nougat) pada ketika ini mampu membuatkan Note 8 tiada tolok tandingan. Pihak android juga memaklumkan Note 8 yang dipasarkan bakal menggunakan Android 8.0 (Oreo).

Model Galaxy Note pastinya tidak mengecewakan jika bercakap mengenai kamera. Peranti ini didatangi dengan dwi kamera atau dikenali dengan Dual OIS (Optical Image Stabilization) seperti mata manusia sebenar bersaiz 12MP pada kamera belakang dan 8MP pada kamera hadapan. Kamera hadapan juga dibuat upgrade untuk pada yang suka selfie / wefie dalam mode Wide Angle dan paling tiptop, camera belakang ini mempunyai pelarasan seperti DSLR pada Pro-Mode yang mampu membuatkan gambar anda boleh dikaburkan tanpa menggunakan applikasi.

Kalau anda rajin untuk membaca / review spesifikasi penuh anda memang peminta tegar peranti. Cuba buat perbandingan dengan keluaran telefon Andriod jika anda mampu. Saya seikhlas hati mengatakan tidak mampu untuk membuat review penuh. Anda boleh rujuk kepada Amanz.my untuk mendapatkan review atau reference jika rajin.

Secara kesimpulannya, keluaran peranti Galaxy Note 8 membuatkan peminat Note tidak sabar untuk mendapatkannya malah hampir 1 tahun kami menunggu ketibaan keluarga Note baru ini. Ada banyak lagi penambahan yang dibuat oleh Samsung yang tidak saya mampu untuk huraikan memandangkan saya hanya pengguna biasa sahaja. Kamera - Speed surfing dan Blogging menjadi pilihan mengapa saya masih setia dengan model Note dan bukannya kepada apple iOS.

Menunggu harga yang ditawarkan juga agak mendebarkan kerana selepas pelancaran ini, harga sebuah Note 32GB dikatakan bernilai RM4,000 - 64GB RM4,500 dan ianya bergantung kepada pasaran semasa. Harga memang sungguh menusuk kalbu beb.

Galaxy Note 8 = Win!
Price of Galaxy Note 8 = No win

This is Awesome bro... this is super awesome!

Comments

Agoda

Related Post

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular posts from this blog

Tempat Sarapan Pagi Best di Kota Bharu (UPDATE MEI 2022)

Destinasi 24 Jam : Pulau Pangkor, Perak

Tempat Makan Best di Kedah (UPDATE JAN 2022)

Bercuti ke Hatyai Thailand 2022 - Day 1

Itinerary ke Hatyai, 3 Hari 2 Malam